3 SEBAB BEST MENULIS DI WAKTU PAGI

3 SEBAB BEST MENULIS DI WAKTU PAGI | Kalau dulu , nak buka mata lepas subuh bukan main liat yer , semuanya berpunca dari insomnia . Akan tetapi , sedikit demi sedikit sistem tidur dah mula teratur dan memberikan kelebihan ain untuk morning walk pada awal pagi dan seterusnya bole menulis di blog ini . 

Untuk pengetahuan korang , ain selalu update blog seawal jam 8 pagi . Orang cakap awal -awal pagi ni otak kita masih fresh dan akan lebih banyak idea yang mencurah datang . Bila idea dah mencurah datang , tunggu apa lagi . Tulis dan tulis la di blog akuainkausiapa ni kan . Hehehe .

Artikel sebelum ini ain pernah nyatakan tentang Rutin di pagi hari menulis dan membaca , jadinya ain jadikan itu sebagai satu rutin harian ataupun habit tingkah laku yang dilakukan supaya kepala otak ni akan lebih banyak digunakan dalam mengekpresikan lebih banyak idea . Hehehe . 

3 SEBAB BEST MENULIS DI WAKTU PAGI



Disini ain kongsikan 3 sebab best menulis di waktu pagi :

  • Tak banyak lagi tenaga di gunakan
Untuk menghasilkan penulisan yang menarik sehingga mampu menarik perhatian pembaca , curahan idea dan kreativiti dalam penulisan perlu di lontarkan . Jadinya , nak lontarkan idea perlu gunakan otak untuk berfikir terlebih dahulu . Waktu pagi la adalah waktu yang paling best untuk kita brainstorm dan luahkan segalanya pada penulisan kerana pada waktu pagi masih tidak banyak tenaga di gunakan . Oleh itu , cubala menulis dan hasilkan sebanyak mungkin penulisan pada waktu pagi 

  • Otak lebih banyak idea dan lebih fokus 
Untuk pengetahuan , dulu masa ain mengalami masalah kesukaran untuk tidur , waktu aktif semestinya pada sebelah malam . Tapi , ianya sangat tidak berkualiti malah ain lebih banyak menghabiskan masa dari fokus apa yang sepatutnya dilakukan . Pada waktu malam tu pula , lebih banyak overthinking dan selalunya masa banyak habis tengok social media dan tengok Youtube atau menonton drama siri dan movie . Keesokkanya , badan akan rasa lesu dan lemah sebab sistem tidur tak teratur . Menulis pada sebelah malam pula pada ain kurang fokus dan tak banyak idea dapat dilontarkan . Tapi , point yang ini ikut keselesaan masing - masing juga , ada yang mampu menulis best pada waktu malam .

  • Waktu Pagi waktu untuk bekerja
Begitu la yang selalu diperkatakan , "Early Bird Catch More Worms" - One who arrives first has the best chance for success . Waktu pagi ni , kepala otak kita automatik dah fikir nak buat kerja tau . Jadinya , otak dah ready jadi tunggu apa lagi . Buat jela . Kalau kita tak perah otak pada waktu pagi ianya sangat merugikan . Sebab tu kalau perasan buat kerja pada awal pagi lebih berkualiti dan bagus berbanding sebelah petang atau malam . Sebab waktu lepas tu , mood kita pun dah swing jauh ke arah lain . Mana tak nya , otak dah fikir nak makan apa la , nak pergi mana la , dan bermacam lagi yang bermain difikiran . Jadinya , waktu pagi la waktu paling best dan terbaik untuk kita menulis .

Psstt , nak tanya juga ... Korang yang menulis tu..tak kisahla content writer ke , blogger ke , editor ke , penulis novel ke , wartawan ke .. Suka menulis waktu bila ? Cuba kongsikan di ruang komen .


Baca juga artikel yang berkaitan :

PEMBORONG KEREPEK DAN BISKUT RAYA DI SITI RAYA FOOD RENGIT BATU PAHAT JOHOR

PEMBORONG KEREPEK DAN BISKUT RAYA DI SITI RAYA FOOD RENGIT BATU PAHAT JOHOR | Kalau sebelum ini ain selalunya akan pergi ke Azhar Food dan juga Kripeks Md Shah yang dikongsikan oleh Blogger Sis Lin  , kali ini ain pergi pula ke Siti Raya Food untuk membeli kerepek dan biskut sebelum hari raya . 


Maksudnya , bukan hanya fokus pada hari raya sahaja tetapi , hari hari pun boleh beli di Siti Raya Food ni . Macam mana ain boleh tahu tentang tempat memborong kerepek dan biskut ni ? Jawapannya sudah tentu dari ayah ain . Ayah kan memang asal dari Rengit Batu Pahat , jadinya ayah la yang ceritakan tempat best ni . Bukan itu sahaja , pemilik Siti Raya ni juga merupakan kawan ayah . Tak salah la nak rekomen tempat yang terbaik untuk membeli kerepek dan biskut raya ni kan .

sheisfarahain di siti raya food


Terletak betul - betul di tepi jalan , lokasinya sangat strategik serta mempunyai keluasan parking yang luas. Macam biasa sebelum nak masuk scan MySejahtera dan di luar sudah disediakan bakul untuk shopping di dalam . Bukan itu sahaja , terdapat tester kuih dan kerepek yang disediakan di ruangan sebelah bakul . Tapi waktu tu ain tak rasa pun , terus je masuk . Hehehe . WOW ! Masuk masuk je tengok cara susunan kedainya , best nya!


Seperti biasa , ain akan tengok dulu dibahagian kerepek memandangkan memang sejenis suka makan kerepek . Dulu semuanya nak diangkut beli , tapi sekarang dah pandai pilih , hanya ambil mana yang nak makan je . Selesai window shopping di ruang kerepek , ain pergi pula di bahagian susunan kuih dan biskut . WOW! Bukan hanya biskut raya biasa je , tapi biskut moden pun ada juga .

bakul dan tester di siti raya food

borong kerepek di siti raya food batu pahat

pelbagai kuih disediakan di siti raya food

ubi cheese di batu pahat


Ain ambil kapit crunchy yang disaluti dengan peanut butter dan coklat serta biskut coklat . Sedap . Apa yang menarik tentang susunan kuih dan biskut disini ialah , ianya juga ambil daripada produk jenama yang lain . Jadinya , kalau teringin nak makan biskut sarang semut ke , boleh la tengok juga jenama produk yang lain . 

kuih raya sedap di batu pahat


Antara biskut moden yang ada ialah tart Cadbury , biskut floretine , brownies cookies , dan bermacam - macam lagi . Untuk pengetahuan , disini juga ada menjual crust cheese tart jadinya yang nak buat cheese tart tu tapi malas nak sediakan crust nya , boleh la memborong disini.


Siti Raya Food ni juga mempunyai killer product antaranya ialah kuih bangkit , kuih bangkit cheese , dan kuih bangkit gula melaka . Ayah ain memang akan selalu datang beli dan borong stok makanan kunyah kunyah nya disini . Rupa -rupanya , Siti Raya Food ni ada juga akaun TikTok . Boleh tahan aktif ! Betul la orang cakap sekarang , walaupun meniaga di kampung , social media tetap kena aktif untuk buat hebahan supaya lebih ramai lagi orang tahu kan . 

bangkit cheese

kuih bangkit gula melaka



TikTok Siti Raya Food


*Time raya nanti , kalau malas nak buat kuih raya , borong aje disini ~ 

pemborong kerepek dan kuih batu pahat



Siti Raya Food 

Lot 7238 , Jalan Besar Kampung Sungai Bagan 

Rengit , Batu Pahat Johor

019-7609961 / 013-7427906


Baca artikel lain yang berkaitan :



Sarapan Mudah Masak Nasi Goreng Dan Cucur Ikan Bilis

 Sarapan Mudah Masak Nasi Goreng Dan Cucur Ikan Bilis 

Assalamualaikum . Sebagai seorang yang hidup masih bujang tetapi lebih suka memasak , pasti rasa tak senang duduk memikirkan nak masak apa bila di rumah . Itu la yang terjadi pada ain . Ain memang suka masak sendiri , masak yang simple , mudah dan senang serta tak perlu nak membeli bahan - bahan yang banyak .

Jadinya , untuk sarapan pagi hidup sebagai orang bujang perlulah senang dan cepat untuk disediakan . Pilihan ain memasak sarapan pagi ialah nasi goreng biasa dan juga cucur ikan bilis . Nampak menu makanan macam bukan main panjang nama nya kan , akan tetapi ianya sangat mudah untuk disiapkan . Orang bujang macam ain ni malas nak habiskan masa yang lama di dapur tapi suka masak sendiri di rumah . 

sarapan nasi goreng cina dan cucur ikan bilis


Untuk selesaikan masalah diri sendiri yang tak suka nak membeli dan mencari bahan yang banyak untuk memasak , beli je yang pes atau perencah masakan . Iya , betul ! Semuanya akan lebih mudah dan cepat dengan ada nya perencah masakan . Kita orang bujang ni janji ada rasa  dan sedap dengan tekak kira orite la kan .

Nasi goreng tu ain guna perencah nasi goreng cina . Warna nampak kuning tu bukan sebab letak kunyit yer (HAHAHA ) , tapi ain guna minyak dari goreng sebabtu warna nya jadi kuning begitu . Resepi mudah hanya letakkan fishball potong kecil kecil dan hiris bawang merah serta bawang putih . Lepastu tuang je la nasi (semalam masak tak habis) dan rahsia sedap tu perencah nasi goreng cina tu la . 

Seterusnya , untuk cucur ikan bilis pula ain hanya bancuh ke dalam air panas + sejuk sedikit je . Beli peket kecil dan ain hanya guna separuh je tepung cucur tu . Tak payah dah pening kepala nak pecahkan telur , nak beli tepung , nak bubuh bermacam bahan lagi . Hanya sepeket tepung cucur ikan bilis dah siap !

Untuk dapatkan perencah nasi goreng cina serta tepung cucur tersebut , boleh la klik pada setiap gambar ! Ingat , tak cukup bahan takpe , janji masak ~

perencah nasi goreng

tepung cucur adabi