SARAPAN LEMPENG DENGAN KUAH KARI
Assalamualaikum , lama nya tidak ber update blog akuainkausiapa ni. Kesian dia , lama terbiar. Hari ini , kita isi kan kembali dan ceriakan kembali dengan pelbagai kisah yang dilalui dan dinikmati oleh seorang yang bernama Ain.
Kebiasaannya , Ain memang suka betul ambil gambar makanan. Fikir fikir semula , macam nak delete tapi sayang , sebab kita rasa itu la kenangan dan that is how i appreciate the food.
Tak kisah la makanan murah ke , home cook ke apa yang pasti , Ain memang suka sangat ambil gambar makanan. Anyway , masa ini Ain makan lempeng cicah kuah kari di Tapak Pasar Tani Kekal , Jalan Datin Halimah .
Penjual lempeng ini adalah jiran Ain dan rezekinya pernah diviralkan oleh page-page makanan Johor. Jadi nya , kita pun datang la singgah bersarapan. Lempeng nya sangat lembut ditambah pula cicah dengan kuah kari yang pekat. Sedap sangat!
Ini la cara orang Johor bersarapan pagi gitu. Lempeng ni ada pelbagai lauk yang kita boleh makan bersama. Antaranya sambal hijau , sambal tumis bilis , makan dengan kelapa dan pelbagai lagi.
You all pernah ke makan lempeng ? Lempeng mana yang paling sedap yang pernah korang cuba ? Cuba komen .. Ain nak tahu juga .
xoxo ,
sheisfarahain
Dapat makan lempeng cicah kari kambing lagi sedap tu 🤤
BalasPadamWak suka cicah sambal tumis
BalasPadam