Kalau imbas semula tarikh 18.8.18 mesti penuh dengan majlis kahwin kan. Haa, waktu tu juga ain ada dua wedding. Nasib la jiran-jiran dekat je. Yes, jiran saya adalah kawan baik saya. Hahaha. Teringat dulu-dulu rumah ain lambat pasang internet, kalau nak main internet sanggup jalan kaki pergi ke rumah Mai. Dia la kawan baik kita walaupun dulu-dulu masa sekolah kita selalu sailang kawan baik dia. Jahat betul ain dulu. Hahaha. Oh, Mai juga ialah kawan ain yang terlibat dalam post
Kisah Seorang Pengawas dan Rakan-rakannya.
Beberapa minggu sebelum majlis kahwin Mai ni kitorang sempat jumpa konon nak makan Nasi Ambang Mat Corner, hampeh hari jumaat tutup awal kan🤣. So bila time wedding ni la masanya untuk kita berjumpa dan reunion semula dengan kawan-kawan sekolah. Jadi, aku cakap dengan Tasya, kau tidur jela rumah aku. Lagipun kejap je kan. Then, aku tolong ingat-ingatkan contact number kawan-kawan pada Mai.
Tasya sampai ke JB hari jumaat so aku ajak jela dia pergi ke pasar malam walaupun aku ada masak. Sebabnya aku masak paling simple weh segan nak jamu tetamu. Lepastu kitorang pun makan dinner. Then borak-borak dalam bilik, Tasya whatsapp Mai “woi tengah buat apa?” . Mai pun ajak datang rumah sebab malam tu ada yassin dan kenduri sedikit.
Time tu juga Mai cakap nak pakai inai. Ya Allah, nasib la aku dengan Tasya datang jengah, sempat la kitorang tolong pakaikan inai walaupun nan hado 🤣. Sampai pukul 12 malam lebih woi kitorang borak-borak. Yela lama tak jumpa. The last time aku jumpa Tasya is 2014 mungkin and Mai pula bila ehk last aku jumpa?Oh time wedding Atiah Nadiah which is 2014. My gosh! Lama siot.. That night Mai pula asyik cakap tak percaya dapat jumpa Tasya because the last time diorang jumpa is masa form 2. Sebab Tasya pindah lepas tu. Bukan tu sahaja, Mai keep juga cakap “woi dah pukul 12 malam lebih dah ni, balik lah weh.. aku nikah pagi kol9 tau. aku risau korang lambat bangun je nanti” . Mai ni lupa ke rumah aku sejengkal je dengan rumah dia dan weh dah lama tak jumpa kan tak salah la kita spent masa lebih kan.
Lagipun lepas ni entah bila la nak jumpa kan. Then malam tu juga bila dah balik ke rumah aku semula sambung borak dengan Tasya sampai la tetidur. Hahaha. Esoknya awal okay kitorang sampai ke rumah Mai. Yela, kang tetamu sebelah pengantin lelaki dah sampai segan pula nak masuk ke dalam. Alhamdulilah, selesai majlis nikah. Lepas nikah jom sarapan dulu. Hahaha.
Gais, aku dah lama gila tak breakfast. Sebab mood tengah tak ada nak melantak sangat. Mana tahu berat turun ke🤪. Sarapan rumah Mai meriah kemain gais! Kuih-muih dia meriah semacam woi sebab yang tukang buat dan catering pun jiran-jiran jugak. Kenal lah kita kan. Hahaha.Nasib time tu kitorang sempat bedal cendol.
Then, lepas tu tolong Mai siap-siap untuk majlis sanding, kitorang celup inai instant tu untuk pekat kan lagi sebab inai arab semalam pakai tu tak pekat sangat. Memang kelakar la Mai dengan tengah makeup nya sekali tangan nak bubuh inai🤣. Ada la tercomot sket!
Then, majlis sanding pun bermula jam 12:30tengah hari dengan alunan kompang dan biasalah adat negeri Johor kena ada tol. Hahaha. sempat aku dapat duit Tol weh. Kemain mak Mai mintak kan untuk aku dengan Tasya sekali. Hahaha. Sepanjang majlis tu aku kerja asyik gelak je woi sebab bapak mentua Mai memang kelakar weh. Atas pelamin pun dia boleh siap melawak. Aku gelak kuat tak yah nak cover pun🤪
Lepastu Fatin pun sampai dengan laki dia sempat tangkap gambar dengan dia tapi nak membawang lebih tak sempat. Hahaha. Lepastu Atiah dengan Giha pun sampai. Gais, you know what happiness means to me? Aku rasa bahagia dan happy pada hari tu sebab aku dapat reunion kan budak-budak kelas Cerdas1 Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Uda. Walaupun berapa ketul je kan. Hahaha. It may look like , alaa biasa la jumpa kawan-kawan lama dekat majlis kahwin, tapi kau ingat senang nak plan? Dengan tarikh tu aku ada wedding jiran lain,
event The Greatest Showman Musical Circus, nak hantar dan ambil anak jiran tusyen, ambil anak jiran dari asrama. Ko rasa? Its such a hectic day for me but aku rasa Happy sangat!
Bahagia pada aku bila aku dapat jumpa ramai orang setiap hari, aku memang suka jumpa orang, berbual like we put away phone and talk like a normal people.Paling aku suka pergi event! Yezzaa, aku adalah orang yang akan excited dengan setiap event sebab macam aku cakap aku suka jumpa orang face to face bukan suka sembang dekat social media. 😂 #funfactaboutain
Okay, back to the day aku rasa happy dapat temukan kawan-kawan dekat wedding Mai tu dan insyallah tak sabar untuk wedding seseorang seterusnya. Siapakah? Okay bukan I yer! Hahaha(disclaimer awal-awal) 18.8.18 is such a nice date and a great memories to me! Alhamdulilah . What about yours?#kenapaakuspeakingni .