KISAH POWERBANK


Aku pernah baca satu thread di twitter tentang kisah powerbank. Ada satu akak ni mintak pinjam powerbank sebab phone dia habis bateri. Yang bercerita tu pun pinjamkan la, sampai lah dia tanya tunggu siapa dekat sini? . Rupa-rupanya akak tu gila meroyan sebab ayah dia dan tunang dia meninggal tapi disebabkan bateri phone dia habis , dia lambat nak jumpa ayah dan tunang dia. Mula-mula rasa macam scary gak sebab dapat tau tu orang gila tapi bila lama-lama baca sedih weh.

Ianya hanya disebabkan oleh powerbank. Yer, kita nampak powerbank tu apa la sangat. Tapi dia memberi makna pada hampir semua manusia di muka bumi ni. Inikan aku pula yang banyak terlibat dengan event,program luar yang memerlukan bergerak ke sana sini. Powerbank sangatlah penting.


Alhamdulilah, koleksi powerbank aku dah bertambah. Hahaha. Aku dapat dari dua event yang aku datang. Comel weh. 1 powerbank yang aku dapat dari Fashion Week Paradigm Mall . Boleh baca entri aku pasal Fashion Week ni.


1 lagi comel kecil sedikit dan yang ni aku dapat dari Desaru Tunamaya Resort & Spa . Terima kasih kepada pihak yang memberi. Ain sangat menghargainya.

Ada yang nak berkolaborasi dengan @zfagadget ? Kitorang sekarang tengah buat content digital khas untuk para remaja di Malaysia.


AKTIVITI LASAK DI BUKIT GAMBANG RESORT CITY


Di sebalik Bukit Gambang yang korang tak tahu... Selalunya orang mesti ingat ada waterpark je. Datang Bukit Gambang just nak main waterpark je. Ternyata persepsi korang silap. Hehehe.


Cadangan ain korang spent masa sekurang-kurangnya 3 hari 2 malam dan explore lah betul-betul baru korang rasa puas hati. Ain nak cerita aktiviti yang ain dan geng JDT Blogger lakukan sepanjang di Active Academy di Bukit Gambang.

1-Memanah
Yang ni pun sebenarnya first time ain memanah okay la dari terpanah ke tempat lain. Hahaha.




2-Painting Shooting
Yang ni pulak macam nak pergi berperang. Hahaha. Gaya je lebih,tapi korang just fokus shoot dekat tempat yang nak ditembak tu je.







3-ATV
Yang ni siap sedia untuk rasa gelabah bila turun bukit dan bila tersekat masa nak naik bukit. Hahaha.
Boleh baca juga pengalaman pertama kali membawa atv



4-Menaiki Kuda
Yang ni masa tu open for kids. Kita yang dah umur 27 tahun takkan nak naik lagi kan. Hahaha.



5- Flying Fox
Haa, yang ni korang boleh jerit puas-puas masa tengah fly tu. Hahahah. Ain tak dapat cuba yang ni,sob sob sob....boleh baca dekat eksplorasi jdt blogger ke bukit gambang





kredit pic : azwa photography

So, best kan ? Siapa kata Bukit Gambang hanya ada Waterpark je? Uolls silap. Bukit Gambang Resort City ini siap ada Safari Park dan Active Academy. Korang yang suka cuba aktiviti lasak ni disarankan untuk wajib try semua aktiviti ni.🏹


Bukit Gambang Resort City
26300 Gambang, Kuantan, Pahang

Tel: +609-5488000/8111/8112/8113
Fax: +609-5486666
Email: enquiry@bgrc.com.my

Facebook:
BGRC
Active Academy
Instagram:

Website:



CANTIK DALAM 3 MINIT DENGAN SET MAKEUP YARRA BEAUTY

korang boleh tengok video ni , kita mintak adik Najlaa tolong review sebab dia pakar bab-bab kecantikan ni :)



Dalam set 4 in 1 ni : -

❤ 50ML Yarra Xtra C Moisturiser

Fungsi:
- Memberi kelembabapan & kesegaran pada kulit.
- Membantu masalah kulit kering, 
- Mengatasi anti-aging.
- Melindungi kulit dari garisan stress, penuaan, mengecilkan liang pori.
- Melindungi kulit dari sinaran UV.
- Membantu masalah tona kulit tak sekata.
- Mengurangkan eyebeg.

❤ 50ML Yarra Xtra E Face Mist

Fungsi:
- Barang asas sebelum mekap.
- Sempurnakan hasil selepas mekap.
- Toner semulajadi.
- Mencerahkan & memulihkan kulit kering.
- Melindungi kulit dari kerosakan akibat pancaran matahari.
- Antioksida tertinggi (400x ganda dari vitamin C)

❤ 8g Yarra DD Cream Foundation

Fungsi:
- Mengandungi SPF +30.
- Ringan dan sesuai untuk semua jenis kulit.
- Membantu mengatasi masalah utama pada kulit termasuk kemerahan, garis kedut, pori besar dan bintik hitam di wajah.

❤ FREE GIFT Yarra Kabuki Brush


Untuk dapatkannya. 
Boleh terus whatsapp nombor ini : 

Facebook HQ : 

Instagram : 

#YarraBeutyCare #YarraXtraC #YarraMousturiser
Kalau korang yang berada di area johor boleh je dapatkan dari Sis Lin