MY SIMPLE BREAKFAST AFTER JOGGING


Wah , kemain ehk tengok tajuk siap speaking speaking lagi . Hahaha . I kan dulu macam susah tau nak breakfast. Pada I , breakfast ni macam tak penting pun . Dulu-dulu , acah-acah buat intermittent fasting konon. Last-last tak kurus juga. Kihkihkihh. 

I perasan yang berat I boleh turun kalau I breakfast dan jaga waktu makan. Jadinya , nak tak nak kena la breakfast. Namun demikian , kalau I dah jogging 5 KM memang rasa macam mual untuk start makan dengan portion yang banyak. 

Satu sebab badan dah keluar banyak peluh. First thing yang I cari of course air kosong. Minum sebanyak tidak. Yela , penat kan berlari 5 KM. Hahaha. The next thing after dah cooling down , I terus nak cepat -cepat breakfast. 

Sebab I tak nak wasting time. Jadi nya , simple breakfast yang I akan buat ialah minum sekotak susu oren dutch lady. Iya, saya memang peminat susu oren ni ye. Sedap sangat ! 

Selepas itu , I akan buat oat dan susu . Yes, I memang suka minum susu sejak dari kecil. Lagi suka minum susu dari minum milo . Hahaha . Sedap ! Dulu-dulu kan susah juga nak telan oat . Tapi, sebab nampak teman kecil ku di Sabah iaitu si Ummul ni memang breakfast oat . Kita pun jadi terikut. Sebab kurus ! Orang kurus breakfast oat , kita pun nak juga la rasa feeling macam gitu. 


A simple breakfast can give you a lot of energy after that ! So , jangan sesekali skip breakfast! . Tapi, breakfast pun jangan la macam hantu semua nak melantak. 

xoxo,
Ain 💗

GIRLS TALK DI MALAM HARI

Sehari kalau tak berbual dengan orang , rasa macam tak complete life ain tau. Tu la , suka sangat bercakap kan. Kan dah tak boleh hidup kalau tak dapat berborak dengan orang . 

Jujurnya , I memang suka bercakap face to face dengan orang berbanding mesej di telefon. Nak dijadikan girls talk di malam hari ni bila anak jiran si Aliya tu lepak di depan rumah ain. 

Kisahnya , pada sebelah petang memang Ain dan Aliya dah keluar spent time . Borak -borak santai. Tak sangka membawa sampai ke waktu malam. Aliya ajak singgah ke Family Mart . Tu yang ada oden dan juga matcha ais krim dari Family Mart. Semenjak Family Mart dah ada dekat kawasan perumahan ni , kemain ye selalu singgah. 

Donut red velvet tu pula Aliya beli dekat kedai sederet yang berdekatan. Paling best deretan kedai tu ada Family Mart , KK Mart dan 7 Eleven. Pilih je la nak masuk yang mana . Hehehe. 

Sebelah malam nya , kitorang decide je la lepak depan rumah Ain. Sambil makan sambil berbual. Kena pula si Aliya ni buka topik bab cari jodoh. Aduhai , ahahaha. Semoga Kak Ain dia ni bertemu jodoh la ehk. Kihkihkihh. 

Tetiba , si Farisya terdengar mungkin suara kitorang. Apa lagi , member pun terus bukak pagar rumah datang singgah ke rumah Kak Ain dia ni la. Terjadi la girls talk kami bertiga. 

Girls Talk tamat pada jam 9:30 malam. Girls talk ni best tau kalau buat. Dia macam salah satu healing therapy untuk orang perempuan. Tak percaya , try la buat dengan kawan-kawan uolls.

xoxo,
Ain 💕

SPAGHETTI BUTTER MILK SOSEJ

Disebabkan semalam ada baki kuah butter milk tu, jadinya kita rebus lah spageti dan gorengkan sosej macam dalam gambar. Kenapa sosej bukannya ayam ? Sebab isi ayam dah habis . 

Perasan tak sosej tu potong macam duit syiling dan digoreng sangat crunchy gais!

Selalu nya dalam peti ais ni memang Ain dah asingkan siap-siap untuk buat goreng dengan butter milk atau buat nasi goreng. Namun demikian , stok nya sudah habis. 

Sosej je yang tinggal . Bedal je la. Janji ada makanan untuk di makan ketika lunch tadi. I memang hantu spageti. Sangat suka 

Paling suka spageti carbonara ! Benda - benda creamy dan ber cheese tu memang menjadi favourite iolls. 

Gitu la , seketul Farahain. Makan simple - simple pun dah rasa happy . Walaupun simple , janji kenyang . 

xoxo ,
Ain 🤍