18.8.18 HARI KAHWIN SEMALAYSIA!!


Kalau imbas semula tarikh 18.8.18 mesti penuh dengan majlis kahwin kan. Haa, waktu tu juga ain ada dua wedding. Nasib la jiran-jiran dekat je. Yes, jiran saya adalah kawan baik saya. Hahaha. Teringat dulu-dulu rumah ain lambat pasang internet, kalau nak main internet sanggup jalan kaki pergi ke rumah Mai. Dia la kawan baik kita walaupun dulu-dulu masa sekolah kita selalu sailang kawan baik dia. Jahat betul ain dulu. Hahaha. Oh, Mai juga ialah kawan ain yang terlibat dalam post Kisah Seorang Pengawas dan Rakan-rakannya.


Beberapa minggu sebelum majlis kahwin Mai ni kitorang sempat jumpa konon nak makan Nasi Ambang Mat Corner, hampeh hari jumaat tutup awal kan🤣. So bila time wedding ni la masanya untuk kita berjumpa dan reunion semula dengan kawan-kawan sekolah. Jadi, aku cakap dengan Tasya, kau tidur jela rumah aku. Lagipun kejap je kan. Then, aku tolong ingat-ingatkan contact number kawan-kawan pada Mai.

Tasya sampai ke JB hari jumaat so aku ajak jela dia pergi ke pasar malam walaupun aku ada masak. Sebabnya aku masak paling simple weh segan nak jamu tetamu. Lepastu kitorang pun makan dinner. Then borak-borak dalam bilik, Tasya whatsapp Mai “woi tengah buat apa?” . Mai pun ajak datang rumah sebab malam tu ada yassin dan kenduri sedikit.

Time tu juga Mai cakap nak pakai inai. Ya Allah, nasib la aku dengan Tasya datang jengah, sempat la kitorang tolong pakaikan inai walaupun nan hado 🤣. Sampai pukul 12 malam lebih woi kitorang borak-borak. Yela lama tak jumpa. The last time aku jumpa Tasya is 2014 mungkin and Mai pula bila ehk last aku jumpa?Oh time wedding Atiah Nadiah which is 2014. My gosh! Lama siot.. That night Mai pula asyik cakap tak percaya dapat jumpa Tasya because the last time diorang jumpa is masa form 2. Sebab Tasya pindah lepas tu. Bukan tu sahaja, Mai keep juga cakap “woi dah pukul 12 malam lebih dah ni, balik lah weh.. aku nikah pagi kol9 tau. aku risau korang lambat bangun je nanti” . Mai ni lupa ke rumah aku sejengkal je dengan rumah dia dan weh dah lama tak jumpa kan tak salah la kita spent masa lebih kan.
Lagipun lepas ni entah bila la nak jumpa kan. Then malam tu juga bila dah balik ke rumah aku semula sambung borak dengan Tasya sampai la tetidur. Hahaha. Esoknya awal okay kitorang sampai ke rumah Mai. Yela, kang tetamu sebelah pengantin lelaki dah sampai segan pula nak masuk ke dalam. Alhamdulilah, selesai majlis nikah. Lepas nikah jom sarapan dulu. Hahaha.

Gais, aku dah lama gila tak breakfast. Sebab mood tengah tak ada nak melantak sangat. Mana tahu berat turun ke🤪. Sarapan rumah Mai meriah kemain gais! Kuih-muih dia meriah semacam woi sebab yang tukang buat dan catering pun jiran-jiran jugak. Kenal lah kita kan. Hahaha.Nasib time tu kitorang sempat bedal cendol.

Then, lepas tu tolong Mai siap-siap untuk majlis sanding, kitorang celup inai instant tu untuk pekat kan lagi sebab inai arab semalam pakai tu tak pekat sangat. Memang kelakar la Mai dengan tengah makeup nya sekali tangan nak bubuh inai🤣. Ada la tercomot sket!


Then, majlis sanding pun bermula jam 12:30tengah hari dengan alunan kompang dan biasalah adat negeri Johor kena ada tol. Hahaha. sempat aku dapat duit Tol weh. Kemain mak Mai mintak kan untuk aku dengan Tasya sekali. Hahaha. Sepanjang majlis tu aku kerja asyik gelak je woi sebab bapak mentua Mai memang kelakar weh. Atas pelamin pun dia boleh siap melawak. Aku gelak kuat tak yah nak cover pun🤪

Lepastu Fatin pun sampai dengan laki dia sempat tangkap gambar dengan dia tapi nak membawang lebih tak sempat. Hahaha. Lepastu Atiah dengan Giha pun sampai. Gais, you know what happiness means to me? Aku rasa bahagia dan happy pada hari tu sebab aku dapat reunion kan budak-budak kelas Cerdas1 Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Uda. Walaupun berapa ketul je kan. Hahaha. It may look like , alaa biasa la jumpa kawan-kawan lama dekat majlis kahwin, tapi kau ingat senang nak plan? Dengan tarikh tu aku ada wedding jiran lain,  event The Greatest Showman Musical Circus, nak hantar dan ambil anak jiran tusyen, ambil anak jiran dari asrama. Ko rasa? Its such a hectic day for me but aku rasa Happy sangat!

Bahagia pada aku bila aku dapat jumpa ramai orang setiap hari, aku memang suka jumpa orang, berbual like we put away phone and talk like a normal people.Paling aku suka pergi event! Yezzaa, aku adalah orang yang akan excited dengan setiap event sebab macam aku cakap aku suka jumpa orang face to face bukan suka sembang dekat social media. 😂 #funfactaboutain
Okay, back to the day aku rasa happy dapat temukan kawan-kawan dekat wedding Mai tu dan insyallah tak sabar untuk wedding seseorang seterusnya. Siapakah? Okay bukan I yer! Hahaha(disclaimer awal-awal) 18.8.18 is such a nice date and a great memories to me! Alhamdulilah . What about yours?#kenapaakuspeakingni .

SPAGHETTI BOLOGNESE GUNA SOS JENAMA GIANT,NOT BAD,SEDAP!!


Lately ni aku kerap masak spageti sebab aku ni memang hantu spageti so kita beli stok banyak-banyak dan masak je dekat rumah. By the way, aku ni memang jenis masak guna bahan paling simple woi. So masa nak shopping barang dapur dekat Giant, aku compare la harga paste Giant dengan Prego. Hurmm, why not kita try Giant kan? Makanya kita pun cuba la.

Dan inilah hasilnya. Apa yang aku masak campak-campak?

Bahan-bahan
1-Bawang
2-Sos Bolognese Giant
3-Garam & Gula
4-Sedikit minyak
5-Sosej potong kecil kecil

Cara-cara:
1-Rebus spageti macam biasa
2-Panaskan minyak(paling sedikit aku letak sebab kita nak tumis ala-ala gitew je)
3-Kuali dah panas, masukkan bawang dan goreng sampai macam garing sedikit masukkan sosej
4-Nampak macam dah garing masukkan sos bolognes tu, main agak-agak je tu dan masukkan air
5-Balance kan dengan rasa garam dan gula. Ni pun ain letak paling rasa hujung-hujung je.
6- Hidangkan bersama dengan spageti dan sedia untuk dimakan!


Dalam gambar ni ain makan kongsi dua orang. Alhamdulilah,kenyang! Selamat mencuba! Tiber aku jadi chef wan! #ainmasak #awakmakanape

Gais, gi check instagram @awakmakanape now! Kalau korang makan atau masak, jangan lupa letak hashtag #awakmakanape dan tag @awakmakanape 🍽

PASTA & PIZZA MAKANAN SANTAI DAN SEDAP DI OASIS @ THISTLE JOHOR BAHRU


Selalu orang mesti ingat kalau restoran yang ada dekat hotel harganya mahal melambung. Tapi dekat Oasis Restaurant yang terletak di Thistle Hotel Johor Bahru ni menawarkan harga bermula RM18. Konsep restoran ni sangat santai sebab lokasinya betul-betul dekat pool. So, korang boleh la feeling-feeling sambil makan pasta atau pun pizza. Hehehe.




Kenapa harga yang ditawarkan sangat berbaloi ? Ini adalah kerana pihak hotel percaya yang pelanggan mereka terdiri dari local people. So,sebab itu lah pada bulan ni Oasis Restaurant come out dengan 3 signature dish iaitu Trio Pasta , Nusantara Pizza dan Dome Pizza. Gais, aku ni dahla hantu pasta! Memang aku try semua jenis weh. 🤪 Trio pasta ni ada 3 warna iaitu warna pink,biru dan hijau. Pink namanya rose 🌹, biru morning glory dan hijau namanya spinach.











pasta peanut sauce

pizza nusantara


dome pizza


Nusantara Pizza pulak korang imagine pizza nasi lemak. Sedap sangat dan its highly recommended untuk you guys cuba! Topping pizza ni ada sambal ikan bilis dan hirisan ayam rendang. Manakala Dome Pizza pula bentuknya macam pie yang isinya kambing dan sayur-sayur seperti capsicum. Gais, jangan risau sebab makanan yang dihidangkan dimasak menggunakan olive oil dan fresh herbs oils. So, its can consider as healthy dish juga lah kan. 🤤 Untuk yang vegetarian juga boleh mencuba dish seperti fruit pizza, mushroom risotto , trio pasta oasis rigatoni ratatouille. Cepat-cepat dapatkan promosi ini sehingga 31 September 2018 ni.

baked lobster



roulade pizza











chef hapis sedang membakar pasta


dengan geng JDT Blogger
Oasis Restaurant
Thistle Hotel Johor Bahru