PENTINGNYA SATU JAM SELEPAS SUBUH | Pagi ini terbaca perkongsian di Facebook Tuan Amer Hamzah mengenai kelebihan yang kita boleh perolehi satu jam selepas waktu subuh . Antara postingnya ialah :
1 jam selepas subuh menentukan bagaimana hala tuju hidup kita.
Jadi, apakah yang perlu kita buat 1 jam selepas subuh?
- 1. Jangan tidur lepas subuh
Ia menutup banyak pintu rezeki malah akan membuatkan tubuh jadi lemah. Kalau terlalu penat, tunggu waktu syuruk jam 7.00 pagi ke atas. Dan selepas itu rehatlah tak mengapa.
- 2. Biasakan untuk mandi dan bersihkan diri
Mandi sebelum dan selepas subuh akan membantu sistem badan menjadi segar dan sihat. Juga membuatkan wajah menjadi awet muda. Cubalah!
- 3. Sarapan
Makan sikit diwaktu pagi membuatkan sistem penghadaman akan berfungsi dengan baik. Ambil sepotong roti pun takpe. Segelas susu dan kopi pun baik. Janji makan atau minum sikit.
- 4. Ini yang terpenting
Baca Al Quran. Zikir. Selawat. Nak buat atau nak baca atau nak pasang sahaja di Youtube pun tak mengapa. Asalkan kita niat untuk memberi makan buat hati. Hati akan jadi kuat dan tidak akan lemah.
1 jam kita buat semua ini, insyaAllah hidup akan bermakna.
Dan kita mampu melangkah lebih jauh dan bertenaga.
Nak kata semua ini ain berjaya buat tu takla , tapi ain memang dah biasakan diri untuk kekal aktif seawal waktu pagi . Maksudnya , selepas subuh je ain dah get ready untuk morning walk atau joging . Tak lama pun , sekitar 15- 20 minit . Selepas itu , ain akan siapkan sarapan . Sarapan ni pula ikut mood juga kadang ada mood boleh makan awal pagi , kadang perut tak nak makan awal pagi .
Bukan itu sahaja , ain pun banyak membiasakan diri untuk menulis di blog ini pada awal pagi . Kadang tu , siap boleh schedule untuk hari berikutnya . Boleh rujuk beberapa artikel ain tentang bagaimana bestnya ain rasa bila dapat menulis pada waktu pagi .
Untuk point yang nombor 4 tu , jujurnya memang susah sikit nak buat . Cumanya , sekarang ni ain banyak buka ceramah pendek dari TikTok dan Youtube . Mulakan dengar sikit sikit dulu ceramah agama , lagipun takkan kita ni asyik dengan dunia hiburan je kan , sesekali perlu beringat juga untuk kebaikan diri sendiri .
Kesimpulannya , untuk kita merasai bestnya waktu selepas subuh ni , kena la tidur awal dan kalau yang ada masalah tidur , cuba la perbaiki . Mana tahu lepas ni , lebih seronok . Insyallah~ Sama sama la sentiasa perbaiki kehidupan harian kita dan sentiasa berubah ke jalan Allah yang lebih baik dari hari semalamnya.
Kalau pagi dah sedia semua, baru masa rasa panjang dan tak kelam kabut.
BalasPadamjom kita amalkan sama-sama... thanks ain...
BalasPadam