SELAMAT HARI RAYA YANG KELAM KABUT UNTUK TAHUN 2022
SELAMAT HARI RAYA YANG KELAM KABUT UNTUK TAHUN 2022 | Kihkihkihkih , hahahaha . Itu yang mampu buat aku tergelak untuk hari raya pada tahun ini . Mana tak nya , semua memang dah ingat raya hari selasa tapi raya awal sehari jadi hari esok pula.
Tapi , untuk tahun ni bijak perancangan ain . Ain gerak dari Johor Bahru selepas subuh dan masuk ke highway . Yahuu , tol percuma . Trafik sepanjang perjalanan lancar cumanya banyak kereta la . Tahun ni ain beraya di Kajang. Memang dalam kepala otak ni dah set nak gerak dua hari sebelum hari . Tahu tahu raya awal sehari eh !
Alhamdulilah , ain selamat tiba di Kajang seawal jam 9 :30 pagi . Siap boleh relaks dan santai . Petang sebelum asar siap dah gosok baju hari raya pertama sampai hari raya ketiga . Masin mulut makcik makcik yang forward mesej dekat whatsapp "raya hari isnin , harap standby awal" .
Haa , sekali pukul 8 tadi tengok pengumuman , haaa , kelam kabut semua , HAHAHAHA . Mana yang tak siap apa tu , kesiannya . Mana yang baru nak bergerak ke kampung tu , alahai kesiannya . Ain doakan semoga semuanya dipermudahkan .
Apa yang penting , kita raya seadanya okay ! Selamat Hari Raya , Maaf Zahir Batin .
KUIH RAYA RUMAH KORANG KUIH TUNJUK TUNJUK KE KUIH BUAT SENDIRI ?
KUIH RAYA RUMAH KORANG KUIH TUNJUK TUNJUK KE KUIH BUAT SENDIRI ? | Kalau dah nama pun hari raya kan , mesti la orang nak makan kuih raya . Tapi , untuk tahun ni , kita dah sebulat suara nak vogue , jadinya malas nak masak , malas dah nak fikir buat kuih raya . Beli je la . Kihkihkih. Lagipun port memborong kuih raya dan kerepek dah banyak kan .
Antaranya ialah disini . Banyak kali juga membeli disini . Tapi ayah kata ada port baru , baik ! Nanti waktu raya kita singgah . Percaya lah , kalau pusat borong kuih raya dan kerepek ni di kawasan kampung selalunya memang akan buka dan tak tutup . Sebabnya , diorang tahu ramai orang bandar pulang ke kampung .
Kuih raya untuk tahun ini semuanya versi tunjuk menunjuk je . Hahahaha . Tak ada nya nak membuat . Entah la , dulu - dulu masa zaman sekolah memang bersemangat nak membuat kuih raya walaupun cornflakes madu , tapi semenjak dah 30 an ni , jadi malas sungguh . Bukan malas tapi semangat tu entah tak tahu pergi mana .
Kuih raya tu pun dapat dari sedara bagi . Kuih gunting sambal dan cornflakes madu . Kuih gunting sambal tu memang resepi turun temurun dari keluarga sebelah ayah . Memang selalunya time raya memang laku .
Selebihnya nanti ain topup topup la kerepek ke dan beli kuih tunjuk . Kihkihkih. Korang ada ke buat kuih raya tu ? Ke sama sama geng tunjuk menunjuk jugak? Selamat hari raya ~~