9 Langkah Mengenali Diri Sendiri

 9 LANGKAH MENGENALI DIRI SENDIRI (self awareness) | Penting ke untuk kita betul betul mengenali diri sendiri ? Kenapa kita kena kenal diri sendiri ? Ikuti 9 langkah yang mudah untuk anda mengenali diri sendiri .


9 Langkah Mengenali Diri Sendiri


Seperti yang pernah dikatakan oleh Buya Hamka (Philosopher Indonesia) berkata :  “Mengenal diri sendiri jauh lebih sukar daripada ingin mengetahui kepribadian orang lain. Sebab itu, kenalilah dirimu sebelum mengenal pribadi orang lain.”


1. Purpose : Cari tahu tujuan hidup . Setiap dari kita pasi ada matlamat dalam kehidupan . Kalau tak ada matlamat , cuba cari 1 impian yang ingin dicapai.

2. Values : Diri kita ini punya nilai atau disebut 'harga diri' atau maruah . Cuba letakkan priority dalam hidup supaya kita tahu value yang ada pada diri dan tidak mudah di pandang remeh oleh orang lain.

3. Principles : Ada prinsip hidup dan tidak mudah terikut dan terpedaya dengan ajakan serta hasutan kepada perkara dan tingkah laku yang tidak baik .

4. Personality : Kenali kepribadian dengan menjawab online test . Banyak je kan ujian ujian personaliti diri dan jangan risau , hanya diri kita je yang tahu jawapan yang terbaik . 

5. Emotion : Boleh menguruskan emosi dengan baik dan tidak terlampau mengikut sangat kata hati , kadangkala perlu juga mengambil kira emosi yang lain dan gunakan akal fikiran juga untuk membuat sesuatu keputusan.

6. Needs vs Wants : Boleh membezakan mana perkara yang menjadi keperluan atau kehendak .

7. Habit : Kita semua mempunyai habit atau tabiat yang baik atau pun yang tidak baik , jadinya untuk kita mengenali diri sendiri adalah sangat penting untuk mengurusnya terutama habit yang tidak baik . 

8. S.W.O.T : Strengths, weaknesses, opportunities, threats . Konsep ini bukannya hanya terpakai kepada bisnes atau kerjaya tapi untuk mengenali diri sendiri pun boleh juga guna . Dengan sentiasa menganalisis menggunakan konsep S.W.O.T ini , secara tak langsung kita menjadi seorang yang berterus terang serta jujur kepada diri sendiri dan memperbaiki segala kelemahan yang ada .

9. Passion : Jika anda tahu dan betul betul mengenali diri sendiri anda pasti akan tahu tentang potensi diri , kemahiran atau skills serta bakat dan minat boleh di jadikan sebagai salah satu karier. Sebagai contoh , anda minat menulis dan paling suka menulis jadi nya boleh je jadi blogger dan menulis la setiap hari di blog anda .


Baca juga artikel yang berkaitan : 

10 Catatan Untuk Diri Sendiri

 

10 Catatan Untuk Diri Sendiri

10 Catatan Untuk Diri Sendiri

  1. Jadi orang yang sopan
  2. Jangan suka marah-marah
  3. Jangan malu untuk minta maaf
  4. Jangan lupa ucap terima kasih 
  5. Jangan berpikiran negatif
  6. Jangan jadi penakut
  7. Jangan lupa untuk sentiasa bersyukur
  8. Jangan kasar
  9. Solat tepat waktu
  10. Tetap tersenyum dan tertawa

Kata kata positif yang lain untuk anda : 

4 Perkara Yang Tak Boleh Share Dengan Rakan Sekerja

4 Perkara Yang Tak Boleh Share Dengan Rakan Sekerja | Walaupun rakan sekerja ni individu yang korang jumpa setiap hari, tak semestinya korang boleh share semua benda dengan mereka. Jom ain kongsikan 4 perkara yang korang kena elak  dan tak boleh share dengan rakan sekerja atau rakan pejabat anda :

4 PERKARA YANG TAK BOLEH SHARE DENGAN RAKAN SEKERJA


  • Gaji 
JANGAN semudahnya beritahu atau berkongsi berapa gaji korang! Korang bukan je dah tunjuk yang korang ni tak profesional sebab tak mampu jaga confidentiality sesuatu perkara tapi boleh wujud rasa tak senang kalau gaji korang melebihi rakan yang lain.

  • Kesihatan 
Kalau korang ada masalah kesihatan, lebih baik jangan dedahkan kepada umum. Akan ada 2 jenis orang tau bila benda ni berlaku. Rakan sekerja yang kasihankan korang atau mereka yang merasakan korang menjadikan masalah kesihatan sebagai alasan untuk tak buat kerja. *Tapi untuk kes covid , adalah sangat penting untuk memaklumkan tahap kesihatan yang terkini kepada rakan sepejabat.

  • Hal dalam ‘kain’ 
Kehidupan peribadi korang macam hubungan dengan keluarga, suami-isteri atau hubungan intim ni tak sepatutnya diceritakan kepada teman sepejabat. Ia mungkin akan menjadi senjata mereka sekiranya berlaku apa apa di kemudian hari. 


  • Perubahan gaya hidup 
Kalau korang ada apa apa perubahan dalam hidup, lebih baik untuk tak share dengan rakan sekerja sebab boleh menimbulkan rasa cemburu dan tanda tanya dalam diri mereka. Bak kata pepatah, rambut sama hitam, hati lain lain.


Bersyukur kan kalau dapat rakan sekerja yang baik dan tak toxic , dan dapat pula boss yang memahami . Tapi tu la , pusing pusing pun kehidupan kita ni takkan lari dengan perangai manusia .

Baca juga tentang : Cara Tarik Rezeki Dengan Muka