Yeay , Akhirnya Dapat Juga Berjumpa Youtuber Popular Aqil Zulkiflee

Yeay , Akhirnya Dapat Juga Berjumpa Youtuber Popular Aqil Zulkiflee | Parampampam pam pam  .. Jangan lupa untuk like , komen dan subscribe Youtube Aqil Zulkiflee dan turn on notification ting ting ting ting . Haaa , begitu la bait bait perkataan yang seringkali keluar apabila menonton video - video di Youtube Aqil Zulkiflee

Rata - rata ramai kanak kanak dan budak budak sekolah sangat mengenali Aqil Zulkiflee . Siapa je yang tak kenal kan sampaikan Aqil Zulkiflee berjaya merangkul Anugerah Youtuber Popular Anugerah Bintang Popular ( ABPBH) . Tambahan pula , Aqil berjaya mendapat 100 k subscriber dan tiba waktu PKP , kita semua berada dalam lockdown memberi peluang kepada Aqil untuk mendapatkan Gold Play Button apabila berjaya mengumpulkan 1 juta subscriber . Dasyat dan sangat hebat kan !

Ain yang dah 30 an ni pun antara penggemar dan selalu juga menonton video nya di Youtube . Malah , nama Aqil Zulkiflee ini seringkali menjadi sebutan dan bualan sesama anak jiran . Boleh dikatakan ramai anak anak jiran ain tahu tentang Aqil dan selalu tanya "Kak Ain dah tengok video baru Aqil?"

Siapa sangka kan , video Youtube pun mampu menjadi topik perbualan dan boleh dikatakan mak mak yang ada anak confirm akan dengar juga nama Aqil ni sebabnya peminat Aqil memang dari kalangan budak budak dan kanak kanak .

Kisahnya , baru baru ini pada 25 sehingga 27 Februari 2022 telah berlangsungnya Havoc Food Festival di Plaza Angsana  dan Aqil Zulkiflee juga turut terlibat menjual corndog . Plaza Angsana ni pula memang dah dekat sangat dengan kawasan rumah ain . Mak oi , kalau ada event dekat Plaza Angsana ni memang la jem woi .

bergambar bersama youtuber aqil zulkiflee

bersama aqil zulkiflee



Nak dijadikan cerita , teman kecilku si Farisya pun pergila ke Havoc Food Festival tu bersama mama dan baba nya . Akhirnya dapat juga dia berjumpa dengan Aqil Zulkiflee . Kemain mama dan Farisya bergambar dengan Aqil dah macam bestfriend forever dah gayanya gituw . Mama Farisya sent gambar nya kepada Ain . Akhirnya tercapai hasrat teman kecilku ini . Sebabnya sebelum ini pernah la risya dan keluarganya ke cafe Aqil tapi tak ada rezeki nak berjumpa dengan Aqil . 

Kak Ain dia ni pun nak throwback juga , sebab kak ain dia ni dah pernah jumpa sebelum ini pada tahun 2020 pun ketika Food Festival juga di Plaza Angsana . Waktu ni sebelum lockdown PKP dan juga waktu ni Aqil belum lagi bergelar Youtuber Popular . Handsome tau Aqil ni ! Bukan handsome je tapi tinggi kemain yer uolls . Hahahah . Memang tenggelam yer seketul Farahain disebelahnya . 

sheisfarahain bersama youtuber popular aqil zulkiflee






*Kadang - kadang kita rasa macam "apa benda lah yang budak budak ni dok sibuk kan sangat dengan Aqil ni ...pagi petang siang malam dok tengok video Youtube Aqil ..tapi kita tak sedar yang video video dia la yang menemani hari hari budak budak zaman sekarang ..zaman mak ayah beri gadget pada anak anak nya ..nak tak nak , mak ayah kena la selalu bertanya apa yang selalu ditonton oleh anak anak ...bimbang nanti yang ditonton nya adalah yang tidak sepatutnya ..

Baca juga : 

10 Ayat Pick Up Line Mengorat Si Dia Cia Cia Cia

 10 Ayat Pick Up Line Mengorat Si Dia Cia Cia Cia

Halu halu halu .. dah sampai ke sini nak cari apa tu haa ? Mesti nak cari ayat pick up line kan . Nak cari pick up line yang paling dan terpaling padu kan .. haaa .. nak mengorat si dia la tu kan .. *Eh senyum ke tu ? Betul la kan .. 

Pick up line tu apa ehk ? 

Pick-up Line ialah dalam bahasa melayu bermaksud Kata Pikat. Ia merupakan komunikasi dengan niat untuk melibatkan orang yang tidak dikenali dengan menggunakan kata-kata atau ayat lucu dan romantik untuk menarik perhatian dan membuat janji temu. Kihkihkih.. 


10 Ayat Pick Up Line Mengorat Si Dia Cia Cia Cia


Dah ready ke tu nak guna pick up line yang sesuai ? 


Berikut antara pick up line yang cia cia cia untuk si dia :

  • Dalam banyak-banyak cuka, cuka apa yang manis? 
         Saya cuka awak.


  • A: Saya takut…
         B: Takut apa?
         A: Saya takut kehilangan kamu!


  • A: Awakkkk tolongggg!!!!
         B: Kenapa awak?
         A: Saya dah jatuh, terjatuh dalam hati awak.


  • Apa beza baju bundle dengan you?
         Kalau baju bundle, kita panggil prelove.
         Kalau you, I panggil my love.


  • I suka makan nasi.
        WheNASI your face, I smile.


  • Apa beza kereta dengan I?
        Kalau kereta you bawa kat highway, kalau I, you bawa ke syurga.


  • Awak suka makan tempe tak?
        Sebab TEMPEmu disisi, saya keseorangan.


  • A: Awak ! nak tau tak apa beza peti ais dengan awak ?
         B: Apa?
         A: Peti Ais sejukkan air, tapi awak sejukkan hati saya.


  • A: Apa beza awak dengan coklat?
        B: Apa dia?
        A: Coklat melekat dekat gigi, awak melekat dekat hati saya cia cia cia

Amboi , Anak Jiran Pun Dapat Teddy Bear Jugak !

Amboi , Anak Jiran Pun Dapat Teddy Bear Jugak ! | Assalamualaikum , kisah teddy bear ni bersambung juga ye dari kisah sebelumnya dimana ain menceritakan kejadian mendapat teddy bear yang besar tu . 

sheisfarahain pegang teddy bear besar


Untuk yang belum tahu mengenai kisah ain mendapat teddy bear besar tu , boleh la klik cerita nya disini  . Jadinya , tak adil la kan Kak Ain je yang dapat kan . Rezeki buat anak - anak jiran yang lain dapat juga teddy bear . Teringat masa zaman ain kanak kanak paling suka kalau dapat kawan perempuan sebabnya nak bermain anak patung dan barbie bersama . Maklumlah anak seorang perempuan kan . Anak patung ni dah jadi macam teman untuk ain walaupun tak pernah la bercakap dengan anak patung . Hanya menjadikan anak patung tu teman tidur disebelah dan untuk buat peluk . 

Berbalik kepada story macam mana anak jiran ni pun boleh dapat sama teddy bear ialah kerana masa tu si pemberi ni memang melambak stok teddy bear . Tergerak pula hati ini nak pilih kan sekali untuk anak jiran sebelah iaitu si Nur Ila dan Ainul . Masa ain pergi ambil anak patung ni , ain ajak si Farisya teman jadinya dia pun sudah pasti terlibat sama dalam memilih anak patung .

teddy bear comel

teddy bear untuk kanak kanak




Farisya punya anak patung kecil sedikit dari kak Ain dia ni  . Ain pilihkan patung strawberry dan patung pink gitu untuk yang lain . Apa yang pasti patung Kak Ain diorang la yang terpaling besar . HAHAHAHAHA . 

Kebiasaannya , waktu petang adalah waktu kami bersantai di depan rumah . Antara aktiviti yang dilakukan ialah bermain badminton , berbual sambil menyapu daun kering dan sembang sembang kosong je la .

Tapi , petang itu agak berbeza daripada kebiasaan hari . Petang kami santai sambil bermain anak patung . Ain bentangkan tikar kecil dan terkejut juga si Ainul dan Nur Ila siap berbaring lagi sambil memeluk anak patung . I is tacink at that moment  . Sebabnya dah lama tak dapat buat gegirl things gituw kan . HAHAHA . 

anak kecil bermain anak patung

santai petang bersama anak jiran


Entah la , ain merasakan apabila menulis tentang kisah anak jiran di blog akuainkausiapa ni meninggalkan kenangan terindah disini . Nanti nanti kalau kitorang saling merindukan , boleh je baca disini kan . 

Semoga lebih banyak kenangan terindah akan dapat dicipta

Baca juga :