PENEMAN UNTUK SEMALAM

Image may contain: 2 people, people smiling, people standing

PENEMAN UNTUK SEMALAM

Aku dah lama tak luangkan masa dengan The NF Generation. Nak dijadikan cerita , semalam mama dan baba diorang nak ke KL ada urusan. Jadinya , diorang ni kan masih bersekolah. Nak ponteng tanpa alasan yang kukuh , tak lepas sebabnya sekolah kluster ler kata kan. Sekolah siapa letew (sekolah rendah aku letew) 😜

Jadinya, mama diorang mintak aku teman tidur dengan Fahrina dan Farisya untuk semalam. Aku pun okay je la sebab tak ade pergi mana-mana pun. Tapi, yang aku tahu diorang ni memang jenis kanak-kanak battery cepat low! 😂 Jenis tidur awal la. Aku risau jugak lambat aku check in rumah diorang sebabnya aku pergi kenduri arwah jiran yang baru meninggal.

Balik je dari kenduri tu, aku cepat cepat masukkan laptop dalam beg, dan bawak baju tshirt untuk esoknya. Niat memang nak hantar diorang pergi sekolah sebabnya sekolah rendah ni depan je rumah kitorang. Jalan kaki dah sampai.

Oh, sebelum check in rumah diorang aku mandi dan solat isyak sesiap. Baru je nak turun tangga, tetiba dengar si kecik Farisya dah bagi salam “Assalamualaikum “😂😂. Tu dah bagi signal letew kak ain diorang lambat check in.

Masuk-masuk je ke rumah diorang, diorang masih lagi tengah menyiapkan kerja sekolah. Well, sekolah kluster katanya homework memang bersepah. Hahaha. Aku nampak si Risya dok tengah menggunting dan tampal. Aku tanya dia apa benda ni? . Oh , ni kerja sekolah Rina. Hahahahaha. Hashtag #kerjasekolahkaukerjasekolahakujugak 🤣 Sebabnya kerja sekolah Rina masih tak siap-siap lagi. Tapi, Risya ni hanya tolong gunting dan tampal jelah. Bahagian yang kena tulis si Rina yang siapkan.

Diorang ni memang betul-betul sehati sejiwa. Kerja sekolah pun kena pakat-pakat nak siapkan. Aku pun tak faham kenapa nak kena bagi homework banyak-banyak. Dan bab gunting tampal tuh, alahai. Macam dah tak relevan langsung. Sorry, bukan mahu mengkritik, tapi si budak Rina sendiri cakap “Rina pun tak tahu sebenarnya apa yang Rina buat ni.. Rina salin je balik” Kah! Macam membazir kertas je! Sorry aku emo sangat orang membazir kertas Sebab kena tebang banyak pokok! 😱
kerja sekolah darjah lima
kerja sekolah gunting dan tampal!
Gedebak gedebuk , jam dah pun menunjukkan pukul 11 malam nak menghampiri 12 tengah malam. “Selamat Malam Kak Ain” 😭  Dah lama orang tak cakap good nite dekat aku. Aku? masih tak tidur lagi. Aku ni jenis kalau bukan katil sendiri memang take time untuk tidur. Bukan tu je, aku kan sekarang masih lagi insomnia 😭

Kira-kira jam 1 ke 2 pagi ke si kecik Risya ngigau ke apa, dia berjalan hahahaha pastu tidur balik. Si Rina memang tidur kemain lasak. Kaki dia banyak kali juga terajang aku😂😂😂 Tapi aku tak kesah pun.
>>>Siapa the NF Generation nie?Jom baca..

Diorang ni dari segi time management, aku bagi full marks! Diorang sangat punctual. Aku memang suka. Si kecik Risya jam 5 pagi dah bangun. Aku sedar-sedar gitu, aku cakap “Risya dah bangun?”. Pastu guling sana guling sini. Pukul 6 juga baru diorang start mandi. Aku dengar je dari jauh diorang ni sambil mandi menyempat berbual-bual. Pastu pakai baju dan solat subuh. Aku ke bilik air diorang “Tadi kak Ain ngecek sket tau ubat gigi Darlie Kids 🤣” Sedap kemain perisa strawberry. Hahahha.

Dah siap semuanya terus la ke sekolah, sambil jalan kaki pun masih sempat berbual. Sebenarnya, budak-budak ni nak kita orang yang lebih dewasa dengar apa cerita diorang. Aku pun layan jelah. Dah sampai dekat sekolah “Kak Ain salam”😭 Alahai, tacink pulak rasa. Bye kak Ain! 😭😭

Hmmm. Tak tahu kenapa rasa tacink, okay sambung lepas diorang balik sekolah tadi. Its time for makan tengah hari. Aku masak nasi dari rumah aku sesiap sebab tak sempat nak singgah rumah diorang. Pastu aku panaskan lauk yang mama diorang masak. Aku tanya diorang “nak kak Ain gorengkan telur?” Diorang jawab nak! “Nak telur mata ke telur dadar?”. Telur dadar!

Bila di meja makan!!!! Ini memang cara aku. Aku jenis suka berborak time makan berkumpul
macam gitu. Diorang bersungguh ler cerita macam-macam. Si Risya “Rina.. kaki kau kan banyak kali terkena dekat kak Ain tau”. Rina menjawab “Sorry kak Ain.. Rina memang tidur lasak lagi-lagi kalau tempat luas”😂😂

Lepas habis makan diorang bersiap untuk ke sekolah agama. Perbualan terhenti dan tamatlah kisah aku sebagai peneman untuk semalam bagi anak jiran ku ini.

pstt: sorry lama tak update blog.

SEA LIFE Malaysia is now officially open at LEGOLAND® Malaysia Resort

SEA LIFE Malaysia is now officially open at LEGOLAND® Malaysia Resort

Launch of the theme park’s third gate to boost ‘Visit Malaysia and Visit Johor Year 2020’


ISKANDAR PUTERI, 2 July 2019 – LEGOLAND® Malaysia Resort today marked the official opening of SEA LIFE Malaysia, one of the biggest milestones for the resort to date. The highly anticipated LEGO®-themed marine sanctuary is set to draw in domestic and international tourists, further boosting efforts around ‘Visit Johor Year 2020’.

Officiated by Yang Berhormat Liow Cai Tung, Johor Executive Committee Chairman for Tourism, Women, Family and Community Development, SEA LIFE Malaysia adds to the growing number of vibrant tourist hotspots, while reinforcing LEGOLAND® Malaysia Resort as Malaysia’s top family-friendly holiday destination.
 
sealife malaysia legoland malaysia
Yang Berhormat Liow Cai Tung, Johor Executive Committee Chairman for Tourism, Women, Family and Community Development on her first tour of SEA LIFE Malaysia with Kristian Griffin, General Manager of SEA LIFE Malaysia and Philip Whittaker, CCO & CEO - Integrated Theme Parks & Attractions
“We are thrilled that SEA LIFE Malaysia is now another point of interest that will attract more visitors to the state. This unique attraction in Asia will indeed contribute to Visit Malaysia and Visit Johor Year 2020. With that, we are confident that LEGOLAND® Malaysia Resort will have significant contribution to Johor’s target of drawing in over 17.4 million tourists to the state next year. Subsequently, this will also fuel the state’s vision of becoming a high-value regional tourism destination by 2023,” said Yang Berhormat Liow Cai Tung.

With more than 13,000 marine life from 120 species and 11 different habitat zones, this double-storey LEGO-themed aquarium promises a fun day out for the entire family. Amongst the marine life now housed across 25 tanks are Stingrays, Zebra Sharks, Black Tip Reef Sharks, Seahorses, Jellyfish and more.


Kurt Stocks, General Manager at LEGOLAND® Malaysia Resort shared “Now with a theme park, waterpark, hotel and a brand new 2,123 square-metre indoor aquarium, LEGOLAND® Malaysia Resort is well positioned as Malaysia’s ultimate family-friendly resort destination.”


sealife malaysia legoland malaysia
Yang Berhormat Liow Cai Tung, Johor Executive Committee Chairman for Tourism, Women, Family and Community Development sharing on how she is confident that LEGOLAND® Malaysia Resort will have significant contribution to Johor’s target of drawing in over 17.4 million tourists to the state next year

sealife malaysia legoland malaysia
Kurt Stocks, General Manager at LEGOLAND® Malaysia Resort sharing how SEA LIFE Malaysia will present families with an up-close marine experience through magical storytelling, interactive displays and a hands-on encounter at the Rock Pool zone

“SEA LIFE Malaysia will present families with an up-close marine experience through magical storytelling, interactive displays and a hands-on encounter at the Rock Pool zone. As visitors journey through the aquarium, we will also engage and inspire them to learn, love, protect and care for the ocean,” Mr Stocks continued.

Other amazing discoveries at SEA LIFE Malaysia include special habitat zones which comprises of a Malaysian Rainforest, a Stingray Bay and a fascinating Ocean Tunnel which provides a 180-degree view of the underwater world. There is also an Ocean Cave where visitors can take a magical dive and watch marine life up close through a concave glass.
 
sealife malaysia legoland malaysia
Yang Berhormat Liow Cai Tung, Johor Executive Committee Chairman for Tourism, Women, Family and Community Development with VIPs and Junior Rangers outside the new LEGOLAND Malaysia Resort Arch

Guests can purchase the Triple-Park annual pass at the same price of a day ticket or minimum top-up at LEGOLAND®’s official website – enjoy 12 months of unlimited entries to LEGOLAND® Malaysia’s Theme Park, Water Park and SEA LIFE Malaysia. Terms and conditions for purchases applies. For the latest update on promotion and activities, stay connected with LEGOLAND® Malaysia Resort via Facebook and Instagram 


HANYA KERANA MINAT...

Image may contain: Hernee Nazir and Nur Farahain, people smiling, hat, eyeglasses and closeup

HANYA KERANA MINAT...

Aku tertarik nak tulis tentang ini , yang aku pendam beberapa hari lepas. Ianya tentang satu perkataan yang dikatakan MINAT. Minat ni boleh juga dikatakan sebagai obses. Pada hari Jumaat yang lepas , aku mendapat jemputan sempena pembukaan Sealife Malaysia secara rasminya. Pada waktu tu ,masa nak otw ke Legoland tu , aku tetiba terfikir , "Kak Hernee ada ke tak ehk jap gi ? lupa nak tanya.." . Tuptup masa nak pergi ke meja pendaftaran media , ada yang tegur aku. KAK HERNEE ADA RUPANYA!

Terkejut aku , yelah weh dengan kendong anaknya lagi plus dengan dua bodyguard kecik. Aku perati je macam mana Kak Hernee ni urus anak-anak dia sambil menyempat buat video dan amek gambar. Konklusinya , SEBAB MINAT. Sebab hanya minat ,kita boleh buat dengan rasa ceria dan enjoy!

Aku sempat interview kak Hernee masa tengah makan , (well aku ni memang suka inteview orang) HAHAHAHA. Aku tanya dia , macam mana akak update blog? bila nya masa akak menaip...bla bla blaa. Gais , kalau bukan kerana minat...mana mampu dia buat. Dengan nak jaga anak-anak dengan nak urus rumah lagi, aku memang tabik spring betul!

Itulah kak Hernee...

Dia tetap humble dan mengelar diri dia sebagai "blogger makcik-makcik kampung je" , korang tengok jelah blog dia. Aku ni ibarat plakton je kalau nak dibandingkan dengan dia. Pageviews blog kepunyaan kak Hernee ni mencecah 13juta gais. Itu ke yang dikatakan blog makcik makcik kampung? Hahahha. Aku tergelak woi bila kak Hernee cakap macam gitu.

Aku tanya dia akak buat macam mana? Yelah benda-benda teknikal macam Seo lah keyword semua tuh dan korang tahu apa jawapan dia "AKAK MAIN BUAT JE....AKAK TAK RETI NAK NGAJO AIN...AKAK TULIS SUKA SUKA JE...AGAK-AGAK MACAM OKAY JE PLUG IN NI , AKAK LETAK KALAU TAK AKAK DELETE BALIK" . 

Kau tengok jawapan blogger makcik kampung macam mana.. Betul lah kan kalau dah namanya minat. Semua boleh jadi kalau kita minat. Ala , sama jelah kalau kita suka pada seseorang , kita mesti akan buat macam-macam cara untuk buat orang tu suka kita. 

Sambil-sambil aku tengok Kak Hernee dengan tengah kendong anak nya lagi , dia sempat update gambar dan video. Dia sempat buat story dan dia sempat melayan lagi kerenah the ilhams. Aku rasa aku mungkin tak mampu buat apa yang kak H buat. Tapi aku belajar sesuatu yang kalau kita minat dalam sesuatu bidang tu , go and achieve it.. Terima kasih kak titipkan pengajaran untuk seketul Ain yang baru nak up! Hahaha.

Oh lupa nak bagitahu....kak Hernee lah yang membawa aku masuk ke dalam group jdtblogger! aku ain dan jdt blogger <<<jangan lupa baca tau