Hai . Ain jarang nak tulis tentang kecantikan sebab tak berapa nak pandai sangat bab bab ini . Tapi , kita kongsi sekadar yang termampu je la kan . Kisahnya sebelum ni Ain pakai set skincare dari jenama local. Boleh dikatakan okay cuma nya harga nya memang mahal . Okay tak okay tapi rasa biasa je la . Tak nak sebut nama brand tu . Cuma rasanya agak pricey dengan kuantiti botol tu . Boleh pengsan jugak nak hadap setiap bulan .
Maka , Ain pun niat la nak cari set skincare yang dekat drugstore macam Watson's atau Guardian dan drugstore yang lain . Ain jumpa set ni masa dekat Giant . Kebetulan ternampak set promosi ni . Try la . Lagipun jenama Garnier ni kan memang dah terkenal . Kawan kawan ain yang pandai jaga bab bab kecantikan selalu pesan cari je produk kat drugstore .
Ain pun cubala . Ain start cuba pada bulan mac dan sekarang masih pakai lagi . Set ni diberi nama " On The Glow Kit" . Terdapat tiga jenis set iaitu : Whitening Serum Cream ( serum dalam krim) , Brighthening Cleansing Foam (Pencuci muka) , Miscelar Cleansing Water ( Makeup remover) .
Lagi pula tu ada kandungan lemon. Ain tergerak hati nak cuba sebab sesuai untuk sensitive skin . Pencuci muka Garnier ni pakai sikit je , tak perlu picit banyak banyak . Sapu pada muka lepas tu basuh dan muka akan lebih segar . Untuk serum nya pula ain pakai banyak sikit . Sebab nak repair banyak parut jerawat pada muka . Muka Ain banyak parut jerawat .
Make up remover nya pula dia sekali wipe je habis dia hilangkan kesan make up . Tapi kalau kat rumah normally lepas hilangkan make up ain akan terus basuh muka . Akan jadi lebih segar . Begitu la rutin skincare ain yang simple dan tak la mahal sangat . Ni nak cari toner pula la . Sebab duduk rumah time PKP ni la masa paling sesuai repair muka yang tak berapa nak okay ni kan .
*Penggunaan produk ni bergantung juga ikut kulit muka masing masing . Haritu masa pergi Watson's ada beautician ni dia suggest satu Serum tapi agak mahal la . Dia cakap untuk repair parut jerawat memang kena cari produk yang berkualiti sikit . Tengok lah nanti kalau ada bajet . Hehehe . Buat masa ni , pakai je dulu produk Garnier ni .
So far ain rasa selesa dengan ketiga tiga set produk dari Garnier ni . *Ni beli sendiri yer bukan sponsor review ! Hahaha 🤪