32 GAMBAR 32 TAHUN

Halu , seperti entri yang sebelum ni Ain tulis surat untuk diri sendiri. Kalau belum baca , jemput baca iya entri sebelumnya. By the way , antara wish list Ain sempena birthday yang ke 32 tahun ialah membelek album-album dan gambar-gambar lama. Sebelum ni tak pernah la nak belek dan tengok. Jadi , why not sempena birthday sendiri , Ain tengok dan mengimbau kembali zaman masa kecil dahulu. Apa yang pasti , comel sangat bila tengok gambar- gambar Ain yang dahulu. (puji diri sendiri)


Setiap gambar , punya cerita dan kisahnya yang tersendiri.Jom la kita throwback sekejap ! 32 gambar , 32 cerita untuk 32 tahun .


gambar gambar sheisfarahain

Okay , gambar pertama ni masa baby. Memang tak ingat la berapa bulan. Apa yang pasti Ain ni lahir boleh tahan berat juga. 3 kg lebih juga . Lahir waktu pagi tak ingat waktu yang tepat cumanya lebih kurang jam 10- 11 pagi macam gitu.

gambar gambar sheisfarahain

Alololo , comelnya diri sendiri masa kecil kan. Siapa je masa waktu kecil tak comel ? Kemain dulu-dulu dah pandai pakai baju merah terang mak ngah ~

gambar gambar sheisfarahain

Ya Allah , comelnya ! Potong kek . Jangan terkejut , banyak juga gambar potong kek . Ni baru gambar yang pertama ~


gambar gambar sheisfarahain


Sejak dari kecil lagi , ibu dengan ayah memang selalu bawa kitorang pergi zoo. Gambar ain didukung oleh ibu. 


gambar gambar sheisfarahain

Ni gambar masa buat passport. Aduhai , muka macam nak nangis nasib la ibu pangku Ain.


gambar gambar sheisfarahain

Senyuman nampak gigi ! Memang dari kecil ye dah ada anak patung

gambar gambar sheisfarahain


Kan dah kata , ada lagi gambar potong kek. Bila belek-belek kembali album ,baru tahu yang rumah ni pernah buat birthday party ! Masa ni sambut sekali dengan abang ain. Sebab nya birthday kitorang selang berapa hari je. 

gambar gambar sheisfarahain

Abang ain pegang lori , Ain ada teddy bear kecik disebelahnya. Hahaha. 

gambar gambar sheisfarahain

Alolololo , comel nya kitorang !

gambar gambar sheisfarahain


Ahaa , ada lagi gambar potong kek. Hehehe. Yang sebelah tu adik Ain.


gambar gambar sheisfarahain

Gambar ni pernah jadi gambar contoh . Kedai gambar tu jadikan gambar ni untuk letak di depan pintu. Tauke tu ingat ni anak cina , padahal ni la Ain. Pernah dulu masa dah besar sikit , masuk kedai gambar tu , pastu ain cakap la eh ni gambar saya. HAHAHAHA. 

gambar gambar sheisfarahain



Potong kek lagi , tapi yang ni tak tahu la kan birthday siapa . HAHAHAHA.


gambar gambar sheisfarahain


Berbaju kurung duduk di tangga rumah. Alahai ! 


gambar gambar sheisfarahain

Kemain main basikal tayar tiga matching-matching lagi dengan baju gituw

gambar gambar sheisfarahain


Potong kek lagi dan ni gambar Ain dengan ayah


gambar gambar sheisfarahain

Gambar potong kek lagi !


gambar gambar sheisfarahain

Ni gambar darjah 1 ke 2 ni gais ? Tak ingat. Kemain stokin panjang walaupun pakai skirt.

gambar gambar sheisfarahain


Gambar yang ni pula berbaju kurung. Dulu-dulu sampai darjah 4 tak pakai tudung pergi sekolah.


gambar gambar sheisfarahain



Alahai , kemain pakai baju berbunga-bunga , bercekak rambut gituw !


gambar gambar sheisfarahain

Gambar ain paling hujung sekali , masa ni tadika buat persembahan tarian kipas ape benda entah ni. HAHAHA. 


gambar gambar sheisfarahain

Setiap kali dapat hamper , mesti kena bergambar dulu. Tengok la fashion baju ain , baju kaler lain , seluar kaler lain.


gambar gambar sheisfarahain

Gambar kami dengan ibu di zoo


gambar gambar sheisfarahain

Gambar sekeluarga masa Ain dapat hadiah. Sekop rambut kemain kedepan yer ain !


gambar gambar sheisfarahain

Bestie masa zaman tadika , Dua-dua ni power memang diorang bersaing nombor satu dan nombor dua. Ain pula nombor tiga je , tu yang duduk paling tengah sebab paling ketot. HAHAHA. 


gambar gambar sheisfarahain

Gitu , gambar turun tangga pun sempat iya.. Ni masa hari sukan tadika adik. Masa ni , Ain pakai baju warna pink ya, baju masuk dalam seluar gitu!


gambar gambar sheisfarahain

Tu pakai baju warna pink matching-matching dengan ibu. Ni masa sambutan hari raya dekat office ayah


gambar gambar sheisfarahain

Gambar sekeluarga sedondon semasa hari raya di kampung ayah


gambar gambar sheisfarahain

Ni gambar kenangan kami sekeluarga naik kapal terbang


gambar gambar sheisfarahain

Muka masa darjah 4 , kena duduk kampung sebab ada khatam Al-Quran. Nanges juga la sebab mana pernah duduk jauh dari ibu.


gambar gambar sheisfarahain

Ni la muka ketua pengawas dulu ! KIHKIHKIH. Hujung-hujung tahun boleh bawa kamera pergi sekolah , jadi kita ambil la gambar. Tak jumpa pula gambar lain.


gambar gambar sheisfarahain

Ibu kenal dengan kakak Zarina AF2 . Masa ni Zarina tu baru terkeluar , jadi lepas balik sekolah , terus ke rumah dia. Nampak gambar Ain berbaju pengawas , maksudnya pada hari Isnin , seketul Ain menjadi pengacara perhimpunan sekolah pada ketika itu. 


gambar gambar sheisfarahain

Tak suka tengok gambar ni sebenarnya . Sebab muka masam mencuka tak senyum dan masa ni badan dah semakin membesar. Baju warna pink. HAHAHHAA. Walaupun tak suka , tetap nak abadikan gambar ni disini sebagai bukti , sekarang.... Ain selalu bergambar tersenyum . 

Cukup la , 32 gambar . Banyak sebenarnya gambar.. Tapi , cukup la yang ini sahaja Ain letakkan di sini. 

Baca entri yang berkaitan : 

A LETTER TO MYSELF

 

a letter to myself sheisfarahain


Assalamualaikum and dear to myself NUR FARAHAIN , 


8 February is the day! Terlahirnya diri ini kedunia. Terima kasih buat arwah ibuku Nor Fatimah kerana telah berpenat lelah melahirkan satu-satunya anak perempuan dia ni. Terima kasih buat ayah Zainal Abiddin kerana menjadi ketua keluarga kepada kami. Buat diri ini , yang langsungnya menjadi the only princess dalam keluarga ini. Menjadi anak kedua terus mendidik diri ini untuk selalu kuat dan being independent.


Terlalu penat kadangnya menjadi seorang yang independent sejak dari kecil. Sejak dari kecil dah terbiasa buat semua sendiri sehingga terbentuk hati yang sangat kental. Sehingga menjadi seorang manusia yang bisa memujuk dirinya sendiri ketika bermacam ragam yang berlaku.."Tak apa la, Ain kan kuat!". Sehingga la pada usia 32 tahun ini , Ain belajar untuk tidak terlihat kuat. Ain belajar untuk tidak begitu keras dan kasar pada diri sendiri. Jangan kita selalu berkata "Ah, lembik la kau ni , sikit-sikit nak nangis.." , "Kenapa aku ni lemah sangat ? takkan tu pun tak boleh?".Jangan berkeras pada diri sendiri. It will hurt yourself! It will kill your heart.


Sehingga pada usia 32 tahun , ain belajar untuk menyayangi diri sendiri.Ternyata begitu susah dan sangat sukar. Selama ni, I used to be a caring person who cares other people until I realize, when i'm not okay,,nobody notice that and ask me "AIN ARE YOU OKAY?". Sebegitu sekali yer impak jika kita terlalu mempamerkan rasa "terlihat kuat" ini kepada manusia. Untuk lebih mencintai dan menyayanyi diri ini , ain cuba untuk mengaku lemah , tak kisah lah orang nak cakap apa. As long as I really love myself so much.


Speaking of loving myself , I try to differentiate yang mana untuk diri I sendiri yang mana I buat to please other people. Yes, selama ni diri ini banyak sangat melakukan untuk orang lain. Cukup-cukuplah pada usia 32 tahun ni. I dont want to be people pleasure anymore. When I don't want to do that , I simply akan cakap No. Not because I selfish , but I really love myself at this moment. I sedih sorang-sorang sebelum tidur , I je yang hadap semua tu. I je yang kena pujuk diri I sendiri. That why, being 32 years old this year give a lesson to love yourself more and more. Sebanyak-banyaknya la Ain mencintai dan menyayangi diri ini.


Yes, Ain tak pernah tulis surat untuk diri sendiri sempena hari jadi. Yeay , I did that. Alhamdulilah , I feel so bless dan rasa lega. Benarlah , menyatakan rasa hati melalui patah kata itu tersangatlah indah. Terima kasih buat arwah ibu kerana jiwanya yang sangat penuh dengan puitis patah kata mengalir dalam tubuh badan ini. Siapa sangka Ain boleh menulis dan setiap patah perkataan ini menjadi saksi bukti Princess Ibu ini mampu merealisasikan bakat dan minat dari arwah ibu. Insyallah , dulu ibu nak jadi seorang penulis novel. Akan Ain realisasikan impian ibu itu. Itu lah satu-satunya bakat ibu yang tanpa disedari terturun kepada anak perempuannya. Dulu , sewaktu keberadaaannya di dunia , ibu tidak pernah langsung mengajar diri ini untuk menulis dengan jiwa. Tidak Pernah.. Hebat kan kuasa Allah , I learn it from myself. Bermula dengan ada diari sendiri , tulis dan tulis apa yang berlaku setiap hari , segala perasaan diluahkan di dalam diari sehingga la berubah ke dunia internet. Memiliki blog ini menjadikan satu tempat bukti perkumpulan itulah hasil coretan satu-satunya anak perempuan dia ni.


Siapa yang tidak sedih , arwah ibu tidak sempat melihat hasil coretan ku ini. Ibu tidak sempat melihat setiap langkah-langkah kejayaan yang dicipta oleh anaknya sepanjang memiliki sebuah blog. Namun, tidak pernah sekali Ain merasa dunia ini tidak adil. Ain malah rasa bakat menulis ini lah sebagai satu bekalan paling berharga dari seorang ibu yang melahirkan kepada anaknya ini. Fuh , sewaktu menaip setiap patah kata ini pun mampu mengalirkan air mata. Merenungkan kembali kehidupan seorang yang bernama Nur Farahain selepas ketiadaan ibu di dunia ini sangatlah sukar. Perasaan sedih selalu menjadi kawan terbaik setiap hari.


Namun , masih terngiang-ngiang patah kata ibu yang mengatakan sebegini "Princess ibu ni kan kuat".Di akhir hujung nyawanya , dia sempat berpesan kepadaku "ibu tak pernah give up dan tak akan pernah give up". Cukup jelas mesej nya buat bekalan selepas ketiadaannya di dunia ini. Setiap kali Ain merasa perasaan nak give up , kata-kata ini yang Ain pegang. Itu sahaja la ayat yang menjadi kekuatan takkala diri ini sedang lemah. Padahal , untuk sambutan hari jadi pada kali ini Ain tak nak nangis. Ternyata tewas juga pada ketika menulis surat kepada diri sendiri. 


Iya , walaupun surat untuk diri sendiri dibaca untuk diri sendiri , namun Ain abadikan secara public di blog ini. Disebalik Ain menyampaikan rasa dan perasaan kepada diri sendiri , mungkin ada seseorang yang membaca dapat menulis pula surat kepada diri nya. Buat kalian yang telah membaca dan mengenali diri ini secara peribadai , terima kasih keran sudi hadir dalam kehidupan seorang yang bernama Nur Farahain ini. Sesungguhnya , kalian sangat bermakna dalam diri ini dan maaf andai sepanjang perkenalan kita , Ain tersilap dan terguris perasaan..Maaf seikhlas dan serendah hati ini pinta.


Janji ku kepada diri ini untuk tidak berhenti menulis, kerana dengan menulis..akan menghidupkan rasa-rasa dan jiwa-jiwa setiap hari pada kehidupan Ain. Semoga Ain terus melangkah dan melangkah lebih jauh seperti tingginya impianmu.Terima kasih , kerana telah menjaga amanah yang Allah berikan ke dunia ini..iaitu diri sendiri.


The best part of my life right now is to be myself! And I'm so really proud of it. Thank you my dear self ! May your dream come true~~


Sincerely ,

Yourself. Ain.💓

LAUK SEMPENA RAYA CINA



LAUK SEMPENA RAYA CINA 

Sedar tak sedar eh dah sambut tahun baru cina dah kan . Ramai yang pergi bercuti , berjalan dan juga habiskan masa yang terluang bersama dengan keluarga. Ain hanya di rumah . Marathon drama korea Hometown Cha Cha Cha . Masuk kali ni je , dah repeat tiga kali dah tengok. 

Hometown Cha Cha Cha ni memang antara favourite kdrama yang I memang super duper suka sangat ! Tu yang tak jemu langsung tengok lagi dan lagi . Ingatkan raya cina ni biasa -biasa je , eh sekali dapat lauk dari jiran sebelah.


Lontong ! Aduhai ! Memang makanan kegemaran ain sangat . Terima kasih la jiran sebelah berikan makanan. Terus jadi lauk makan tengah hari dan makan malam ain . 

Sedap sangat ! Dah macam hari raya kita pulak. Padahal baru tahun baru cina kan . Kihkihkihh. Okay la nak sambung marathon Hometown Cha Cha Cha lagi ni ~~


Xoxo ,
Ain ❤️