MOHA BIOTECH lancar Program Usahawan Berani Berniaga
MOHA BIOTECH lancar Program Usahawan Berani Berniaga
Sejak pandemik melanda Malaysia dari tahun 2019, ramai usahawan mengalami pasang surut perniagaan dek kerana operasi perniagaan yang terjejas serta tidak dapat memastikan kesinambungan ekonomi secara berterusan. Bukan itu sahaja golongan bekerjaya juga turut terkena tempias dek kerana sebilangan syarikat yang terpaksa “gulung tikar” dalam tempoh yang sukar ini.
Dalam tempoh tersebut, tentunya pelbagai usaha telah dilakukan oleh pengusaha perniagaan untuk bertahan dari sudut ekonomi. Turut tidak ketinggalan, syarikat MOHA BIOTECH MANUFACTURING SDN BHD, sebuah kilang pengeluar produk kosmetik dan jus jenama sendiri memilih inisiatif menawarkan pakej-pakej produk jenama sendiri dengan MOQ yang rendah bagi membantu usahawan-usahawan daripada pelbagai latar belakang diluar sana
Baru-baru ini, sejurus selepas semua sektor perniagaan dibenarkan operasi Oktober lalu, Moha Biotech baru-baru ini telah melancarkan Program Usahawan Berani Berniaga bagi menyuntik semula semangat usahawan kecil untuk bangkit semula dan berani mengembangkan perniagaan selepas mengalami kesukaran dalam tempoh pandemik. Program ini telah dilaksanakan sejak Januari 2021 dan sebanyak lebih daripada 10 produk telah di keluarkan. Antara produk yang dipromosikan adalah produk esen, lip matte, sabun, tablet dan jelly dengan modal bermula hanya RM350 sahaja.
“Moha Biotech telah membuka peluang kepada usahawan untuk berani menjadi pengasas produk dan memberikan peluang besar kepada seramai 1647 usahawan baru dan lama yang menyertai program ini” hujah Pengarah Eksekutif, Moha Biotech dalam Majlis Perasmian Kilang Moha Biotech Sdn. Bhd. pada 3 Disember lepas. Program ini telah berjaya menarik penyertaan dan penglibatan yang tidak disangka-sangkakan dalam perancangan yang singkat. Bukan itu sahaja, sepanjang program ini dilaksanakan, usahawan yang berminat diberi panduan yang lengkap berkenaan dunia pemasaran kini daripada mentor-mentor usahawan syarikat tersebut.
Program ini juga turut menyaksikan 5 usahawan berani daripada syarikat-syarikat kecantikan ternama yang hadir memberikan sokongan dan maklum balas tentang manfaat program tersebut.
Secara tuntasnya, pandemik ini memberikan kesan dan impak yang besar kepada ekonomi perniagaan, namun ianya tidak boleh dijadikan alasaan untuk para usahawan tidak berani mencuba alternatif baru dan juga mencari solusi bagi memastikan ekosistem perniagaan & kelangsungan hidup berjalan seperti biasa dengan menggunakan peluang keesemasan menjadi founder MOQ rendah di www.mohabiotech.com
Morning Walk Di Emerald Lake Sunway Iskandar
Assalamualaikum . Mungkin ada yang tahu ain suka betul morning walk . Tapi sebelum -sebelum ini banyak morning walk di sekitar kawasan rumah sahaja la . Kenapa ain suka morning walk ? Morning walk macam salah satu terapi diri yang akan menguatkan otot kaki , lepastu dapat juga menghilangkan stress sebab tubuh badan kita bergerak . Selain itu juga , morning walk ini dapat juga menyegarkan otat yang mana nanti bila melakukan kerja tak lah rasa sakit kepala je sebab selalu mengadap gadget kan .
Jadi untuk edisi (wah giteww yer edisi ) morning walk ain pada kali ini ialah ke Emerald Lake Sunway Iskandar . Haa , dekat mana tu yer ? Emerald Lake Sunway Iskandar ni terletak di Medini Nusajaya Johor . Antara tempat yang popular yang berada berdekatan dengan Emerald Lake Sunway Iskandar ini ialah Legoland , Puteri Harbour dan Sunway Big Box .
Apakah aktiviti yang bersesuaian yang boleh dilakukan disini ?
Antaranya ialah , morning walk macam yang ain lakukan , zumba , yoga , jogging , aktiviti berbasikal , riadah petang , malah ada juga yang ain tengok picnic santai bersama keluarga . Bukan itu sahaja , disini juga bole bagi ikan makan tau sambil beriadah bersama kawan - kawan dan juga keluarga .
Emerald Lake Sunway Iskandar ini boleh juga dijadikan sebagai tempat ootd , tempat photohoot kahwin kerana persekitaran disini sangat cantik dan back to nature . Sejuk je mata ni tengok tau !
Besar ke kawasan Emerald Lake Sunway Iskandar ni ?
Tak besar sangat pun , pusing satu pusingan sekejap je eh dah habis dah . Hehehe . Disini juga ada disediakan ruang tempat meletak kenderaan tau .
Macam mana nak ke sini ?
Adalah lebih baik anda google maps atau waze ke Sunway Citrine Hub kerana Emerald Lake Sunway Iskandar ni berada di belakang bangunan tersebut .
Sunway Citrine Hub
Sunway Citrine, Sunway Iskandar, Persiaran Medini 3, Bandar Medini Iskandar, 79250, 79100 Nusajaya, Johor