Pengalaman Aku Ke Stadium JDT | Assalamualaikum . Pada 26 Februari 2022 merupakan kemenangan kali ke 7 buat pasukan bola sepak JDT . Tak ketinggalan ain pun turut serta menonton tapi di rumah sahaja la bukan di stadium . Tapi , uolls ! Ain pernah juga yer menjejakkan kaki ke stadium bertaraf dunia itu sekitar tahun 2020 . Ain pergi semasa pembukaan stadium jdt , masa tu memang dah bermula wabak covid 19 tetapi masih belum di peringkat PKP .
Semasa menonton perlawanan semalam , lantas kepala otak ini teringat pula macam mana la aku ni perempuan boleh nak ke stadium . Bukan itu sahaja , aku memang tak pernah langsung pergi ke stadium larkin padahal stadium larkin tu memang dah dekat sangat dengan kawasan rumah . Mungkin sebab nya ain ni memang bukan peminat bola sepak dan langsung tak tahu yer tentang perihal pemain dan strategi game JDT . Tapi , yang menjadikan ain ni boleh sampai ke stadium JDT tu sebab adik beradik kan semua lelaki dan waktu pembukaan tu ain je seketul perempuan pergi dengan 4 orang lelaki (abang ain , kawan abang ain dan 2 orang jiran sebelah which is abang abang kepada teman kecilku Farisya ) . Waktu tu nak dapat kan tiket untuk ke stadium JDT yang baru tu , kena beratur dan ambil di Stadium Larkin . Lalu , seketul Farahain pun dengan tak tahu pasal bola terus la dapat menjejakkan kaki ke stadium.
TV dekat rumah ni selalunya memang tak akan terbuka tetapi kalau melibatkan perlawanan bola sepak atau ada konsert ke di tv memang terbuka la tv ni . Hahaha . Nampak sangat sekarang asyik buka laptop dan hanya menonton Youtube dan movie secara online sahaja .
Berbalik semula kepada pengalaman ain ke stadium JDT tu , kitorang bergerak dari rumah selepas asar dan bayangkan la nak menghadap jem . Bukan itu sahaja , dengan nak cari parking satu hal aduhai . Maklumlah ketika itu memang waktu dan hari yang paling dinantikan oleh semua peminat dan penyokong JDT .Kita yang tak tahu apa apa pun terus terasa excited . Parking bukan main jauh yer ! HAHAHAHA . Menapak lah kita secara berjemaah . Tapi , masa ni la boleh nampak orang bersatu padu juga , ada yang bagitahu untuk parking elok - elok , malah masa nak masuk ke stadium pun boleh dikatakan lancar tak la terlampau bersesak - sesak sangat .
Mungkin disebabkan kapasiti Stadium JDT ni yang mampu menampung lebih ramai penonton . Melangkah je kaki ni ke tempat duduk terasa terpegun sangat ketika itu sebabnya kan lampu lampu nya alahai sangat la cantik . Kita orang perempuan ni itu yang di tengok nya kan . HAHAHAHA . Orang lelaki kisah apa , orang perempuan yang akan particular dan details tentang kemudahan yang disediakan disini .
Toilet pula macam mana kan ? Mesti yang ni antara soalan yang terpenting kan . Jujur cakap , sangat selesa dan boleh dikatakan banyak juga tandas disediakan . Ruang solat pun selesa alhamdulilah , sempat solat magrib ketika itu memandangkan waktu persembahan pembukaan pada ketika itu pun lepas jam 8 malam . Jadinya sempat je untuk solat magrib . Boleh nampak juga , lelaki lelaki yang bersolat secara berjemaah dan bergilir - gilir . Walaupun niat masuk stadium untuk menonton bola , akan tetapi secara tak langsung banyak yang ain dapat lihat .
Sikap bersatu - padu sesama manusia disitu , belum lagi bergilir - gilir sesama kawan dan keluarga menjaga tempat duduk masing - masing . Di stadium ni la boleh nampak mereka mereka yang datang bersama keluarga dari bapak sampai ke anak dan kawan - kawan . Sampaikan aku pun boleh terjumpa kawan - kawan sekolah . HAHAHHAA . Paling ain suka ialah bila ada yang meniaga makanan dan minuman . Sampaikan tepi tepi jalan masa tu memang merata orang meniaga . Yelah , berpuluh ribu manusia kot yang datang mana mungkin perut tak rasa lapar .
Baca juga :
Kalau yang berkesempatan atau nak sangat ke Stadium JDT ni , ain sangat rekomen untuk pergi memandangkan ain kan perempuan kan . Tapi , seeloknya kalau yang perempuan tu pergi la dengan geng lelaki sama .
Ikuti perkembangan terkini mengenai negeri Johor di page rasmi Saya Di Johor