PERSAHABATAN UNTUK 3 HARI


Bila belek-belek semula gambar Eksplorasi JDT Blogger ke Bukit Gambang , ain terus teringat kepada kisah persahabatan ini. Bukan je geng JDT Blogger yang makin rapat, tapi anak-anak diorang pun sama. Masa hari first tu kita belum perasan lagi yang kanak-kanak ni nak berkawan. Mungkin sebab hari pertama kita banyak spent masa dengan keluarga masing-masing di Bukit Gambang Waterpark. Bukan itu sahaja, pada waktu malam kita semua just makan di Oriental Oasis .
So, pada hari first masih malu-malu lagi, orang kata enjin belum panas lagi. Haaa, masuk hari kedua memang kita seharian penuh aktiviti. Comel sangat friendship diorang weh. Sambil jalan pimpin tangan duduk sama-sama. Makan pun dah tak ingat keluarga dah, konon macam diorang nak “kids time” la. Paling kelakar , anak Encik Nasir person in charge yang entertain kami tu, siap nak ikut balik bilik anak kak Dila. Dia terlupa bilik dia pusing jalan lain. Hahahaha. Mak dia siap panggil-panggil anak dia.

That the beauty of this eksplorasi. Kanak-kanak kan, waktu ni la dia nak explore, siapa ada depan mata itu kawan dia. I start to think back, bila kita dah dewasa, kenapa kita banyak hilang kawan? lupa kawan? Hmmm, ianya bukan tentang itu. Ianya tentang masa yang bergerak. Tuhan hantarkan hambaNya pada waktu itu untuk kita belajar sesuatu tanpa kita sedar. Tiber ayat aku jiwang #kodahkenapaain
Mia & Aisyah
Scene paling aku ingat tentang persahabatan untuk tiga hari ni ialah bila Aisyah (anak kak Mar) “eeee comelnyaaaaaaa”, wehh dia tengok arnab sampai macam nak menangis!. Ain dah cuak dah eh kenapa budak ni, sebab time tu Night Jungle pada waktu magrib,risau la kot-kot tersampuk ke. Hahahahahahahaha. Rupanya dia memang suka 🐇. Lepastu si Mia (anak buah Sis Lin) yang ni sepuluh juta kali aku pandang dia, sepuluh juta kali aku nyebut “eeeee geramnyaaa comelllllll betul”. Sumpah tak tipu dia memang comel! Aisyah ,Mia, (anak Kak Dilah) ni geng perempuan. Diorang akan jalan sama-sama.
ni lah MIA SI COMEL TUUU.
Mula-mula Aisyah macam malu-malu, dia cakap “Eh kita kena cepat jalan ni, ibu dengan ayah saya dah dekat depan”🤣 Lepastu masa dekat Night Jungle, diorang kan ketot kecik (ngata diorang ketot, kau pun pendek Ain!) 🤪. Aisyah “saya tak nampak la!”. Abang ain tolong lah dukung kan. Mia pun mintak jugak. Hahahaha. Aku try juga nak dukung si Mia. Kus semangat. Bapa Mia terus pergi dukung kan. Hahahaha. Aisyah ni sebenarnya manja tau (untuk perhatian kak Mar)🤣. Dia banyak kali pimpin tangan Ain, kalau nak turun tangga ke, bila duduk sebelah Ain,tetiba tangan dia ada dekat peha Ain. Tiber pula rasa macam mak-mak🤣#semogaainmenjadiibupenyayang
anak kak Dila , anak kak Mar , anak buah Sis Lin
Boys friendship pula diantara anak kak Dilah dan anak Encik Nasir. Diorang ni tengok abang api sama-sama. Abang ain pernah cakap yang budak lelaki ni kalau dia jumpa geng, kawan tu lompat, dia pun akan ikut lompat. Kawan tu jerit,dia pun ikut sama jerit. Itulah anak lelaki. Lasak.Dahtu takkan nak lembik je kan, kang jadi lembut konfius pula dia lelaki ke perempuan. Eh🤪 Paling semangat betul diorang masa tengok Tarsan Show. Hahahaha. Diorang paling depan sekali, siap bagitau dekat Gorila tu lagi ada orang nak tembak dia. Hahahaha.
nampak the boys diri paling depan sekali.hahaha
So, the conclusion is, persahabatan ni bukan tentang lama atau sekejap kita berkawan tapi tentang macam mana kita saling hormat-menghormati dan juga tentang percaya antara satu sama lain. Tak cukup kan 3 hari ? Makanya, saya mencadangkan JDT Blogger untuk buat family day dan selitkan aktiviti untuk kanak-kanak. Mana tahu, friendship diorang akan jadi selamanya. #friendshiptilljannah .

FOBIA NAIK ESCALATOR

gambar dari google
Aku pernah rasa perasaan fobia bila nak naik escalator. Aku flashback semula disebabkan oleh aku nampak ada seorang budak rasanya macam baru darjah 1, masa tu dekat Galleria @ Kotaraya Johor Bahru, aku naik escalator macam biasa. Tiba-tiba aku tengok kenapa budak ni tak naik-naik sedangkan mak dia dengan adik dia dah naik ke atas. Aku toleh kaki dia gigil-gigil weh nak pijak escalator tu.

Rasa sedih lak aku tak pimpin tangan budak tu. Nasib ada orang yang naik pimpin kan tangan budak tu. Aku macam brain freeze kejap sebab aku dulu pun pernah fobia. Masa kecik la sekarang ni okay la. Korang tahu kenapa aku fobia? Sebab aku imagine escalator tu kalau salah pijak, dia makan kaki kita sampai hancur. Hahaha. Gila betul imaginasi aku masa kecik-kecik dulu. Ke aku dari kecik dah tengok Final Destination tu yang imagine bukan-bukan? 🤣

Bila aku tengok kaki budak tu gigil-gigil aku terus teringat aku yang masa budak-budak. Serius weh aku memang paling berhati-hati bila nak naik escalator. Masa kecik-kecik dulu, setiap kali nak naik atau turun escalator , ibu aku akan pimpin tangan aku.Tu aku memang pantang orang main-main bila dekat escalator. Kang dia makan kaki kau, baru tahu kaki dah kodong! Haaa.. #takbolehblahkaufikirkanain

GENG JDT BLOGGER JALAN-JALAN CARI MAKAN DI EYES STEAK JB

Kak Seri , Ain , Kak Mia , Kak Sunah , Huda , Cik Tom
Nak ke tak nak lepak mamak? Nak ke tak nak lepak mamak? Nak ke tak nak lepak mamak? Nyanyi banyak kali boleh geleng kepala mamak tu terima order. Hahaha. Ini bukan mamak gais! Ni port lepak hipster beb! Dekat mana ? Dekat JB lah. Tanah tumpah darahku😁
air yang menjadi pujaaan hatiku , berebut dengan sofea anak kak mia. hahaha.



kata hipster, air pun kaler kaler la kan.hehehe.
Sesekali i lepak la tempat hipster,kata muda lagi. Eh tiber! Kalau orang JB mesti memang dah familiar dengan Kilang Bateri. Kalau datang sini je mesti budak hipster. Hahaha. Sekarang dah rebrand nama tempat ni jadi Warehouse@Kilang Bateri. Citer dia kilang bateri jela! Port Hipster dak-dak JB katanya! Hahaha. Jangan tekezut kali ni semua geng JDT Blogger acah-acah jadi dak dak hipster gais! #tengokootdain #hipsterketidak . HAHAHAHA.












So,pilihan kitorang kali ni di Eyes Steak yang mana kedai ni serve western food. Bila sebut western food je mesti kepala otak dah set nak mencekik spageti la. Ada orang kalau peminat western suka makan kambing grill or chicken chop kan. Dont worry gais, ain nak payung korang semua signature yang telah tekak ku selamat merasa. Kedai ni dia punya hipster kemain kau air dia pelbagai rasa dan warna! Selamat menjamu mata🤪#makanacahacahrasaje #walaupunsharesharetetapkenyang










 

Kalau tiba-tiba terasa nak lepak kafe hipster makan western food, terus je set kan waze ke Kilang Bateri dan menuju ke Eyes Steak tau.





📍 Eyes Steak JB
Instagram : @eyessteak_jb