AKU AIN & JDT BLOGGER-1


Aku pernah up satu entri teringin nak lepak dengan geng blogger pada tahun 2014. End up , Allah tunaikan permintaan aku yang ini. Aku officially join JDT Blogger.
Macam mana aku boleh join JDT Blogger? Aku dapat event daripada Dominos Pizza waktu tu ada review Samyeang Pizza . Boleh baca entri tu. Disitu la bermula nya aku mula nampak kewujudan JDT Blogger ni.
rupanya kak Seri pun ada jugak.hehehe
Masa event tu aku mula perasan kak Hernee. Tapi tak tegur lagi sebab tak tau nak sembang apa๐Ÿ™ˆ.  Balik dari event tu aku cari dekat Facebook , siapa la blogger yang aku jumpa tadi tu. Aku terus tanya direct “Macam mana nak join JDT Blogger?”
Haa, amek kauu.. Sekarang, Alhamdulilah seronok bila dah masuk dalam group blogger ni. So, aku perkenalkan kak Hernee Nazir. Dia yang lah membawa aku turut serta dalam group ni. Terima kasih kak H.  Korang dah terjah blog dia ? herneenazir.com
terjah rumah kak H masa magrib kau,nasib dapat merasa soto.hahahha.
Kak Hernee ni kelakar orangnya dan sporting. Rasanya caring pun yer๐Ÿ™Š Sebab boleh rasa feel penyayang tu๐Ÿ™Š. Bukan itu sahaja, Ain pun belajar cara nak update review makanan , cara tangkap gambar dengan dia. Bestkan bila kita dalam satu team, ada yang akan tolong kita. Boleh nampak gak improvement ain dalam food review. Tiber puji diri sendiri.Hahaha.

Haa,, cerita aku dan JDT Blogger akan bersambung lagi .. Nantikan part seterusnya...

ANAK JIRAN CIPTA SENDIRI LAGU KIBAR JALUR GEMILANG


Haa, masih tak boleh move on dengan cerita anak jiran ain? Hahaha. Weh, they are apart of my diary of the day. Makanya haruslah ain bercerita tentang diorang kan. Kenapa? korang masih blur-blur ke siapa diorang ni?

A post shared by NUR FARAHAIN (@farahainzfa) on

Korang kena kenal dulu The NF Generation. Selepas cerita diorang buatkan Cornflakes Madu untuk ain, kali ni diorang kembali lagi dengan mencipta lagu kebangsaan uolls. Woi, semangat betul diorang nyanyi. Memang patriotik betul tau. Aku dengar pun rasa macam.... dah lama tak rasa semangat kemerdekaaan macam gini.

Terus aku dengan abang aku pakat okay kita rekod jom.Ni lirik semua diorang compose sendiri tau. Kemain semangat woi diorang prektis sebelum hari nak rekod tu. Pastu, kebetulan ain ada dapat bendera Malaysia ni masa “The Greatest Showman Circus”, apalagi jadikan lah bendera tu sebagai prop masa diorang rekod. Maka, inilah hasilnya...... Korang support jom dan komen sekali tau .. Effort diorang tu yang kita kena hargai.Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia!๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

JDT BLOGGER MAKAN MALAM DI ORIENTAL OASIS BUKIT GAMBANG


Sepanjang Eksplorasi JDT Blogger ke Bukit Gambang, aku boleh katakan hari makan sedunia jugak lah. Mak oi, pagi petang malam makan. Rasanya memang kaw-kaw aku melantak tak ingat dunia. Hahaha. Tapi, tak perlu nak risau sangat sebabnya kalori terbakar dengan pelbagai aktiviti yang kitorang semua lakukan. Kiranya aku melantak tu fungsi dia sebagai menambah tenaga la untuk melakukan aktiviti. Hahahaha.


So, lepas je bermandi-manda di Waterpark tu, dah penat-penat mesti la lapar kan. Sampai je makan malam ni memang perut pun kosong lah kan. Kihkihkih. Apalagi, serbu lah di Oriental Oasis.











Menjadi kegemaran geng JDT Blogger untuk menangkap gambar-gambar menu makanan yang disediakan. Woi,kita nengok dari starting nasi sampai ke dessert mak oi sedapnya alahai. Tanpa membuang masa lagi, ain payung korang lah ehkkk... Jom cuci mata..









Oriental Oasis ni letaknya betul-betul sebelah Arabian Coffee House yang memang berdekatan dengan Arabian Bay Resort dan Ataria International Convention Centre.

JDT Blogger bersama Encik Nasir
Boleh baca cerita aku EKSPLORASI JDT BLOGGER KE BUKIT GAMBANG .....