Santai Petang Di Depan Rumah ! Girls Only !

sheisfarahain bersama anak anak jiran



Assalamualaikum . Petang petang bila terasa tepu otak , marilah kita berkomunikasi bersama manusia . Stay away dari social media sekejap . Meet people . Talk to them . That's the process of living a life .

Macam biasa , berborak dengan jiran jiran la salah satu terapi terbaik untuk ain .I really love to talk , laugh and meet people . Nampak kan trio combination ni ain boleh buat just simply spent time sekejap je .

People make time ! Kalau kita selesa berbual , kita akan rasa memang a part of rutin kehidupan yang mesti dilakukan . Best tau kalau just random talk gitu . Pastu gelak. Entah apa benda je kadang kadang anak anak jiran ni punya topik . Tapi , kita yang dewasa ni melayan kan jela . 

anak jiran sheisfarahain



Apa yang pasti kalau bebudak gini , tak lain tak bukan cakap pasal Aqil Zulkiflee lah 🤣 Kenkadang , siap tanya dah tengok ke video yang baru ?. Kak Ain diorang ni tak menyempat pun kadang nak melayan yang paling latest video . 

Tula .. kisah sepetang di depan rumah girls only gitu ! 🤪

Pagi Tadi Ziarah Ke Pusara Ibu

pusara ibu



Assalamualaikum . Pagi tadi memang terasa nak singgah ke pusara ibu . Dah lama tak singgah semenjak tak boleh ke kubur beberapa bulan lepas . Sedih tengok kemain naik rumput dan segala tumbuhan entah pekebenda yang ada . 

Tadi singgah sedekahkan bacaan doa je untuk ibu . Nanti ingat hari Jumaat nak bersihkan kubur . Tadi masa nak balik ain tercakap pula "bye ibu 🥲" . Tak apa , walaupun kita dah lama tak berjumpa ibu ... namun ain tahu ibu bahagia disana .

Itu yang ain selalu harapkan .. Ibu dilindungi , disayangi oleh Allah . Tak apa la kita terpisah di dunia .. Ibu , ain singgah jumpa ibu sebab ain nak kumpulkan kekuatan . Susah sangat hidup tak ada ibu . Susah . Ain rasa dengan cara ni je , kekuatan tu datang dalam jiwa .

Ibu , ibu kan suka menulis . Insyallah , bakat dan jiwa ibu ini ain sedang manfaatkan . Mana tahu kan impian ibu nak jadi seorang penulis novel di capai oleh ain . Kita tak tahu rezeki Allah kan . Ibu .. Terima kasih untuk kasih sayang mu melahirkan ain . 

Love you ibu ❤️💌

Sepetang Bersama Anak Jiran Bermain Bersama Anak Anak Kucing 😸


Assalamualaikum . Petang petang memang ain banyak spent kan sekejap di luar rumah nak ambil angin gitu . Pening duduk terkepam lama lama dalam rumah . Lepastu mula mula berbual la dengan anak anak jiran . Anak jiran yang sebelah kanan ni pula terbela kucing . Terbela sebab kucing tu datang memang nak cari tuan masa kucing tu pregnant . Eh last last terbela terjaga .. Ni pula dah terberanak ... Ada dah baby baby cat . 

Rumah ain ni pula di tengah antara anak jiran kiri dan kanan 🤣 Jadi nya , kitorang bertemu la . Anak jiran Farisya bawa keluar kotak yang berisi anak anak kucing tu . Main main la kitorang . Warna dah la semua sepattern je . Naik konfius yang mana satu nama dia Oreo la , Tiger la , Tam tam la . Yang lagi seekor tak ingat . 🤣🤣🤣 Mak kucing pun nama entah ada ke tak . Hahaha . 
Gitu la kitorang ! Main kucing sambil berborak , lepastu anak anak kucing dah tak behave asyik terkeluar je dari kotak , kita pun pulangkan la semula ke rumah nya 🤣 Sempat pula lepastu budak budak ni berlari dan berlakon . 🤣 

Terima kasih la anak anak jiran buat kak ain tersenyum dan tergelak ! Rasa ceria sangat hari ini . ❤️