Assalamualaikum . Kalau hari jumaat je , mesti akan paling excited sebab nak ke pasar malam . Untuk pengetahuan korang , dah dekat dua minggu lebih ni memang banyak membeli makanan di luar berbanding masak . Dasyat yer ! Hahaha .
Jadinya , tiba hari Jumaat lepas asar je memang kaki ni dah gatal gatal nak berjalan ke pasar malam . Ikutkan kalau iman yang tak kuat , nak memborong bermacam - macam makanan tau tapi sebab memang nak membeli menu tu je sebab nak kenyang lama.
Kalau pilih ayam seketul RM 3.50 , SIKIT JE ! TAK PUAS MAKAN , jadi nya pilih la rangka ayam . Harganya sama je tau . Ain siap request nak sambal so dicicah dengan rangka ayam tu peh sedap berbanding dengan sos cili .
Tapau sekali nugget sekeping RM 1.50 dan campur nasi goreng dan mee goreng campur gitu harga sama je RM 2.50 . hahahaha . Begitu la menu ain jika ke pasar malam .
Sebenarnya kan ain kalau nak betul betul sekali makan terus kenyang memang cari nasi campur makcik kelantan tu je . Tapi , tak ada lah . Dah la murah banyak pula tu portionnya .
Nak tanya korang suka ke makan rangka ayam ?
Baca juga : Beli kepak ayam tepi jalan
Suka ratah rangka ayam. Bukan sekadar tulang, isinya pun boleh tahan banyak. Sedap pula tu.
BalasPadam