Santai Petang Bermain Badminton Bersama Anak Jiran

main badminton bersama anak jiran


 Assalamualaikum . Semenjak beberapa hari kita bercuti tahun baru cina ni , memang mood bercuti la kan . Tapi kita ni malas nak kemana - mana mereput je la di rumah . Ain ni pula mana la tahan boleh duduk dalam rumah terperap je kan , jadinya nampak la anak jiran sebelah bermain badminton . Kita pun join sekaki la . KIHKIHKIH. Turut serta bersama sudah semestinya teman kecilku si Farisya .

Bagus juga ehk ada aktiviti petang macam gini . Anak jiran sebelah ni kan walaupun masih kecil tapi semangat tau nak main badminton . Jadinya , untuk permulaan ni tak salah kalau kita belajar prektis pukul je dulu . 

ainul bersama kucing

anak anak bermain badminton

bermain badminton

nur ila dan ainul memegang kucing

santai petang bermain badminton

Nama pun santai santai kan , main untuk keluar peluh dan sambil bermain tu mulut pun bergerak sama . Hahaha . Time tu la kita nak bercerita sesama anak jiran . Ain mencadangkan aktiviti belajar bermain badminton ni perlu diadakan untuk kejiranan rukun tetangga yang lain memandangkan budak budak sekarang asyik dengan gadget je kan . Jadinya , perlu juga setiap anak anak jiran disini berpeluh dan bersukan .

Sambil bersukan , sambil sambil juga mereka saling kenal mengenali antara satu sama lain . Harap la aktiviti ni dapat dilaksanakan ~~


Baca juga kisah : Santai petang di depan rumah ! Girls Only!

3 ulasan:

  1. Sejak dah remaja purba ni, kan.. akak nak pukul bulu tangkis pun dah tak reti, hihi.

    BalasPadam
  2. lama tak pekena badminton ni. Risau dah macam orang perkinson je . haha

    BalasPadam
  3. aktiviti yang bagus ni..jgn asyik main hp jer..huhu

    BalasPadam

Blog ini merupakan blog peribadi yang ain jadikan sebagai 'Diary of the day'.Sorry la kadang ain guna, “ain” kadang “aku”.Perasaan membaca ni kadang lagi sedap ber “aku”.Kes itu kita letak terus “akuainkausiapa”.Hahaha.