Farahain dan Farisya

 Assalamualaikum . Belek belek gallery di handphone ketika tak tahu nak buat apa ni . Jadinya , ternampak la gambar gambar tersebut . Farahain (nama tuan tanah blog ini ) dan teman kecilku itu Farisya . Nama kami seakan sama . Sebelum -sebelum ini ain pernah letak kisah The NF Generation .

Jiran sebelah menyebelah tapi tu la nama dekat sama . Sampaikan isya ni pernah cakap ada yang kata ain ni kakak dia . HAHAHAHAHA . Padahal kakak jiran sebelah . Ain rasa selesa bila dengan isya ni . Memang pusing pusing muka dia je la yang banyak dekat blog ain .

sheisfarahain majlis yassin

Sebabnya dia la peneman ain sewaktu morning walk pada hari dia tidak bersekolah , kalau hari jumaat masa yassin pun dia yang akan duduk sebelah ain . Kadang kadang si isya ni boleh tahan dia punya manja , siap duduk atas peha kak ain dia ni . Nasib baik lah peha kak ain ni besar boleh tampung berat dia . BAHAHAHAHA.

Gambar atas tu masa kami dalam majlis yassin setiap hari jumaat malam . Gambar bawah pula ain teman dia hantar ke sekolah . Sekolah pula jalan kaki je dah sampai alang alang tu ain morning walk la sekejap lepastu . 

sheisfarahain hantar anak jiran ke sekolah

*Nak tahu berapa beza umur kami ? Tahun 2022 ni ain dah 31 tahun dan farisya pula masuk 13 tahun . ..Eh terbalik pulak umur kami kan ..Hehehe .. 


Baca juga kisah : mulakan hari dengan brisk walk

Aku Masak Ayam Bakar Seekor


ayam bakar simple

Assalamualaikum . Niat dihati masa nak buat ayam bakar dalam oven ni tak lain tak bukan sebab nak diet je . Kihkihkih . Lagi pula tu beli ayam di Tesco Bukit Indah tak ada tukang potong ayam . Nak tak nak memang kena beli seekor macam gitu dan potong di rumah .

Penat tau potong ayam dan setiap kali nak potong ayam tu memang bercinta betul rasanya . Kena amek mood yer dan siap bukak movie di tv supaya tak rasa penat nya memotong ayam .

Tak ikut pun mana - mana resepi , main hentam bedal je ikut resepi dan bahan yang ada . Ain letak bawang putih , kiub pati ayam , kicap , garam dan gula sedikit . Blend bahan bahannya dan sapu jela dekat seluruh ayam tu.

ayam bakar diet


Rasanya sedap , cuma nak bakar ayam di oven jangan risau kalau warnanya macam terbakar  kerana yang lebih penting ialah isi nya yang masak . Banyak kali juga adjust masa  dan suhu,check dah masak ke belum ayam nya . 

Tapi untuk yang nak buat ayam seekor macam gini biarlah jumlah yang makannya ramai . Macam ain ni makan berdua je dengan abang ain alahai , kena potong potong dan simpan dalam peti ais berapa kali ulang yer baru habis ayam nya . 

Peti ais pula kecil je dekat rumah ni , ahli keluarga tak ramai kan memang sumbat sampai sedat peti ais tu jadinya .

*By the way , aku masak ayam ni masa bulan disember 2021 tapi tu la baru nak update di blog .. HAHAHA.

masak ayam bakar seekor


~~Korang pernah ke masak ayam sekor macam gini ? Teringat pula Ayammas dengan ayam Kenny Rodgers kan .

KOLEKSI RESEPI RESEPI MUDAH

Tapau Rangka Ayam di Pasar Malam

 

makanan beli di pasar malam

Assalamualaikum . Kalau hari jumaat je , mesti akan paling excited sebab nak ke pasar malam . Untuk pengetahuan korang , dah dekat dua minggu lebih ni memang banyak membeli makanan di luar berbanding masak . Dasyat yer ! Hahaha . 

Jadinya , tiba hari Jumaat lepas asar je memang kaki ni dah gatal gatal nak berjalan ke pasar malam . Ikutkan kalau iman yang tak kuat , nak memborong bermacam - macam makanan tau tapi sebab memang nak membeli menu tu je sebab nak kenyang lama.

Kalau pilih ayam seketul RM 3.50 , SIKIT JE ! TAK PUAS MAKAN , jadi nya pilih la rangka ayam . Harganya sama je tau . Ain siap request nak sambal so dicicah dengan rangka ayam tu peh sedap berbanding dengan sos cili .

bungkus mee nasi goreng di pasar malam

rangka ayam pasar malam

Tapau sekali nugget sekeping RM 1.50 dan campur nasi goreng dan mee goreng campur gitu harga sama je RM 2.50 . hahahaha . Begitu la menu ain jika ke pasar malam . 

Sebenarnya kan ain kalau nak betul betul sekali makan terus kenyang memang cari nasi campur makcik kelantan tu je . Tapi , tak ada lah . Dah la murah banyak pula tu portionnya . 

Nak tanya korang suka ke makan rangka ayam ?


Baca juga : Beli kepak ayam tepi jalan