Assalamualaikum . Belek belek gallery di handphone ketika tak tahu nak buat apa ni . Jadinya , ternampak la gambar gambar tersebut . Farahain (nama tuan tanah blog ini ) dan teman kecilku itu Farisya . Nama kami seakan sama . Sebelum -sebelum ini ain pernah letak kisah The NF Generation .
Jiran sebelah menyebelah tapi tu la nama dekat sama . Sampaikan isya ni pernah cakap ada yang kata ain ni kakak dia . HAHAHAHAHA . Padahal kakak jiran sebelah . Ain rasa selesa bila dengan isya ni . Memang pusing pusing muka dia je la yang banyak dekat blog ain .
Sebabnya dia la peneman ain sewaktu morning walk pada hari dia tidak bersekolah , kalau hari jumaat masa yassin pun dia yang akan duduk sebelah ain . Kadang kadang si isya ni boleh tahan dia punya manja , siap duduk atas peha kak ain dia ni . Nasib baik lah peha kak ain ni besar boleh tampung berat dia . BAHAHAHAHA.
Gambar atas tu masa kami dalam majlis yassin setiap hari jumaat malam . Gambar bawah pula ain teman dia hantar ke sekolah . Sekolah pula jalan kaki je dah sampai alang alang tu ain morning walk la sekejap lepastu .
*Nak tahu berapa beza umur kami ? Tahun 2022 ni ain dah 31 tahun dan farisya pula masuk 13 tahun . ..Eh terbalik pulak umur kami kan ..Hehehe ..
Baca juga kisah : mulakan hari dengan brisk walk
Farisya ada abang tak?
BalasPadamhahhahaa. ade dua abang along dan abang angah .. semua tuh usia lagi bawah dari ain .hahhahaa..
PadamBolehlah buat adik angkat
BalasPadam