Santai Petang Bermain Badminton Bersama Anak Jiran

main badminton bersama anak jiran


 Assalamualaikum . Semenjak beberapa hari kita bercuti tahun baru cina ni , memang mood bercuti la kan . Tapi kita ni malas nak kemana - mana mereput je la di rumah . Ain ni pula mana la tahan boleh duduk dalam rumah terperap je kan , jadinya nampak la anak jiran sebelah bermain badminton . Kita pun join sekaki la . KIHKIHKIH. Turut serta bersama sudah semestinya teman kecilku si Farisya .

Bagus juga ehk ada aktiviti petang macam gini . Anak jiran sebelah ni kan walaupun masih kecil tapi semangat tau nak main badminton . Jadinya , untuk permulaan ni tak salah kalau kita belajar prektis pukul je dulu . 

ainul bersama kucing

anak anak bermain badminton

bermain badminton

nur ila dan ainul memegang kucing

santai petang bermain badminton

Nama pun santai santai kan , main untuk keluar peluh dan sambil bermain tu mulut pun bergerak sama . Hahaha . Time tu la kita nak bercerita sesama anak jiran . Ain mencadangkan aktiviti belajar bermain badminton ni perlu diadakan untuk kejiranan rukun tetangga yang lain memandangkan budak budak sekarang asyik dengan gadget je kan . Jadinya , perlu juga setiap anak anak jiran disini berpeluh dan bersukan .

Sambil bersukan , sambil sambil juga mereka saling kenal mengenali antara satu sama lain . Harap la aktiviti ni dapat dilaksanakan ~~


Baca juga kisah : Santai petang di depan rumah ! Girls Only!

Aku Dapat Sijil Go Digital Asean

sijil go digital asean google
 

Assalamualaikum . Kalau nak tahu ain ni suka membaca ilmu ilmu berkaitan dengan perniagaan online dan digital marketing . Ain lebih suka consume content content tersebut melalui Twitter . Mesti bunyi macam pelik kan tapi itu la hakikat sebenar . Ain suka baca lagi lagi tips dan cara mereka mereka yang hebat dan sudah lama berjaya dalam industri tersebut .

Satu hari tu ain dapat lah offer coursework berkaitan dengan macam mana nak majukan lagi perniagaan kita secara online . Jadi ain pun apa lagi register jela . Hehehe . Coursework tersebut percuma je dan boleh dilakukan secara online. Mudah je kan . Kita hanya perlu follow time yang telah ditetapkan .

Apa yang ain pelajari :

  • Penggunaan Google dengan lebih meluas . Ada juga diselitkan sekali tentang SEO (which is rata -rata ramai blogger memang tahu dan banyak ilmu tentang ini)
  • Macam mana nak majukan lagi perniagaan kita secara online
  • Jangan mudah terpedaya dengan scammer
  • Banyak bahasa bahasa computer (jargon words) yang agak baru untuk ain kenali dan tahu
Kebanyakkannya ilmu yang dipelajari sangat relate dengan apa yang sedang lakukan sebagai digital media , sebagai blogger dan sebagai marketer . 

*Nak kena belek semula ilmu yang dipelajari ni , kadang kita ni tahu tapi tu la bila tak manfaatkan ilmunya habis terlupa semua nya . Kihkihkih~

Farahain dan Farisya

 Assalamualaikum . Belek belek gallery di handphone ketika tak tahu nak buat apa ni . Jadinya , ternampak la gambar gambar tersebut . Farahain (nama tuan tanah blog ini ) dan teman kecilku itu Farisya . Nama kami seakan sama . Sebelum -sebelum ini ain pernah letak kisah The NF Generation .

Jiran sebelah menyebelah tapi tu la nama dekat sama . Sampaikan isya ni pernah cakap ada yang kata ain ni kakak dia . HAHAHAHAHA . Padahal kakak jiran sebelah . Ain rasa selesa bila dengan isya ni . Memang pusing pusing muka dia je la yang banyak dekat blog ain .

sheisfarahain majlis yassin

Sebabnya dia la peneman ain sewaktu morning walk pada hari dia tidak bersekolah , kalau hari jumaat masa yassin pun dia yang akan duduk sebelah ain . Kadang kadang si isya ni boleh tahan dia punya manja , siap duduk atas peha kak ain dia ni . Nasib baik lah peha kak ain ni besar boleh tampung berat dia . BAHAHAHAHA.

Gambar atas tu masa kami dalam majlis yassin setiap hari jumaat malam . Gambar bawah pula ain teman dia hantar ke sekolah . Sekolah pula jalan kaki je dah sampai alang alang tu ain morning walk la sekejap lepastu . 

sheisfarahain hantar anak jiran ke sekolah

*Nak tahu berapa beza umur kami ? Tahun 2022 ni ain dah 31 tahun dan farisya pula masuk 13 tahun . ..Eh terbalik pulak umur kami kan ..Hehehe .. 


Baca juga kisah : mulakan hari dengan brisk walk