10 TAHUN DARI SEKARANG..Aku ialah seorang?!?


10 TAHUN DARI SEKARANG..Aku ialah seorang?!?

Wow, ni memang betul-betul buat otak berfikir.. Zassssss...Farahain.... Kau jadi apeee haa 10 tahun akan datang.. Okay aku akan berusia 39 tahun. OMG!!!!!!!! Maghi lah kite berangan kita akan jadi ape pada ketika itu..

1) Bisneswoman
One of my dream memang nak jadi the real Bisneswoman... Nak ade bisnes bukan dari satu cabang je tapi pelbagai la. My wish is to have a bisnes with my husband.. Again! verangannnn.. Hahaha. Bisnes yang macam mana ? Aku nak bisnes yang keep myself moving and moving.. Meaning to say ianya tak hanya di satu tempat je lah.. Lalu ianya membawa kepada point yang nombor dua.

2) A Traveler
Diusia itu aku nak sangat spent my day EVERYDAY travel and travel..Tak mustahil kan pada ketika itu aku boleh ade international bisnes. Aaaaa..again...verangannn itu kan percuma~~~ Sebab aku rasa dengan menjadi seorang traveler , minda kita akan lebih sentiasa terbuka.. Sambil menjadi traveler , sambil tu buat kerja-kerja bisnes. 

3) A Lover
Semestinya kenyataan diatas semuanya hendak dilakukan bersama lelaki kiriman tuhan buat ku..Jadinya mestila waktu tu dah ade husband..Aaaaaaaa~~~~ HAHAHAHHA... Insyallah , saya akan menjadi seorang LOVER kepada si dia . 

Boleh lah nyanyi lagu Taylor Swift ~~~ 

Can I go where you go?
Can we always be this close forever and ever?
And ah, take me out, and take me home
You're my, my, my, my
Lover ❤️
(lagu ini saya tujukan buat awak) Gitttewwww. 

4) A Caring Ibu
Aaaaaa waktu tu mungkin dah hado anak..Aaaaa... agak-agak nak jadikan tidak "my little princess ibu" WOWWWW. Hahaha. TAPI kan , kita rasa kita akan jadi seorang ibu yang tegas sebab kita memang jenis gitu. Hahaha. Tapi dalam ketegasan tu ada sifat penyayang nya. 

5) A Talent Hunter
Aku nak cari bakat-bakat orang muda untuk diketengahkan. Insyallah , aku nak recruit talent yang berkualiti. Biar tak ramai janji berkualiti dan punya tingkahlaku yang bagus. Pada ketika berusia 39 tahun tu.. aku rasa bukan lah untuk mengejar glamor dan populariti tapi lebih kepada develop orang-orang yang muda dari kita.

Aaaaaa.. 10 TAHUN lagi ehkk.. Semoga Allah berikan kehidupan yang terbaik buat diri ini...Amin ~~~

MY FAVOURITE HOLIDAY




MY FAVOURITE HOLIDAY

Alang-alang dah terjumpa gambar-gambar yang uolls nampak ni ...Why dont i throwback first.. Actually ade je a few holidays yang menjadi kegemaran aku. TAPI this is terpaling best kot.

Dalam Malaysia je uolls, dekat Penang! Maghi sebut secara slang.. its PeeeNengg.. Hahaha. Why? Masa ni aku still belajar dekat Merbok, Sungai Petani Kedah . Boleh dikatakan memang selalu la ke penang...merayap.. Tapi, waktu tu my family terbang dari JB direct to pulau pinang. 

Sebab tu rasa best gilerzzzz. Kitorang pusing-pusing kat sana. Hikmah bila aku belajar di utara sana ialah bila arwah ibu dapat berjumpa dengan sedara mara nya. Yela , ibu pula memang ic Penang! Bukit Gelugor marii...Hahahaha. 

Masih boleh ingat wajah arwah ibu yang happy sebab dapat kembali ke tempat lahirnya. Berpusing-pusing jugak kitorang kat sana tu. Best laa sebab yelaaaa aku dah belajar jauh pastu diorang datang pastu dapat spent time together.. Eee seronoknya!

Pastu dapat dengaq ibu cakap loghat penang dia.. Hahaha . What's our favourite things to do kalau ke sana ? Naik feri , beli dan BORONG jeruk madu Pak Ali sebab kitorang memang jenis suka makan jeruk , Naik Bukit Bendera dan food hunting . Dah tak berapa nak ingat sangat sebenarnya apa lagi yang kitorang buat waktu tu.. Yelah dah bertahun lama nya kan.







Actually lepas tu dah semester 4 ke 5 ibu ade kursus kat penang. Woi dapat aku merasa tidur hotel have have. Hahaha. Teman ibu tidur dan pergi ke bukit bendera. Dan kitorang comeback semula hit the memories pada tahun 2015. Masa tu kawan baik aku kahwin. Dia kawen time hari raya gais! 

Aku yang plan semua tu. Malas nak bersesak naik kereta memandangkan hari raya, aku book flight ticket jb-penang dan sewa je kereta kat sana. SETTLE~~~ Orang ramai semua pi beraya tapi kitorang bercuti.. Cuma ade beza nya.. Ibu dah takde.. We still visit sedara mara arwah ibu dekat sana. Dulu selalu stay dekat Batu Feringgi tapi masa ni kitorang stay dekat Georgetown.

Teringat gila aku sewa kereta dengan mamat Thailand ni. Hahaha. Masa first time jumpa dekat airport ...dia boleh cakap melayu. Nama dia Panapan K tak silap. Hahahhaa.. 

So if orang tanya kenapa aku kalau sampai Pulau Pinang, aku rasa feel dia lain sangat~~~~ You know this story rite! Pulau Pinang beri satu cerita awal , pertengahan dan pengakhiran sebuah kehidupan arwah ibu ku. 

***gambar-gambar selepas beberapa kali pergi ke sini tak jumpa pulak~~

Bila nak pergi lagi ehk ? Actually teringin nak naik cruise dekat sana dan teringin nak ke Pulau Jerejak..Maybe one day, with my husband. Eh! *berangan jerrrrrrr ~~~ HAHAHHA

TOP 5 TEMPAT YANG SAYA INGIN PERGI ..

TOP 5 TEMPAT YANG SAYA INGIN PERGI ..

Aku tak nak sebut nama tempat yang lebih details. Hikhikhik . As for me , aku bagitahu ciri-ciri tempat yang aku teringin atau nak sangat pergi ...

1) Kampung
Aku memang jenis suka kampung. Kalau boleh nak pergi explore lebih banyak kampung-kampung di Malaysia . Sebab ape ? Sebab banyak yang aku boleh belajar .. Lagi-lagi kalau dekat kampung tu ada kebudayaan dan kesenian. Lepastu, aku suka gila kalau kampung tu dekat dengan air terjun. Teringat dulu-dulu pernah pergi kampung kawan dekat Kedah , homaigodddssss kampung dia sebelah je air terjun. Memang boleh dengar air terjun dalam rumah dia.

2) Tempat yang sejuk
Spesifiknya macam di kaki gunung dan bukit-bukit. Aku teringin nak stay dalam jangka masa lama maksudnya tak ada lah setakat nak bercuti 2-3 hari je . Dapat 2 minggu ke 1 bulan aaaaa bestnya . Kenapa aku teringin nak stay dekat tempat sejuk? Sebab badan aku jenis tak tahan sejuk sikit. Atleast , kita boleh latih tubuh badan untuk jadi lebih kuat . Teringat dulu-dulu aku pernah stay dekat Bukit Kokol di Sabah .. Tapi aku nampak rileks je ade orang pakai seluar pendek dekat atas bukit. Hahaha.


3) Pantai yang anginnya sepoi sepoi bahasa
Siapa je yang tak suka pantai kan ? Aku rasa pantai ialah tempat yang orang cari kalau nak hilangkan rasa stress dan segala perasaan yang melanda seperti ombak rindu... Aaaaaa tiberrrr~~~~ Bestnya kalau setiap minggu dapat piknik tepi pantai kan. Aaaaa... berangan je.. 

baca juga : pantai raja sehari

4) Sempadan-sempadan diantara negeri dan negara
Kenapa ? Sebab kalau dekat sempadan ni cam mana nak kata nak ehk? Ada yang dikawal ketat , ada yang bebas rentas sempadan . Dari situ kita macam sekejap dekat sini mungkin eh lepas ni dekat situ pulak. Aku tak ada spesifik sebab apa yang aku tahu , aku memang suka dan akan nak carik sempadan-sempadan ni.

5) Rumah atas air 
Aku selalu tengok movie yang rumah atas air , bukak pintu boleh terus terjun. Walaupun tak pandai berenang , aku tetap teringin jugak nak terjun. Hahaha . Satu lagi kalau rumah atas air kan kita rasa macam tak balance kan , disitu juga boleh ajar aku untuk  lebih konfiden tidur dalam rasa resah gelisah. Hahaha. Cer bayangkan tetiba ada buaya atau shark yang sesat. BAHHAHAHAHAHAHA... kuat sangat tengok movie ni Ain. Tapi.. aku memang teringin nak   menetap di rumah atas air.


Alaaaaaaa berangan je kan.. tapi kita berharap la jugak kita dapat suami yang suka jenjalan travel dan explore tempat-tempat yang ade ciri-ciri yang kita nak pergi ...Pastuuu dia buat suprise...Aaaaaa... choi...berangan lagi sekali... Ya Allah , kau hadirkan aku Lelaki Kiriman Tuhan itu yang terbaik buat ku. Amin 😜