BERHUJUNG MINGGU DI MERSING

mersing johor

BERHUJUNG MINGGU DI MERSING

Aku ni namanya je orang Johor tapi belum semua daerah di negeri Johor ni aku dah terokai. Inikan pulak nak sibuk teroka negeri lain. Kemsalam der! Hahaha. So, kebetulan Sis Lin cakap nak hantar anaknya ke Poli Mersing, siapa nak ikut?

Aku dengan muka seposen terus menawarkan diri. Kak Sunah pun nak ikut sama. Bayangkan pagi tu aku sibuk dok "bergotong royong" la sangat dekat kawasan kejiranan. Boleh baca post "Abang Bomba Terjah Kawasan Kejiranan"

So, habis je program tu dalam pukul 12 aku berdesup jalan kaki balik ke rumah dan terus bersiap. Nasib ler aku ni jenis bersiap cepat. Tapi kadang datang perangai tengah berangan dalam jamban, boleh tahan lama gak kat bilik air tu. Hahaha.

Kak Sunah pick up dekat rumah aku dan letak kereta dekat rumah mak Sis. Rupanya rumah mak Sis betul-betul depan masjid. Hahaha. Mesti rasa selamat je kan Sis dedulu dengar azan setiap masa.Hahaha

Selepas zohor, kami pun memulakan perjalanan. Aku memula okay lagi tapi selepas itu bantai membuta dekat belakang. Tidur-tidur ayam kata orang! Kah! "Aku tengok dak Ain ni dah macam ape dah dia tido". Kata Kak Sun. Penat "bergotong-royong" . 🤣
nasi goreng kampung
Nasi goreng kampung PEDAS YER!

keropok lekor mersing
Keropok Lekor comel-comel
So, sampai je ke Poli amat anak Sis tu, terus hantar dia dan selepas itu kami mencari tempat makan. Aku yang memang kelaparan order ler nasi goreng kampung PEDAS dan air fresh oren. Sis nyempat tegur "Kau order tu jeee Ain". Hahaha. "Yelah dah nasi goreng tu je yang ada". "Ooo , telur mata tak nak?". TAKNAK. Hahaha. Gitu ler simple nya seketul Farahain.

Dalam pada tu nyempat Sis order kopok sepinggan dan masih membelek menu. Aku pula tak perasan Kak Sunah dah bagi hint jangan kasi Sis pegang menu lelama kang banyak dia order.🤣 

Selepas dah makan kenyang, kitorang pun jenjalan tengok apa yang boleh dibeli untuk dibawa pulang ke Johor Bahru memandangkan mak Sis kirim sata. Sis kemain dia borong kopok lekor, kopok jajan. Kak Sunah pun beli kopok lekor jugak. Manakala seketul Farahain beli kopok jajan je dah dia tulis 6peket RM10. Kita pun beli jela buat kudapan dekat rumah  Kah!
mersing johor
Hello Mersing!
mersing johor
sejenis kebahagiaan!

mersing johor
Gitew , duduk bersila makan kopok...bestnya rasa!

akuainkausiapa
Gambar kasut pun boleh..Hahaha.

mersing johor
Beginilah tiga ketul geng mudah terhibur

masjid atas bukit mersing
pemandangan dari masjid atas bukit mersing
Selepas itu, Sis ajak lepak tepi pantai. Sambil-sambil tu makan ler kopok lekor, ayam gunting, dan juga sata. Tetiba ternampak kuda di tepi pantai. Sis Lin "Jom ler naik kudaaaaa". TAKNAK!! Tak baik seksa kuda tu, dahla aku ni berat. Hahaha.

Jadinya di tepi pantai tu kami pun makan jela sambil borak-borak dan mengambil gambar. Itulah kebahagiaan pada aku. Aku ni jenis spesis manusia yang tak perlu nak bawak tempat mewah-mewah. Cukup jela orang tu ada masa nak diluangkan dengan aku.

Banyak pulak aku membebel🙊 Selepas itu, kami pergi ke Masjid atas bukit untuk solat asar. Ya Allah, view nya sangat cantik gais! Selepas solat kami pun tergedik-gedik tangkap gambar dekat situ. Selepas itu kami pun gerak pulang ke Johor Bahru.

Sampai di Johor Bahru kebetulan geng-geng blogger Projek Travel baru sampai dari Batam dan diorang turun ke JB sebelum bergerak balik ke Kuala Lumpur. Nak senang cerita, kami pun berjumpa di stesen bas Larkin.
projek travel blogger malaysia
Nice to mee you gais!
Oh, terlupa pulak, sebelum berjumpa dengan diorang nyempat pekena sate jawa. Erm, dap nyee. Terima kasih Sis sudi ngajak kami ke Mersing! Love you

 Muah ciked 😘

7 ulasan:

  1. Makaseh Ain teman ke Mersing,
    Lepas ni jom le Mersing lagi ya hehehehe

    BalasPadam
  2. Kalau dapat pi Penyabong lagi best ain, dapt makan ikan celup tepung...dah dekat ngan kampung akak tu

    BalasPadam
  3. Geram pulak tgk keropok lekor tu. Hahaha

    BalasPadam
  4. Makan sedap Dan jalan pun seronok..

    Terbaik la awak

    BalasPadam
  5. hahaha...seronok betul bila ingat balik...jalan2 lupakan sekejap kerja bertimbun yang menstresskan kepala

    BalasPadam

Blog ini merupakan blog peribadi yang ain jadikan sebagai 'Diary of the day'.Sorry la kadang ain guna, “ain” kadang “aku”.Perasaan membaca ni kadang lagi sedap ber “aku”.Kes itu kita letak terus “akuainkausiapa”.Hahaha.