Assalamualaikum . Semenjak dua menjak ni , Ain memang dah bertekad nak mencabar diri untuk hiking . Hiking acah acah level bbnu (budak budak baru nak up ) Giteww ! Memandangkan level budak baru nak up , jadi nya kena la cari tempat hiking yang sesuai untuk beginner . Lepastu , ain juga banyak cari di sekitar atau yang berdekatan dengan Johor Bahru .
Kata orang , nak memulakan sesuatu yang kita tak biasa cari dulu yang easy trekking kan ! Kalau dah gatal kaki terus nak cuba yang adventure atau hard level , nanti bila kaki dah sakit dan satu badan rasa sakit terus give up ! Sia -sia juga kan ! Untuk merancakkan lagi rasa bersemangat untuk hiking level bbnu ni , ain ajak je kawan - kawan yang terdekat . So , pada hari kejadian kami pergi 6 orang .
Untuk pengetahuan , Sireh Park ini dibuka pada jam 7 pagi . Sireh Park ni search sahaja di google maps dan waze pasti akan jumpa . Sireh Park ini juga menyediakan banyak tempat parking kereta jadi nya tak rasa risau kerana ruang tempat letak kenderaan dalam keadaan yang selamat .
Sebagai starter untuk hiking , adalah digalakkan untuk warm up atau panaskan badan dulu supaya tubuh badan kita tak terkejut . Hehehe . Sireh Park ini juga dilengkapi dengan beberapa landskap yang dihasilkan oleh setiap majlis daerah yang ada di negeri Johor .
Jadinya sebelum memulakan pendakian , anda semua boleh la posing posing bergambar dahulu . Cantik cantik sangat landskap yang ada disitu .
Susah ke tidak hiking di Sireh Park ni ?
Jawapannya tidak ! Cuma pasti akan terasa semput sedikit yela nama pun mendaki bukit kan . Tapi , jangan risau sebab track disini sangat mudah . Memang sangat sesuai untuk level beginner ! Bukan itu sahaja , ramai juga yang datang bersama dengan anak - anak . Jadinya tak hairan la kalau Sireh Park ini dijadikan tempat pilihan untuk riadah petang dan juga sebagai latihan permulaan untuk hiking .
Berpeluh juga yer hiking disini ! Sila bawa air !
Sireh Park Iskandar Puteri
Jalan Nusa Idaman, Nusa Idaman, 79100 Nusajaya, Johor
Facebook : https://www.facebook.com/SirehPark.IskandarPuteri/
seronoknya! bagus menjalani gaya hidup sihat!
BalasPadamCantiknya Sireh Park. Sambil hiking sambil pose
BalasPadamWkmussalam
BalasPadamSelamat beriadah
bagus ain..keep it up!
BalasPadam