ULANG ALIK JOHOR BAHRU KE SENAWANG JUMPA MEMBER LAMA

 

bestfriend forever

Assalamualaikum , kisahnya kawan ain si Lela ajak teman dia pergi Senawang . Senawang dekat Negeri Sembilan . Kitorang balik hari je . Berbual nak gerak awal pagi jam 7 eh sekali lajak pukul 9 lebih kot si lela baru sampai pick up ain . Si lela pula dalam kereta kemain ehk bawak selow siap ikut belakang lori kemain lama . Kitorang sambil sambil dalam kereta tu banyak berbual je lebih sampai tak sedar kemain lambat ehk nak sampai ke negeri sembilan tu.


Ala , kitorang ke Senawang ni sebab nak jumpa Ecah . By the way , we all ni geng rapat masa zaman matrik dulu . Panjang kisahnya kalau nak story macam mana kami boleh geng . Apa yang pasti  , kitorang ni geng sama blok asrama . Haa , gitu la . Ecah sama kelas dengan aku masa matrik dulu . Sampai je Senawang dah waktu lunch , jadinya Ecah ajak pergi makan kedai cina muslim katanya . HAHAHAHA.


Sedap lauk lauknya . Nama kedai cina muslim ni Casa Lagenda Convention Centre . Highly recommended yer and nak repeat lagi makan dekat sini . Lepas lunch tu , kitorang singgah kejap karoke. HAHAHA . Well , geng kami ni memang gila -gila suka karoke . Sejak dari zaman matrik lagi , kalau outing memang selalu karoke.  

makan sedap di senawang seremban negeri sembilan


Kitorang ni ade nama kumpulan . Namanya geng PCD ! HAHAHA . Dianggotai oleh 5 orang , Ain , ecah , elly , lela dan eiyra . 4 daripada kami semua dah kahwin kecuali la seketul yang nama ain tu . Hahhaha . 


Pernah aku tulis tentang "Kolej Mencari Jodoh" . Ada kisah mereka yang aku ceritakan .

makan di casa lagenda senawang


Walaupun pertemuan yang sekejap , tapi perangai masing -masing habis terkeluar . Best borak dengan diorang ni . Masing - masing busy dengan bisnes dan life as a wife kan . Kami sampai ke Johor Bahru pada jam 7 malam . 

LUNCH YANG LUAR BIASA

 

lunch yang luar biasa sheisfarahain


Lunch yang luar biasa 🤣


Memang lah luar biasa , sebab ianya dimasak oleh mak mak kejiranan rumah Ain . Gambar lama , tapi kita abadikan disini . Kenangan makan lauk tengah hari sewaktu gotong royong sempena majlis hari raya .

Apa yang istimewanya lauk makan tengah hari ni sampai kan bila tengok je gambar ni , pasti akan teringat kesedapan makanan ni .

Fuhh , nasi nya ambil sikit je , tapi banyak meratah lauk . Siap 2 3 round menambah lauk . Kerabu kaki ayam tu memang favourite ain ! Meratah tu je , nasi cuit sikit sikit je . Lepastu siap ada lauk sambal pecel gado gado ! Peh terangkat beb . 

Di hirup sekali lauk asam rebus keladi . Weh 🥲Menitik air mata rasa sebab shedapp yak amat ! Begitu la seketul farahain yang memang suka mencuba lauk lauk kampung.  Mana nak cari weh kalau bukan makcik makcik sini yang masak.

Nostalgia sungguh rasa ! That's why ain ambil gambar . Kehidupan begitu lah kan , benda yang indah selalu akan diceritakan . 

Macam tu juga kalau setiap hari yang kita lalui. Kadang ada hari tu , indah belaka kadang sendu yak amat ! Tapi , hidup mesti diteruskan . Samala kita , ada hari sembur perfume kemain banyak melimpah.. Ada hari sampai terlupa nak sembur .. Dah uchuk acamm.

Nak Wangi ? 
ihadiah.com kan ade 

XoXo , 
Ain ❤️

PATUT LA MANIS BUAHNYA , TENGOK LA SIAPA YANG POTONG !

 

PATUT LA MANIS BUAHNYA , TENGOK LA SIAPA YANG POTONG !


Patut la manis buahnya , tengok la siapa yang potong ! 


Ada satu makcik ni sedekah sekotak limau sewaktu program korban kejiranan tempat ain . Mulanya , ain amek dan kopek .

Aduhai , susah pulak ehk kopek manual guna tangan ni. Tiba tiba ada satu pakcik ni dia tegur " Ain , awak potong je haa guna pisau " . Hahaha.  Kebetulan haritu hari korban kan , merata orang bawak pisau nak melapah daging. 

Nampak pisau di atas meja , niat dihati nak potong untuk diri sendiri je tau . Syok lah masuk ke mulut untuk first bite !  Ya Allah ! Sedap gile ! Manis sangat . Terus rasa nak bagitahu semua orang eh buah  oren dalam kotak ni sedap tau . Manis sangat , rugi siapa tak rasa . 

Tapi , tu la . Dah penat nak keluar suara , ain nampak bekas kosong , dan terus ambil beberapa biji buah oren . Di belah dan potong kecil kecil. Potong lah sebanyak yang ada . 

Tak lama lepas tu , ada yang nampak dan terus ambil. Ambil dan ambil.. "Patut lah manis je buah ni , tengok la siapa yang tukang potong" 🤣 Terus shy shy cat i tell youu.

Siap bawak bekalan 5 biji yer balik ke rumah dan simpan dalam peti sejuk. Nak makan sejuk sejuk. Arrgghh sedapnya ! Dalam hati asyik berkata , "banyak pahala makcik yang sedekah ni. mesti dia beli  buah oren yang kualiti bagus..sebab sedap sangat!" 

Kalau ain tak potong buahnya , belum tentu orang berebut nak rasa . Sama la juga dengan kehidupan harian kita . Setiap hari , kalau kita nak bersemangat memulakan kerja , jangan lupa untuk pakai minyak wangi ! Baru la nak buat kerja pun muka tak monyok je . 

Nak wangi ? 
ihadiah.com kan ada 

xoxo, ain ❤️