PEMBORONG KEREPEK DAN BISKUT RAYA DI SITI RAYA FOOD RENGIT BATU PAHAT JOHOR | Kalau sebelum ini ain selalunya akan pergi ke Azhar Food dan juga Kripeks Md Shah yang dikongsikan oleh Blogger Sis Lin , kali ini ain pergi pula ke Siti Raya Food untuk membeli kerepek dan biskut sebelum hari raya .
Maksudnya , bukan hanya fokus pada hari raya sahaja tetapi , hari hari pun boleh beli di Siti Raya Food ni . Macam mana ain boleh tahu tentang tempat memborong kerepek dan biskut ni ? Jawapannya sudah tentu dari ayah ain . Ayah kan memang asal dari Rengit Batu Pahat , jadinya ayah la yang ceritakan tempat best ni . Bukan itu sahaja , pemilik Siti Raya ni juga merupakan kawan ayah . Tak salah la nak rekomen tempat yang terbaik untuk membeli kerepek dan biskut raya ni kan .
Terletak betul - betul di tepi jalan , lokasinya sangat strategik serta mempunyai keluasan parking yang luas. Macam biasa sebelum nak masuk scan MySejahtera dan di luar sudah disediakan bakul untuk shopping di dalam . Bukan itu sahaja , terdapat tester kuih dan kerepek yang disediakan di ruangan sebelah bakul . Tapi waktu tu ain tak rasa pun , terus je masuk . Hehehe . WOW ! Masuk masuk je tengok cara susunan kedainya , best nya!
Seperti biasa , ain akan tengok dulu dibahagian kerepek memandangkan memang sejenis suka makan kerepek . Dulu semuanya nak diangkut beli , tapi sekarang dah pandai pilih , hanya ambil mana yang nak makan je . Selesai window shopping di ruang kerepek , ain pergi pula di bahagian susunan kuih dan biskut . WOW! Bukan hanya biskut raya biasa je , tapi biskut moden pun ada juga .
Ain ambil kapit crunchy yang disaluti dengan peanut butter dan coklat serta biskut coklat . Sedap . Apa yang menarik tentang susunan kuih dan biskut disini ialah , ianya juga ambil daripada produk jenama yang lain . Jadinya , kalau teringin nak makan biskut sarang semut ke , boleh la tengok juga jenama produk yang lain .
Antara biskut moden yang ada ialah tart Cadbury , biskut floretine , brownies cookies , dan bermacam - macam lagi . Untuk pengetahuan , disini juga ada menjual crust cheese tart jadinya yang nak buat cheese tart tu tapi malas nak sediakan crust nya , boleh la memborong disini.
Siti Raya Food ni juga mempunyai killer product antaranya ialah kuih bangkit , kuih bangkit cheese , dan kuih bangkit gula melaka . Ayah ain memang akan selalu datang beli dan borong stok makanan kunyah kunyah nya disini . Rupa -rupanya , Siti Raya Food ni ada juga akaun TikTok . Boleh tahan aktif ! Betul la orang cakap sekarang , walaupun meniaga di kampung , social media tetap kena aktif untuk buat hebahan supaya lebih ramai lagi orang tahu kan .
*Time raya nanti , kalau malas nak buat kuih raya , borong aje disini ~
Siti Raya Food
Lot 7238 , Jalan Besar Kampung Sungai Bagan
Rengit , Batu Pahat Johor
019-7609961 / 013-7427906
Baca artikel lain yang berkaitan :
- Pantai Raja Sehari Rengit
- Bersantai di Pantai Minyak Beku Batu Pahat
- Jalan jalan dari pontian ke batu pahat
Ain, belakang Siti Raya Food tu, ramai sepupu akak tinggal sana. Anak sedara pun kerja kat SRF tu.
BalasPadamNi nak ke BP gak ni, tapi Kilang Lapis Papan tu, jual kuih raya gak.. pergi time skrg boleh makan hahahaha
BalasPadam