Assalamualaikum . Mungkin ada yang tahu ain suka betul morning walk . Tapi sebelum -sebelum ini banyak morning walk di sekitar kawasan rumah sahaja la . Kenapa ain suka morning walk ? Morning walk macam salah satu terapi diri yang akan menguatkan otot kaki , lepastu dapat juga menghilangkan stress sebab tubuh badan kita bergerak . Selain itu juga , morning walk ini dapat juga menyegarkan otat yang mana nanti bila melakukan kerja tak lah rasa sakit kepala je sebab selalu mengadap gadget kan .
Jadi untuk edisi (wah giteww yer edisi ) morning walk ain pada kali ini ialah ke Emerald Lake Sunway Iskandar . Haa , dekat mana tu yer ? Emerald Lake Sunway Iskandar ni terletak di Medini Nusajaya Johor . Antara tempat yang popular yang berada berdekatan dengan Emerald Lake Sunway Iskandar ini ialah Legoland , Puteri Harbour dan Sunway Big Box .
Apakah aktiviti yang bersesuaian yang boleh dilakukan disini ?
Antaranya ialah , morning walk macam yang ain lakukan , zumba , yoga , jogging , aktiviti berbasikal , riadah petang , malah ada juga yang ain tengok picnic santai bersama keluarga . Bukan itu sahaja , disini juga bole bagi ikan makan tau sambil beriadah bersama kawan - kawan dan juga keluarga .
Emerald Lake Sunway Iskandar ini boleh juga dijadikan sebagai tempat ootd , tempat photohoot kahwin kerana persekitaran disini sangat cantik dan back to nature . Sejuk je mata ni tengok tau !
Besar ke kawasan Emerald Lake Sunway Iskandar ni ?
Tak besar sangat pun , pusing satu pusingan sekejap je eh dah habis dah . Hehehe . Disini juga ada disediakan ruang tempat meletak kenderaan tau .
Macam mana nak ke sini ?
Adalah lebih baik anda google maps atau waze ke Sunway Citrine Hub kerana Emerald Lake Sunway Iskandar ni berada di belakang bangunan tersebut .
Sunway Citrine Hub
Sunway Citrine, Sunway Iskandar, Persiaran Medini 3, Bandar Medini Iskandar, 79250, 79100 Nusajaya, Johor
Cantik tempatnya, memang sesuai utk morning walk, mesti rasa fresh je kepala otak nanti, hihi
BalasPadambelum berkesempatan lagi nak ke sini..tapi tu lah, jauh sangat pulak kalo nak berjalan pagi..haha
BalasPadamNiceee! Nampak menarik, nanti try lah ke sana sekejap..hehhee
BalasPadam