Teman Kecilku Sudah Tingkatan Satu


farisya ootd

Assalamualaikum . Pejam celik pejam celik dah tahun 2022 . Ini bermakna teman kecilku pun sudah meningkat remaja . Tahun 2022 ni dah masuk tingkatan satu woi . Alahai , cepat sangat masa berlalu kan . Walaupun tahun ni memang berbeza dari sebelum wujudnya covid namun umur nya tetap bertambah .

Naik sekolah bulan mac nanti baru merasa usia tingkatan satu . Tengok gaya macam nak duduk asrama je dia . Alahai , lagi bertambah sedih dan sunyi la life kak ain selepas ini. Dah banyak kali ain pujuk dan bagi hint pada dia , "awak sekolah depan jela. senang jalan kaki je dah sampai sekolah". Bukan sekali dua cakap , eh banyak kali tau tapi kalau itu kemahuan nya kan . Mungkin dia nak rasa hidup lebih berdikari . Katanya di asrama nanti dia dapat ramai kawan dan teratur masa nya . HAHAHA . Kita tengok jela yer gaya nanti jadi ke tidak ke asrama nya . Apa yang pasti , nanti mesti meraung juga kak ain dia ni .

farisya vaksin


Anyway , nak cerita gambar gambar yang ada ni semua mama nya yang sent kepada ain . Gambar baju biru tu , masa pergi vaksin . Kemain dia sempat bergambar dulu . Kata mama nya , teman kecil pun nak ber ootd juga! Kah ! . Selepas itu bulan november tempoh hari , buat kad pengenalan uolls ! Dia punya semangat nak dapat kad pengenalan kemain muka senyum bahagia je tau .

farisya makan abc

farisya menunggu kad pengenalan

farisya di utc johor bahru

Balik je dari buat kad pengenalan tu excited gila terus dia tunjuk dekat ain . Masa buat kad pengenalan tu sempat yer pekena abc dulu . HAHAHA .Kalau nak tahu teman kecil ain ni dia jenis budak perempuan yang simple . Dia la yang selalu teman baba dan mama nya ke pasar , beli sarapan pagi , teman berjalan , teman mama pergi yassin dan teman baba nya balik ke kampung . Dia jenis tak banyak songeh tau senang nak dibawa kemana - mana . 

Ain selalu cakap kat dia "awak ni comel tau ..awak tak perasan ke yang awak ni memang dah cute?". HAHAHA . Harap nya bila dah meningkat remaja ni , dia lagi ramai kawan dan berani menempuh pelbagai kisah di sekolah nanti .

baca juga kisah ulang tahun teman kecilku yang ke 12 !

2 ulasan:

  1. Wajahmu manis bak gula
    Pasti ramai yang tergoda

    Semoga ditemukan dengan kawan yang baik2 ya teman kecil Ain.

    BalasPadam
  2. Comelnya teman kecilnya tu.
    Mudah-mudahan tercapai hasratnya untuk hidup berdikari di asrama.

    BalasPadam

Blog ini merupakan blog peribadi yang ain jadikan sebagai 'Diary of the day'.Sorry la kadang ain guna, “ain” kadang “aku”.Perasaan membaca ni kadang lagi sedap ber “aku”.Kes itu kita letak terus “akuainkausiapa”.Hahaha.