KISAH MALAM RAYA KORBAN YANG KELAKAR

Assalamualaikum. Hari raya korban haritu ain tak balik kampung dan tak kemana mana pun . Duduk je dekat rumah dan ada je dekat Johor Bahru . Ayah pula tetiba cakap nak beraya kat JB . Ayah ni pula memang selalu solat di masjid atau di surau . Untung nya kawasan perumahan ain ni memang banyak surau. Jadinya memang selalu bertukar tukar surau ayah akan solat .


Nak dijadikan cerita balik dari solat isyak , tetiba ayah cakap "kat mana ada jual abc ehk? . Astagfirullah , dah pukul 9.30 malam . Ade lagi ke ? Mungkin ada tapi jauh , dan paling mungkin tak ada sebab malam raya . Ayah pun malam raya pula yang mintak abc . Hari lain tak mintak pulak . AHAHHHAHA.

abc popular di kampung melayu johor bahru



Tetiba ain teringat kedai ABC yang femes tu ABC Azmi Wawa dekat Kampung Melayu . Ain terus cakap jom la try ke sana dulu . Mungkin ada . Tup tup , eh masih bukak dan masih ada juga orang yang makan ABC dan beli bungkus ABC . 


abc sedap di johor bahru


Ku sangka kan ayah je sorang yang kempunan ABC time malam raya , rupanya ada lagi orang yang kempunan ABC . Sedap makan tapau bawak balik . Penyejuk tekak di malam hari orang cakap ! Macam biasa , ain akan ketepikan kacang merah sebab memang tak makan kacang merah . Kes tak makan kacang merah ni sebab pernah termakan kacang merah yang dah basi .. Eeeee , sampai sakit perut dan ngeri lepas kejadian tu . 


Korang peminat ABC juga ke ?

xoxo , ain 💖

ULANG ALIK JOHOR BAHRU KE SENAWANG JUMPA MEMBER LAMA

 

bestfriend forever

Assalamualaikum , kisahnya kawan ain si Lela ajak teman dia pergi Senawang . Senawang dekat Negeri Sembilan . Kitorang balik hari je . Berbual nak gerak awal pagi jam 7 eh sekali lajak pukul 9 lebih kot si lela baru sampai pick up ain . Si lela pula dalam kereta kemain ehk bawak selow siap ikut belakang lori kemain lama . Kitorang sambil sambil dalam kereta tu banyak berbual je lebih sampai tak sedar kemain lambat ehk nak sampai ke negeri sembilan tu.


Ala , kitorang ke Senawang ni sebab nak jumpa Ecah . By the way , we all ni geng rapat masa zaman matrik dulu . Panjang kisahnya kalau nak story macam mana kami boleh geng . Apa yang pasti  , kitorang ni geng sama blok asrama . Haa , gitu la . Ecah sama kelas dengan aku masa matrik dulu . Sampai je Senawang dah waktu lunch , jadinya Ecah ajak pergi makan kedai cina muslim katanya . HAHAHAHA.


Sedap lauk lauknya . Nama kedai cina muslim ni Casa Lagenda Convention Centre . Highly recommended yer and nak repeat lagi makan dekat sini . Lepas lunch tu , kitorang singgah kejap karoke. HAHAHA . Well , geng kami ni memang gila -gila suka karoke . Sejak dari zaman matrik lagi , kalau outing memang selalu karoke.  

makan sedap di senawang seremban negeri sembilan


Kitorang ni ade nama kumpulan . Namanya geng PCD ! HAHAHA . Dianggotai oleh 5 orang , Ain , ecah , elly , lela dan eiyra . 4 daripada kami semua dah kahwin kecuali la seketul yang nama ain tu . Hahhaha . 


Pernah aku tulis tentang "Kolej Mencari Jodoh" . Ada kisah mereka yang aku ceritakan .

makan di casa lagenda senawang


Walaupun pertemuan yang sekejap , tapi perangai masing -masing habis terkeluar . Best borak dengan diorang ni . Masing - masing busy dengan bisnes dan life as a wife kan . Kami sampai ke Johor Bahru pada jam 7 malam . 

LUNCH YANG LUAR BIASA

 

lunch yang luar biasa sheisfarahain


Lunch yang luar biasa 🤣


Memang lah luar biasa , sebab ianya dimasak oleh mak mak kejiranan rumah Ain . Gambar lama , tapi kita abadikan disini . Kenangan makan lauk tengah hari sewaktu gotong royong sempena majlis hari raya .

Apa yang istimewanya lauk makan tengah hari ni sampai kan bila tengok je gambar ni , pasti akan teringat kesedapan makanan ni .

Fuhh , nasi nya ambil sikit je , tapi banyak meratah lauk . Siap 2 3 round menambah lauk . Kerabu kaki ayam tu memang favourite ain ! Meratah tu je , nasi cuit sikit sikit je . Lepastu siap ada lauk sambal pecel gado gado ! Peh terangkat beb . 

Di hirup sekali lauk asam rebus keladi . Weh 🥲Menitik air mata rasa sebab shedapp yak amat ! Begitu la seketul farahain yang memang suka mencuba lauk lauk kampung.  Mana nak cari weh kalau bukan makcik makcik sini yang masak.

Nostalgia sungguh rasa ! That's why ain ambil gambar . Kehidupan begitu lah kan , benda yang indah selalu akan diceritakan . 

Macam tu juga kalau setiap hari yang kita lalui. Kadang ada hari tu , indah belaka kadang sendu yak amat ! Tapi , hidup mesti diteruskan . Samala kita , ada hari sembur perfume kemain banyak melimpah.. Ada hari sampai terlupa nak sembur .. Dah uchuk acamm.

Nak Wangi ? 
ihadiah.com kan ade 

XoXo , 
Ain ❤️