Cerita Aku Balik Kampung
Selepas dari mengundi untuk PRN Johor 2022 , Ain mengikut ayah pulang ke kampung . Ingatkan balik kampung tak jem jalan , sekali jalan jem yer kawan - kawan semua ! Ini semua gara - gara pilihan raya . Sewaktu menghampiri nak masuk ke lebuh raya utara selatan ( Tol Skudai ) , nampak dari flyover atas dah beratur kereta . Ayah yang nampak terus straight dan buat keputusan tak nak masuk highway memandangkan terlalu banyak kereta . Jadinya kita lalu la jalan lama , terus ke Kulai .
Pusing punya pusing know know already arrive at kampung . Cadang nya nak bungkus nasi ayam bohari benut yang popular tu , sekali punya la ramai dan masih tak dapat lagi makanannya . Jadi , ayah terus cancel . Pusing la kami di sekitarnya mencari makan tengah hari . Suasana di kampung meriah memandangkan ramai orang kampung keluar mengundi , dan kedai makan pula eh banyak yang tak buka . Sekali mata ain terpandang satu warung dan ain ternampak pakcik tu makan nasi dan lauk , terus ain cakap dengan ayah untuk pergi ke warung tersebut . Kami bungkus la nasi putih . ikan masak asam pedas dan sayur campur .
Baca juga : Dari Pontian Ke Batu Pahat
Sampai je di kampung , alahai tak lain tak bukan terus laju ke tandas memandangkan dah lama menahan kes mencari makanan tengah hari tu punya terpusing pusing lama . HAHAHA . Selepas itu , Ain tuangkan lauk yang di tapau tu ke pinggan dan makan la kami . PEH ! SUMPAH SEDAP YANG AMAT KUAH ASAM PEDAS TU . Orang cakap , kalau lauk asam pedas di kampung biasanya sedap sedap kan , tapi yang ni memang sedap dan tak terlalu pedas serta kuahnya pekat dan tak bertakung minyak . Cukup perfect untuk mengenyangkan perut yang tengah lapar .
Perut pun dah kenyang , apa lagi mata pun mengantuk la . Duduk la sekejap merenung masa depan (memandangkan internet memang sendu dan tak dapat langsung) . Selepas itu , kami berehat la sekejap . Dah bangun dari tidur , badan pun dah rasa segar terus la bergerak singgah ke rumah adik ayah . Bukan itu sahaja , kami juga pergi melawat ke kebun kelapa sawit . Pusing punya pusing dah petang dan ayah cakap ada satu nasi goreng chicken chop sedap yang selalu dibelinya .
Baca juga : Makan Durian Kampung
Nasib la buka kedainya , sebelum ni masa ain balik kampung pada bulan januari tak buka (mungkin pergi wrong timing ) , lalu kami membungkus la makanan masing - masing . Memandangkan perut ain dah tak nak nasi , ain bungkus chicken chop set besar , fries dan air asam boi juga . *Hanya ambil gambar kedai je , chicken chop nya lupa nak ambil gambar . HAHAHA . Boleh tahan sedap dan kedai ni ramai juga yang datang .
Ayah selalu cakap dekat kitorang , "kalau nak internet , pergi sebelah atas..situ je line internet okay" . Aku ni pula blur dan selow, dalam hati ni tertanya la sebelah atas mana ehk ? HAHAHAHA . Rupa - rupanya , bahagian atas tu di bahagian depan sekali kampung tu . Rumah kampung kan ada ruang depan yang lagi tinggi kan , dan yang bahagian belakang ( bawah tu dah di renovate ) , ke bawah dan menyebabkan line internet memang kelautan dalam terus . Bila naik ke atas tu , baru la dapat internet . Laju juga sebab ain boleh download drama korea untuk di tonton sebelum tidur .
Cumanya ruang atas tu jarang di duduk , (ruang tamu dan ada juga bilik ) tapi yang internet paling laju tu dekat ruang tamu . Tapi tu la bila malam agak scary juga sebab mungkin situ je bahagian kayu kan . HAHAHAHA . Kepala otak ni kadang nakal fikir bukan - bukan . Padahal , waktu malam situ yang paling sedap tidur sebab sejuk tak payah la bukak kipas , cuma nya banyak nyamuk kampung jela mungkin .
Malam selepas magrib , kami anak beranak semua berangkut ke ruang atas , nak tengok keputusan pilihanraya la kata kan . Ayah pula sibuk membetulkan entena tv legend dekat kampung tu , tapi asyik hilang - hilang je (mungkin di tiup angin ) Hahaha . Ain bawak laptop , siap bawa stok movie lagi incase kalau bosan tak tahu nak buat apa (sebab dalam kepala otak kan dah fikir tak ada internet). Ain cakap dekat ayah , buka jela dekat laptop ain , guna hotspot . Haa , kemain kami anak beranak malam tu . Berkumpul dekat atas tu , sampaikan ain ambil selimut sebab dah rasa sejuk tau . *Ikutkan nak je bawa tilam tidur kat situ memandangkan situ internet laju dan sejuk. Tapi perasaan penakut fikir bukan bukan tu datang pula dalam kepala otak , lagi pula rumah kampung tinggal lama kan ..KIHKIHKIH . Lagi jahat fikiran ni nanti !
Bila di bahagian bawah tu pula , internet tak dapat dan panas. HAHAHA . *Dasar budak bandar badan kerja nak aircond je kan ! . Kami bermalam sehari je dan keesokkanya pagi ayah ke masjid solat subuh dan bawak balik kuih muih untuk mengisi perut . Seterusnya kami ke kenduri kahwin dan mengisi terus perut dengan lauk kenduri kahwin . Tapi , yang bestnya siap ada goreng goreng macam dekat pasar malam tu , siap ada mee goreng dan keow teow goreng lagi . Ain sempat merasa keow teow goreng ! *dalam kepala otak terus fikir kalau buat majlis , guna cara macam gini pun okay juga . Hahaha .
Baca juga : Ana the kampung boy
Selepas perut dah kenyang , kita pun pergi la ke pasar memborong ikan . Kihkihkih , itu la antara tujuan balik ke kampung . Ikan di sana cantik cantik dan harga pun tak la mahal kalau nak bandingkan di bandar . Selepas dah membeli ikan , ayah cakap nak tak beli kerepek , tapi beli dekat tempat kawan ayah . Tempat baru . Selalunya akan beli dekat Azhar Food tak pun dekat Kripeks Md Shah .
Ain pun ikut jela ! Tempat baru ! Best ! Meriah juga kedainya . Nama nya Siti Raya Foods . Memborong la kami anak beranak kerepek dan kuih raya . Orang cakap , dah raya dulu sebelum berpuasa . HAHAHA .
klik gambar untuk info lanjut |
Bestnya balik kampung... suka la balik kg kayu... malam mmg sejuk gila.. time tghari, panasss gilak... Rindu kampung atok.. Dah lama tak balik sejak arwah Atok meninggal..
BalasPadam