MAKAN NASI DAGING MERAH DAN SATE DAGING WAK RADOL | Dulu-dulu ain suka tapau dan makan di Restoran Sayam 3 yang berdekatan dengan Taman Kenanga Johor Bahru tu . Ain pergi kesitu kerana servis nya laju , order sekejap je dah sampai dan sangat cepat untuk orang bujang macam ain yang suka take away food gitu . Tapi , memandangkan rasa makanan pun dah kurang sedap dan mengecewakan (rasanya macam bertukar owner) , terus buat keputusan dah tak nak lagi bungkus membungkus di restoran tu . Pilihan seterusnya ialah di gerai wak radol ( gerai tepi jalan tu , gerai yang first cawangan nya di buka).
Rasa sate Wak Radol ni memang tak dapat dinafikan sangat sedap ! Family kitorang suka sate daging , jadinya kalau order memang semua sate daging je . Untuk sesi makan sate wak radol kali ni ain pergi dengan abang ain je . Kepenatan baru balik dari kampung , malas masak beli jela makanan .
Ain ni memang suka nasi daging merah . Pernah juga sampai satu tahap craving gila nak nasi daging merah . HAHAHA . Abang ain cakap , kita order jela sate seorang 10 cucuk ! HAHAHA . Macam nak pecah juga perut ain nak menghabiskan nasi daging merah dan 10 cucuk sate daging tu . Tapi , macam biasa ain ni jenis makan perlahan , jenis makan nak kena feel gitu . HAHAHAHA. (orang dah habis makan , aku yang terkedek kedek belum habis makan ) . Alhamdulilah , habis juga makanan yang di order tu .
Begitu la , menu yang selalu ain order kalau datang ke sini . Janji kenyang ~ Walaupun suka daging merah , tapi tak pernah sekali pun ain cuba untuk memasak sendiri dirumah ! Malas nak rebus daging . HAHAHHA .
Sate Wak Radol
Jalan Denai Utama, Kempas Denai, 81200 Johor Bahru, Johor
010-420 3094