Assalamualaikum . Kembali lagi dalam #RandomSyukur yang mana ain akan kongsikan kisah throwback ataupun kisah kehidupan yang berlaku . Untuk tahun 2022 ini , ingatkan dah tak ada lah nak pegang jawatan memandangkan dah malas nak aktif tapi apakan daya , amanah dan tanggungjawab yang dipercayai oleh masyarakat .
Kalau yang pernah baca entri yang lepas bertajuk Perkhabaran Duka , semua dah sedia maklum makcik setiausaha kejiranan wanita tempat ain dah meninggal dunia . Jadinya jawatan setiausaha di serahkan kepada ain . Berat tanggungjawab ini yang ain perlu galas dan sebenarnya ain memang dah tak nak dah pegang apa -apa jawatan memandangkan ain dah pernah merasa berjawatan ni sejak dari bangku sekolah sehingga ke zaman universiti . Bertanding pilihan raya untuk menjadi wakil pelajar pun dah pernah . Pada ain , cukup dah pengalaman berjawatan ini dan ain tahu apa yang akan berlaku terutama kepada orang yang tidak suka kepada kita .
Baru - baru ini juga telah diadakan Mesyuarat untuk pemilihan AJK KRT untuk tahun 2022-2023 dan nama ain telah diangkat lagi ke KRT induk . Aduhai , ikutkan memang ain tak nak tapi sebab layanan baik dari ibu ibu (kejirananwanita ) disini , ain terima je la . Tak cukup dengan jawatan Setiausaha Kejirananwanita , ain dipilih menjadi Ketua Jiran Muda disini .
Aduhai , takut sebenarnya bila berjawatan . Sebab nya menjadi harapan masyarakat disini , ain pula jadi kekok . Cuma bila dah berjawatan pada usia 31 tahun ni kan , Ain dah banyak tak agresif macam zaman belajar dulu . Dulu - dulu bila orang hentam ain , maki ain dan bermacam lagi ain lawan balik . Berbeza dengan sekarang ain lebih banyak cool , dan berdiam serta belajar buat keputusan secara rasional dan dalam keadaan tenang .
Niat ain bila diamanahkan sebagai Ketua Jiran Muda ni tak besar mana pun cukup dapat melahirkan anak anak jiran yang lebih berkualiti , jangan buat benda merepek , saling kenal mengenali sesama jiran dan mencorak masa hadapan dengan lebih bagus . Nak tambah lagi , gunakan social media dengan cara yang betul . Memandangkan ain memang bekerja dalam dunia social media , jadi tak salah untuk ain educate anak anak jiran disini .
Cuma tu la dalam pada kita masih dengan situasi covid la dan entah apa lagi isu semasa ni , tak banyak aktiviti kejiranan boleh dilaksanakan . Harap sangat ain dapat jalankan amanah dan tanggungjawab ini dengan bagus . Insyallah ~~