Balai Cerap UTM Skudai , Johor

Assalamualaikum , and a very great pleasure sebab kita masih lagi diberi peluang untuk bernafas . Jadi , sentiasa ucap rasa syukur kepada Pencipta kita yang maha Esa itu . Okay , entri kali ni .. Haaaa , nampak ke idak tajuk nya ? Yezza , Balai Cerap di mana ? UTM skudai johor . Sejak bila pula aku jadi budak UTM ? Ahaks ! In future maybe for Master . Who know's right ? Hahaha .

Opps , before i nak tayang gambar and all the sweet moments ever la katakan , meh i nak explain kat you all dulu binatang ape Balai Cerap balai cerapan ni . Kan kan kan . Aku pun tak tau pasaipa depa dok bagi nama lagu tu .  Jadi , kalau di angkasa balai cerap ni lebih kepada tempat untuk memerhatikan planet planet , angkasa dan objek lain. Pasai tu dia dok hat atas sekali . Refer back to this balai cerap , from this location kita akan nampak pemandanga yang Subhanallah , cantik tak terhingga . Boleh nampak view seluruh UTM . And of course , yang paling best pergi waktu matahari nak terbenam la kan . Its look like view of the sunset gituw ! Hahaha .
             

Oh , guano aku boleh sampai ke situ ? Okay , dia macam tak rancang langsung . Ceritanya , one of my Bff adalah budak UTM so kawan yang sorang ni nak sangat tgk sunset . So , terjadi lah ia dan dapat juga lah naik sampai ke situ . Waktu kitorang pergi situ , nampak lah foreigner tengah picnic sambil tengok view sunset tu .

Menggila punya menggila , tangkap gambar kemain sampai berpuluh puluh erkk beratus kot .hahaha. Sekali nak lah tangkap gambar semua . Kemain mintak tolong foreigner tu siap speaking bagai . Mamat foreigner tu tangkap gambar nice woah . I think 4 kali je . Hahaha. Dan dia jugak bagi kitorang rasa cekelat dari Iran . 
***OH , ENTRI NI DAH LAMA BERSARANG DALAM DRAFT .hahahaha ..
ianya sepatut di publish bulan januari , tapi bulan mac dapat di tayangkan . sebab masalah teknikal.hahahaha.
okey , jom layan gambar !




















ni semua BFF dari matrik .. wahhaaa.. seriously , this friendship sangat sangat teramat awesome ! sebab mereka ni semua jenis gila gila.. sayang korang !



Boleh BACA ENTRI BAWAH NI :
1 dah 4 Entah Bila!
Cerita Aku Masa Dekat KMJ

Siapa Cakap Berniaga Pasar Malam Tak Boleh KAYA & BERJAYA

Sumber : Google 

Assalamualaikum kepada mereka yang beragama Islam , dan Hello untuk mereka yang bukan Islam .

Selalunya dekat tempat korang pasar malam ada hari apa ? Kalau ain , dekat kawasan rumah ni hari Jumaat . Kalau dulu dok mengaji dekat kedah , hari Ahad .. So , balik kelas memang berdesup pi serbu pasaq malam . Ahaaa . Ain nak tanya sket je , sket je ... Selalu perhabis berapa ringgit ehk ? Jujurnya ain duli masa dekat kedah kan seorang diri tu boleh perhabis sampai RM 10 - RM 15 . See, entah ape kebenda yang aku beli . Tapi habis okey. Hahaha. Okay , perut tong gas memang boleh habis. Ahahaha . Kalau dekat JB pula , sebab dengan family kan selalunya RM 20 - RM 40 jugak lah.

Lepastu ain terus terfikir , sebab ain ni jenis kalau pergi satu tempat , ain selalu fikir , kenapa tempat ni orang suka pergi ? Kenapa tempat ni jadi lokasi orang berniaga ? Cuba bayangkan , kalau SEORANG boleh invest * amboi , guna ayat invest gitu . Hahaha.. Boleh invest sehingga ke RM 10 ..  Kalau 50 orang yang datang ? Tak ke jadi KAYA & BERJAYA pada waktu tu .hahahha . Itu tak masuk yang bekerluarga .mau mau , satu keluarga belanja sehingga RM 100 . Kalau 10 keluarga yang belanja , tekan kalkulator pi cepat pakcik makcik woi . Ahahahhha.

Ain pernah tanya pada ayah , sebab ayah kenal ramai orang yang berniaga dekat pasar malam tu , sebab dulu bujang bujang ayah ain kadang kadang tolong meniaga air . Ain tanya , " dah berapa tahun ehk pakcik jual mee soto tuh ?" . Ayah jawab , "dekat 30 tahun jugak lah " . Fuhh , lama tu , terlebih sangat makan garam dan sangat berpengalaman . Lalu aku terfikir , sepatutnya pakcik ni dan bukak kedai special untuk mee soto dia . Tak yah lah orang nak tunggu hari pasar malam je dapatkan mee soto dia , hari hari orang boleh pekena mee soto dia . Tak ke gitu ? Okay , ain tau ain faham sangat ada sesetengah orang tak berani nak ambil risiko kalau buka kedai takut takde orang nak datang makan selalu . *boleh baca entri ain yang lepas pasal "Nak Bisnes Tapi Tak Tau Dapat Untung"

Satu lagi ain nak cakap , kalau boleh peniaga pasar malam , orang sebelah tu dah meniaga keow teow yang memang setiap kali goreng habis , goreng habis , orang sanggup tunggu untuk keow teow dia , kita dekat sebelah tak kan lah nak meniaga keow teow jugak . Kita dah memang jual goreng goreng lain , teruskan jual yang itu . Kita kena pandai lah nak tarik pelanggan kita , kalau dah tau orang akan pit stop kedai sebelah kita , kita pun jual lah "something" yang orang pun boleh pit stop dan beli jugak .

Yang buat aku tertarik dekat pasar malam kawasan rumah aku ni , ada satu kedai pakcik koew teow . Fuhh , setiap kali pasar malam , komfom buat persembahan goreng koew teow . Sampai aku terfikir , berapa pakcik dan makcik ni dapat sekali persembahan dia tu ? Ahahahha. Bukan itu juga , ada satu pakcik ni , dia jual jagung je , lepastu dia nampak kot takde yang jual kepak ayam madu , dia pun jual . Satu RM 2 . Tapi dia jual 5 RM 9 .. Secara tidak langsung , dia telah letakkan konsep sedekah dalam jual beli dia tu walaupun ianya sebenarnya strategi pemasaran .

Gerai lain misalnya , jual nasi lemak , jika pelanggan kita , "makcik , nak sambal lebih" . Maka , peniaga , berilah sambal lebih . Tak luak pon sebenarnya . Sebab kamu telah memberi kepuasan kepada pelanggan kamu dan secara tidak langsung , peniaga tersebut telah bersedekah dengan memberikan walaupun hanya dengan konsep "sambal lebih" .

Itu yang ain katakan , siapa kata peniaga pasar malam tak boleh kaya dan berjaya ? Mereka boleh kaya mereka boleh berjaya kalau diselitkan konsep sedekah itu . Dan yang telah menjadi peniaga bertahun tahun , tak kan tak nak untung dua tiga kali ganda ? Mesti nak kan . Cuma kadang kadang kita tak tau macam mana , kita tak nampak atau masih samar samar jalan yang macam mana kita nak lalui untuk mencapai keuntungan berlipat kali ganda .

Jadi , lagi sekali ain nak tekankan disini , SIAPA KATA PENIAGA PASAR MALAM TAK BOLEH KAYA DAN BUKAN SETAKAT KAYA TAPI BERJAYA? TEPUK DADA TANYA DIRI SENDIRI , YANG BOLEH MENGUBAH DIRI KITA HANYALAH DIRI KITA SENDIRI .
INSYALLAH ..

-NUR FARAHAIN-
AkuAinKauSiapa.Blogspot.Com
farahain8291@yahoo.com.my