MUSIC OF MY HEART

MUSIC OF MY HEART

Homaigoddd.... kisah 52 hari ini tentang muzik! Well , jiwa aku memang pada muzik.. Tapi tu la , alat muzik memang tak pandai main langsung . Lebih suka menjadi pendengar muzik berbanding pemain muzik.

Family aku ni memang jenis into the music. Memang teramat minat pada muzik. Kalau dalam kereta tu memang suka dengar lagu. Sampaikan kawan aku pernah cakap yang " Ain ni memang semua lagu tahu yer" Hahahhaa. Disebabkan aku jenis selalu akan nyanyi kalau dalam kereta.

Aku layan muzik genre yang macam mana ? Aku suka genre Jazz , Balada , R&B , Pop and Country . Aku suka lagu yang mellow gituw..

Tapi , terpaling suka untuk menghayati lirik nya dulu. Aku akan start suka satu lagu tu bila baca lirik dia dulu. Lepas dah hadam lirik , baru la aku kategorikan either aku suka ataupun tak. 


Aku pernah tak pi konsert ? PERNAH lahhhhh. Homaigodddssss... Dah cakap kan aku memang jiwa muzik!

Dari zaman sekolah dah pandai pergi jom heboh , lepastu road tour artis-artis Kebanyakkannya aku akan pergi . Sanggup weh berpeluh-peluh sebab nak pergi konsert. Hahaha. 

Last time aku pergi ialah Jazz Festival . Jazz Festival ni open konsert gitu tapi yang tak elok nya ade jugak tempat orang mabuk-mabuk la walaupun dia open to public . 2 tahun buat dekat Puteri Harbour tuh , dua tahun tu jugak aku pergi . 

Tapi.... aku akan pergi konsert ni dengan orang yang paling rapat lah macam abang aku or dengan kawan yang memang jiwa muzik. 


Haraplah kalau dapat suami yang kepala gila dan jiwa muzik. Boleh pi konsert sesama...Aaaagituuewwww..~~~ 

WOW~~~ KALAU AKU ADE SEJUTA..


WOW~~~ KALAU AKU ADE SEJUTA..

Teringat pulak cerita Saiful Apek Jutawan Fakir tu kan. Hahahaha. Okay , jadinya untuk kisah 52 Hari ini , tajuk yang diberi ialah "Oh To Win A Million Dollars" . Acececeyhh.. kita orang melayu kan... aku tukar la "Wow ..kalau aku ade sejuta"

Marilah kite berangan**

Apa yang pasti aku berjaya dengan sejuta ni pasti la dengan BERBISNES. Kalau nak kata kahwin dengan orang kaya , astaga mungkin tidak. Hahaha . Biar la dengan BERBISNES kita merasai effort tu serta peluh keringat daripada sibuk mencari si kaya ! Aaaaa gitchewwww~~~

Well , if i am a millionaire , aku TAKNAK memiliki barang yang mahal sangat akan tetapi aku NAK memiliki PENGALAMAN yang banyak. Sebab barang you will know the value , akan tetapi experience cannot. Its uncountable.

Pengalaman yang macam mana ? Aku nak travel .. SEBANYAK-BANYAK NYA. Aku tak aim pun untuk ade rumah yang besar , tapi janji selesa aku rasa tenang Dah okay! Duit yang sedia ada aku nak guna untuk travel ,berjalan merata tempat . Aku nak sangat check in macam-macam hotel . As for me , dari sibuk make up toilet kat rumah ala-ala hotel , lebih baik aku spent duit untuk check in hotel yang macam-macam. Pengalaman setiap hotel berbeza , design yang macam-macam. KAN! Aku boleh rasa kepelbagaian. Toilet hotel jugak aku sebut. TApi , memang kita selalu check toilet dulu kan kalau masuk hotel. Hahaha.

Secondly , again aku nak feel naik kapal terbang dari airlines yang bermacam-macam. Okay , i pun teringin nak naik private jet. Its sounds crazy right but tak salah kan berangan . HAHAHAHA. Kata jutawan~~~ No ,bukan memiliki.. Just pay for rent and use their services. Simple. Best nya kan~~ Naik jets ni speed dia laju weh.. Kalau nak dibandingkan dengan kapal terbang. 


Thirdly, nak ada academy sendiri. Akademi Fantasia. Hahahhaha. Percaya...pada diri , dengan harapan dan keyakinan~~ Aku nak ada Technology Academy sendiri , yang mana akademi ni macam yang dekat US tu...dekat situ la terbina nya Facebook , Youtube , Amazon , eBay Dan macam-macam lagi. Lupa pulak apa nama tempat tu* . Kenapa ? Sebab aku nak orang-orang muda gunakan kemudahan teknologi dengan betul . Build up their life bukan dengan buat benda tak elok. Disamping itu , of course la dapat menambahkan peluang pekerjaan . Aaaaa.. aku memang dah berangan woi yang ni.. Eeee ..tak mustahil kan kalau dapat dibina~~

Keempat , aku nak tolong dan ikut program-program atau aktiviti yang menglibatkan dakwah Islam. Buat apa kita ade duit kalau kita tak nak sebarkan tentang agama Islam . At the end , pengakhiran hidup kita tetap kembali kepada Nya . Insyallah.

*Aku realize kan....semakin aku banyak menulis di blog akuainkausiapa ni , semakin itu la aku berusaha untuk capai impian aku.. Insyallah .. Doa yang baik-baik , tulis yang baik-baik ....kalau kita nak yang baik-baik datang kembali kepada kita. 

MY BIGGEST PET PEEVE

MY BIGGEST PET PEEVE

First thing first ... Aku nak confess something dulu. Aku ni tak pandai english sangat . Biasa biasa aje. The first thing bila aku nampak "My biggest pet peeve" ni ialah aku dok ingat " haiwan besar yang aku pernah pelihara" HAHAHA. 

Nasib lah weh , aku ni tak membabi buta terus. Aku google first apa sebenarnya maksud perkataan ni. Korang yang pro mesti tahu kan .

Jawapan mudah kepada "my biggest pet peeve" ni ialah sesuatu yang sangat annoying dan menganggu diri kita . Sebagai contoh , ada orang tak suka dengan bunyi bising , pada dia itu sangat annoying.

Jadinya , apakah yang membuatkan aku terasa annoying ? 

1) SPAM MESEJ & CALL
Sumpah yang ni aku rasa annoying gila . LIKE menyampah gila. Aku tak suka orang reply mesej macam SPAM gitu . Aku akan rasa turn off and aku tak layan . Call pun sama. Eee , aku rasa annoying sangat orang wasap call banyak-banyak kali. Benda ni kalau buat kat aku .. Aku tak layan .

Samalah juga segala bentuk spam di IG . Harap maaf , sila cuba dekat orang lain. Hahaha . 

2) Notification 24 Jam berbunyik!!!
PALINGGG tak suka yang ni . Dah nak habis 2020 pun tak reti nak mute ke group whatsapp yang kau malas nak respon tu ? Pompang pompang bunyi notification macam busy sangat la projek juta juta . Sorry , this things is so annoying to me . Aku rasa rimas . 

Kalau yang bisnes online pun tahu mana yang nak mute notification mana yang perlu on . Bunyik notification ni yang masuk non stop sumpah buat aku rimas.

3) SEMUA benda nak bukak
HAAA.. yang ni aku memang rasa sakit mata. Aku selalu tegur , kalau tak nak tengok tv tutup je .Ni tak , tv terbukak , mata pandang tepon kadang siap ade laptop atau tab dekat depan . Mata kau ade sepuluh ke ? Aku tak suka orang membazir karen .. senang citer . Bukak lampu sebanyak tidak . Dah bukak aircond pastu bukak kipas. Astagfirullah. Eeeeee geramm tau kalau aku nampak benda ni depan mata aku . Pastu tak switch off aircond dengan betul. Eeeeee.. geramm.. Suis yang dah guna tak reti nak tutup. Haaaaaaaa... Gerammmm... 

4) BAU BUSUK 
Yer gais.. hidung aku ni jenis mudah detect bau dengan cepat. Kalau badan sendiri bau peluh pun dah rasa geli. Aku jenis sensitif sikit pada bau. Jenis hidung macam gini alaaaaa.. bau busuk ketiak orang pun boleh detect . Bukan itu sahaja , kalau pergi tandas awam pun kalau macam bau hancing dan kotor , aku tahan tak membuang weh. Hahahaha. Nak kata terlampau pembersih pun tak jugak tapi aku jenis sensitif weh and cepat geli kalau bau busuk ni .

Bukan tu je , aku jenis sensitif giler pada bau rokok , vape dan shisha . Senang cakap benda berasap tu. Aku memang akan pandang tempat lain dan tutup hidung dan dalam hati kadangnya siap maki hamun lagi orang yang hisap benda tu. Hahahaha . 

5) Mengambil kesempatan dalam kesempitan
Benda ni aku notice since sekolah menengah bila mana aku menjadi pengawas. Aku dah semakin berani and aku akan "mark" siapa budak yang buli kawan yang rapat dengan aku. HAHAHHA . Pada aku , aku memang meluat gila dengan orang yang amek kesempatan pada orang lain . Bukan buli membuli je aku geram , aku tak suka orang ambil kesempatan pada orang yang lurus bendul . Sebab orang lurus bendul ni hati nya baik . 

Nak tambah lagi , paling aku tak suka "orang beli orang dengan DUIT". Orang macam gini rasa dengan duit dia boleh beli orang , ada ramai kawan. ITS A NO for me. Bila aku detect je orang yang berperangai macam gini , aku malas dah nak cakap banyak , aku gerak je tak ya layan dah . Sampaikan aku langsung tak ada rasa simpati pada manusia yang berperikemanusiaan macam gini .

Yes , aku dah beberapa kali terkena dengan orang yang mengambil kesempatan dalam kesempitan ni . Pada aku , jangan mudah percaya pada manusia yang macam gini. Dia rasa dia ada duit , dia boleh beli orang. No! Duit tak boleh beli rasa percaya manusia . Duit tak boleh beli nilai dan keperibadian manusia . Ingat ni . Kita memang akan jumpa dengan orang yang macam gini. Pilihan kita untuk terus stay atau pun blah dari hidup orang yang macam gini.

Ape perkara yang membuatkan korang annoying ? Jom kongsi di ruang komen ~~~