Masak Soto Nasi Resepi Sendiri .. Mudah Je !


Assalamualaikum . ketupat Nona masih belum dibuka lagi tempoh hari . Ingatkan nak masak untuk raya tapi sebab jumlah ketupat nasi terlampau banyak sumbangan jiran dan kawan kawan , jadinya kita tak rebuslah . Hanya buat mee soto je ! Hehehe . 

Jadi nya hari ni terjadi la soto nasi . Taugeh je yang tak ada di dapur . Mana bahan yang ada kita rembat je . Simple ! Dengan menggunakan tagline , tak cukup bahan takpe , janji masak .. Begitulah cara seketul Farahain memasak .

Disebabkan nak kurangkan pengambilan minyak , lemak , garam dan gula . Ain buat resepi sendiri . Cara sangat mudah . Letak dan rebus ayam . Lepastu campur kan rempah soto (yang ni ain beli dekat Mydin) Korang cari je dekat bahagian rempah yang beli timbang gitu , pastu letak la . Agak agak je . Tunggu sehingga ayam siap rebus . 

Lepastu angkat ayam dan asingkan . Kuah soto tu pula letak kan sedikit garam . Ketupat nasi direbus . Siap potong belah dua atau belah empat . Makan sekali dengan sambal kicap. 

Siap! Hiaskan bersama dengan daun sup dan bawang goreng ! Ya Ampun . lepas ni Soto Nasi dah senang dah masak . Tak payah struggle nak menumis minyak bagai . 

*ikut selera masing-masing la. Macam ain ni memang suka tak cukup bahan takpe , janji masak ! Kihkihkihhh .

Satu Kisah Fitnah Bermula Dengan ...


Berdasarkan gambar diatas , kita boleh nampak bagaimana suatu fitnah itu terjadi dan bermula .

Dimulakan oleh si Pembenci 
Disebarkan oleh si bodoh yang perasan pandai 

Dan diterima bulat bulat oleh si dungu 

Hati hati dengan info , cerita dan kisah yang kita baca dan sebar . Boleh jadi ia permulaan kepada satu fitnah .

Aku Suka Main Game Sudoku

Assalamualaikum . Dari start tahu tentang kewujudan permainan ni la ain jadi start suka . Ain suka benda yang bernombor . Ain suka subjek Matematik , Prinsip Perakaunan dan semua subjek mengira . Mungkin sebab tu jadi suka pada permainan Sudoku .

Masa intern dulu , hari hari tukang ambil surat khabar dekat kaunter , pastu aku lah tukang siapkan sudoku ni . Tukang isi ruang kotak kosong tu . Sampaikan ada officemate tanya , "siapa yang buat sudoku ni ?." Sebab selama ni tak ada siapa yang conteng kotak tu kasi penuh . Hahaha . Dah nama pun waktu tu budak prektikal , tak banyak sangat kerja . Siapkan jela kerja sudoku ni. 

Macam mana boleh pandai main ?. Ain belajar sendiri . Undang undang nya simple . Kotak kasi penuh 9 nombor . Jangan ada bertembung nombor yang sama pada kolum dan row . Permainan sudoku ni ada kira kira formula nya . Tapi ain tak pernah nak study cara tu . 

Ain main sudoku ni ibarat macam main puzzle . Puzzle kena cari bentuk dan gambar kan . Tapi ni selesaikan nombor . Setiap kotak dan baris mesti hanya ada nombor 1- 9 sahaja . Tak boleh ada nombor yang berulang . 

Untuk permulaan , boleh cuba main yang kolum dan baris nya sedikit . Nanti dah expert , komfom rasa seronok .