KEBAIKAN BERJALAN KAKI 30 MINIT SETIAP HARI

 

faedah berjalan kaki 30 minit setiap hari
sumber : Facebook

KEBAIKAN BERJALAN KAKI 30 MINIT SETIAP HARI | Aktiviti yang paling mudah dan senang dilakukan untuk mengekalkan kesihatan yang baik ialah dengan berjalan kaki setiap hari . Berjalan kaki 10,000 langkah adalah bersamaan dengan 6.5 KM dan dapat membakar kalori sebanyak 380 . Antara fakta lain ialah , berjalan sebanyak 1 KM iaitu sekitar 1200 langkah kaki  (steps) . Sumber dari Sinar Harian 


Berikut ialah 5 kebaikan berjalan kaki 30 minit setiap hari :


1- Mengurangkan berat badan
2- Menguatkan tulang dan otot
3-Mengurangkan risiko penyakit diabetes
4- Meningkatkan kesihatan jantung
5- Meningkatkan paras hormon endorfin 


Dibawah ini ialah antara kisah pengalaman ain yang mengamalkan untuk melakukan aktiviti morning walk , brisk walk , santai petang , menggunakan public transport untuk bergerak serta tips jimat duduk bandar .


Marilah kita sama-sama mengamalkan aktiviti berjalan kaki selama 30 minit setiap hari! Semoga dengan aktiviti jalan kaki ini mampu mengekalkan kesihatan yang baik ! 
Jom jalan kaki ~

KENANGAN MASUK PERTANDINGAN MEMASAK KETIKA SEKOLAH MENENGAH

KENANGAN MASUK PERTANDINGAN MEMASAK KETIKA SEKOLAH MENENGAH | "Kak Ain dulu pernah tau masuk pertandingan memasak ..masa tu masih tingkatan satu " Begitula yang ain ceritakan kenangan masuk pertandingan memasak semasa berada di sekolah menengah . Ain ceritakan kepada anak jiran memandangkan diorang semua bersekolah di sekolah menengah ain tu . 


Walaupun dapat hadiah saguhati je , tapi kenangan dan pengalaman tu sangat berharga . Ain masuk bersama dengan kawan ain dan kami mewakili kelas . Setiap kelas perlu menghantar wakil . Zaman ain dulu ada subjek Kemahiran Hidup dan ain mendapat kos Ekonomi Rumah Tangga ( ERT) . Jadinya , nak tak nak memasak memang ada dalam skop pembelajaran . Ketika cikgu tanya siapa nak wakil kelas , tiada yang nak volunteer diri , dan akhirnya kawan ain bersepakat bersama dengan ain untuk mewakili kelas kami .


pertandingan memasak sekolah menengah




Masa tu pula kami berada pada sesi petang dan bertanding bersama dengan murid tingkatan dua . Bayangkan la kita yang baru tingkatan satu kena bertanding dengan tingkatan dua . Memang dapat hadiah saguhati jela kan . Lepastu ain ni pula boleh tahan lurus bendul masa pertandingan tu . 


Nama pun pertandingan memasak , haruslah fokus utama pada rasa masakan je kan dan harus mengikut tema menu . Ain dan kawan dapat menu ringkas untuk makan petang . Kitorang sebulat suara bersetuju untuk memasak mee goreng biasa je . HAHAHA . Beli bahan pun letak fishball dengan fishcake je , tak ada la nak ber udang ke bersotong sebagai bahan rencah . 


Sewaktu pertandingan , kitorang rasa macam alahai yang lain kemain yer bawak bahan macam - macam memang nampak gaya nak menang tu , sedangkan kami hanya fokus kan kepada "janji masakan rasa sedap" . Adat bertanding mesti mempunyai masa yang diberikan kepada peserta untuk menyiapkan hidangan dan mesti mengemas semula peralatan memasak dan dapur yang digunakan mestila bersih . Selama ni tolong ibu masak kat dapur tak ada la pula nak mengikut waktu. Memang gelabah yer bila cikgu cakap "masa tinggal lagi 15 minit" . HAHAHAHA .


Ain dengan kawan ain senyum dan tergelak je bila tengok hidangan kitorang kalau nak dibandingkan dengan hidangan peserta yang lain . Punya tahap lurus bendul nya kitorang sampaikan tak ada langsung hidangan air ke , dan hiasan tambahan . HAHAHA . Peserta lain siap bawak set pinggan mangkuk mak dia yang kemain cantik lagi , ada yang siap letak alas meja yang memang menambahkan markah diorang untuk menang .


Cara hidangan kitorang sebijik macam order dekat kedai " nak mee goreng biasa ehk" . Haa , macam mana dapat kat kedai , macam gitu la hidangan kami . Walaupun rasa sedap itu semuanya tolak tepi yer kalau presentation hauk dan kelaut . HAAHAHA . Betul ! yang menang memang yang persembahan hidangannya yang paling cantik . Rasa belum tentu sedap kan .


Gitu la pengalaman dan kenangan ain masuk pertandingan memasak ketika sekolah menengah . Gambar memasak tak ade , dulu mana boleh nak tangkap tangkap gambar . Handphone pon masih tengah femes nokia 3310 . HAHAHA . Hanya kenangan sijil sebagai bukti yang ain pernah la dulu masuk pertandingan memasak walaupun hanya masak mee goreng biasa . KAHKAHKAHKAH !


Baca juga cerita memasak ain yang yang lain :
Bonus tambahan : 30 Cadangan Resepi Berbuka dan Bersahur untuk sebulan berpuasa


9 TAHUN TANPA DOA SEORANG IBU

9 TAHUN TANPA DOA SEORANG IBU | Seperti biasa awal pagi , ain merajinkan diri untuk membuka blog dan juga sempat blogwalking ke blog kawan - kawan yang lain . Terbaca tajuk dari Blogger Hernee Nazir yang bertajuk 12 tahun tanpa doa seorang ibu lalu mengingatkan pada diri ini yang juga sudah tiada doa dari seorang ibu . Sambil membaca posting tersebut , walaupun ringkas ianya tetap menusuk ke hati .


Tipu la kalau ain cakap "I'm okay.. totally move on dah tak rasa apa dah ". 9 tahun berlalu begitu sahaja . Teringat pula minggu lepas ain bersihkan kubur arwah ibu . Kubur arwah ibu ni ada rumput dan cabarannya ialah nak bersih kan kubur ibu , kena bersihkan kubur sebelah menyebelah . Ini kerana tiada waris yang menguruskan kubur kubur tersebut . Mungkin dari situ , Allah nak suruh kitorang yang masih ada ni tolong la uruskan juga . 


hilang doa seorang ibu



Pernah satu ketika , ain duduk termenung lama di kubur ibu , tanpa mengalirkan air mata , tanpa berkata apa , hanya meminta kekuatan. Lama ain duduk termenung depan kubur ibu , kadang - kadang teringat kembali kenangan terindah dan pahit manis sewaktu ibu ada . 😭


Baca juga : Ziarah pusara ibu di pagi hari 


Kuingin saat ini engkau ada di disini

Tertawa bersamaku seperti dulu lagi

Walau hanya sebentar Tuhan tolong kabulkanlah

Bukannya diri ini tak terima kenyataan


Hati ini hanya rindu


Bait - bait lirik lagu Hanya Rindu dari penyanyi Indonesia Andmesh Kamaleng 

(sambil menulis posting ini , sambil pasang lagu ni ...alahai sedih pulak rasa nya)




Pandainya ain menulis , datang dari arwah ibu. Sebab itu ain abadikan juga beberapa cerita Princess Ibu ini dalam blog akuainkausiapa. "Princess Ibu" , gelaran yang selalu dipanggil ibu kepada ain , kerana ain satu satunya anak perempuan yang dia ada. 


Antara kisah ibu yang ain tulis di blog :


Hargai la dia yang melahirkan kita ke dunia ,  sayangi lah dia selagi dia bernyawa , peluk lah dia selagi dia di depan mata kita ..Kelak bila dia sudah tiada...hanya rindu pengubat di hati . Kerana sudah tiada lagi doa dari seorang yang kita panggil ibu .


Al - Fatihah selalu ku hadiahkan buat ibu yang tersayang ,
Nor Fatimah Binti Ismail
27 April 1959 - 17 November 2013