Kenangan Mengundi di Dun Larkin PRN Johor 2022

Kenangan Mengundi di Dun Larkin PRN Johor 2022 


12 Mac 2022 , merupakan satu tarikh utama dan heboh diperkatakan hampir di seluruh negeri Johor . Tup tup tup , ku sangka kan hanya PRN Melaka je yang dibuat , eh PRN Johor pun turut di laksanakan . Ain ni bukan la orang yang layak untuk membicarakan soal politik memandangkan isu politik antara isu paling sensasi dan panas malah boleh menimbulkan sentimen sensitiviti pada masyarakat . Nak tak nak , sebagai pemegang kad pengenalan 01 yang berasal dari negeri Johor mesti la menunaikan kewajiban sebagai pengundi pada PRN Johor 2022 .

selesai mengundi prn johor 2022



Dun Larkin N44 menjadi kawasan dimana tempat ain perlu membuang undi . Untuk pengetahuan , ini merupakan kali kedua ain mengundi sebelumnya pada PRU 2018 . Bezanya kali ini hanya satu kertas yang perlu kita pangkah . Kalau PRU ( Pilihan raya umum) memang kita akan dapat dua kertas yang mana satu kertas untuk Dun dan satu lagi untuk Parlimen .

Baca juga : Ole ole di johor


Untuk PRN Johor 2022 ( pilihan raya negeri ) kali ini , memang sangat la kecoh dan meriah memandangkan kawasan dun Larkin antara kawasan yang paling hot dan popular di perkatakan di social media . Apa tak nya , calon yang bertanding sampai 6 orang . Kita pun naik pening nak pangkah yang mana kan . 


Pada hari tersebut , ikutkan ain nak datang lewat lewat sikit memandangkan waktu dicadangkan untuk mengundi ialah pada jam 12 - 2 petang tapi ain saing ( gerak sekali ) dengan ayah dan abang ain . Jadinya kami berjemaah la pergi mengundi pada jam 9 pagi . Seperti sebelumnya , ain memang mengundi di Sekolah Agama Bandar Baru Uda Johor Bahru . Melangkah kan kaki di pintu pagar masuk , perkara pertama ialah mereka akan melihat status MySejahtera terlebih dahulu dan mintak kita untuk scan masuk .

ootd sheisafarahain
sempat ootd dulu !

ruang menunggu pusat mengundi

hari mengundi prn johor 2022


Seterusnya , mereka akan bertanyakan tentang saluran berapa kita untuk mengundi dan ain sama saluran dengan abang ain memandangkan kami ni umur pun beza dua tahun je . Hahaha . Mestila sama saluran . Bezanya mengundi pada pandemik Covid 19 dari sebelumnya ( pada PRU 2018) , ialah disediakan ruang menunggu . Dulu beratur luar bilik dan tak ada langsung ruang menunggu dan tidak ada penjarakkan sosial . Tapi , untuk PRN Johor 2022 pula terdapat ruang menunggu di bilik sebelah dan penjarakkan sosial oleh setiap pengundi . 


Baca juga : Pengalaman aku ke Stadium JDT


Bukan itu sahaja , terdapat juga polis yang akan memberi isyarat seterusnya untuk kita ke ruang mengundi . Untuk masuk ke ruangan mengundi , diminta mengeluarkan kad pengenalan serta dimaklumkan nombor bilangan . *Tak lupa juga disuruh dulu sanitize .


Melangkah kan kaki ke tempat mengundi , rasa berdebar juga. Sebabnya banyak mata yang memerhati . Automatik kita rasa nervous ! HAHAHHAA . Padahal tak buat salah apa pun kan . Disebutnya nama kita sekuat tidak , HAHAHAHA . Lagi la kita macam nervous kan . Seterusnya ambil kertas dan DICELUP NYA JARI KITA NI , KITA NI PUNYA LAH MASUK KAN SIKIT TUP TUP TUP DI SURUHNYA JARI NI KEDALAM . DIA INGAT JARI KITA NI SOTONG CELUP TEPUNG KE APE . HAHAHAHAA .

sheisfarahain di sekolag agama bandar baru uda



Cumanya , memang sangat tak selesa bila jari dah celup sebelum mengundi . Rasa tak selesa sangat . Bayangkan kalau kekotoran terkena pada kertas undi . Adakah undi tersebut masih diterima ? Sumpah tak selesa sangat bila celup celup tu dah terkena pada jari .


Baca juga : Santai Petang di Hutan Bandar Johor Bahru


Selesai je mengundi , ain pun keluar dan alhamdulilah mudah je dan tak menunggu lama sangat . Hehehe . *Psst , ain terbaca di ruangan twitter , pengundi yang masih muda terutama berumur 18 - 20 tahun ) , ada yang ingat celup jari tu untuk di cop pada kertas . Jadinya undi tersebut mesti la rosak kan .


*Selepas dari mengundi , ain terus ikut ayah balik kampung ~ 

menunggu keputusan prn johor 2022
Nasib bawak laptop , dan ada internet dibahagian atas ni ..
Dapatlah menunggu keputusan PRN Johor di kampung . 


Baca artikel lain yang berkaitan : 

3 ulasan:

  1. mengundi norma baru di musim covid19 kan, memang kenangan yg akan diingati :)

    BalasPadam
  2. Tahniah!
    Sudah tunaikan tanggungjawab sebagai warga Malaysia.

    BalasPadam
  3. kampung dekat ke? best nya dapat balik kg kan

    BalasPadam

Blog ini merupakan blog peribadi yang ain jadikan sebagai 'Diary of the day'.Sorry la kadang ain guna, “ain” kadang “aku”.Perasaan membaca ni kadang lagi sedap ber “aku”.Kes itu kita letak terus “akuainkausiapa”.Hahaha.