Tolong !! Contact Lens Hilang Dalam Mata
Gelabah , resah dan gelisah ! Itulah perasaan yang tergambar bila tengok contact lens yang diletakkan ke dalam mata hilang . Jangan la , contact lens ni ternaik sampai ke dalam mata . Ngeri sudah pastinya . Dalam hati dah terbayang dah kejadian yang selalu diceritakan oleh netizen kesan dari memakai contact lens .
Punya lama ain membelek biji mata , mencari - cari mana la pergi nya merayap "mata palsu" ni ! Ini merupakan kejadian yang pertama kali sepanjang selama ain memakai contact lens . Ain start pandai pakai contact lens selepas SPM . Pernah on off juga , sekejap rajin gila pakai contact lens , sekejap malas gila memang pakai cermin mata je la . Selama bertahun - tahun pakai , sangat tak ada masalah . Cuma kalau tak cukup tidur memang rasa tak selesa juga la kalau memakai contact lens.
Pagi semalam lepas solat subuh macam biasa aku akan pakai contact lens untuk bersiap - siap . Aku memang akan pakai contact lens dulu sebelum mandi atau pun membasuh muka . Ini kerana , ain ni kategori rabun teruk juga la . Power tinggi tau . Ain banyak rabun dari silau , jadi nya tak jadi masalah sangat untuk kerap memakai contact lens .
Tapi , kejadian semalam tu memang kelakar pun ada . Resah dan gelisah pun ada . Ain akan mula pakai contact lens sebelah kanan dulu dan seterusnya sebelah kiri pula . Tiba -tiba yang sebelah kiri tu yang hilang . Ain dok rasa memang contact lens dah masuk dalam mata . Lagi pula jari yang untuk masukkan tu gelap (sebab kena celup semasa mengundi ) , jadinya memang tak akan perasan contact lens tu pergi ke mana . Untuk pengetahuan , contact lens yang ain pakai colourless ( tiada warna ) . Memang sukar untuk nampak jika terjatuh .
Dah gelabah , ain close up mata ain betul - betul depan cermin . Sambil tu ain gerak - gerakkan ( exercise mata ) kiri , kanan , atas bawah . Masih tak jumpa juga contact lens tu di dalam mata . Dalam hati , memang makin resah gelisah . Lalu ain buka contact lens yang sebelah mata kanan . Jadinya memang mata kedua belah kabur . Ain cuba lagi exercise anak mata supaya (dengan harapan kot kot mata palsu itu terjumpa la semula ) .
Ain siap ambil gambar camera depan lagi dan selepas tu zoom in gambar dekat anak mata tu , nak cari mana la mata palsu aku ni hilang woi ! Waktu pagi pula jenis malas nak buka lampu , buka pun lampu bilik air je . HAHAHAHA . Malas nak terus rasa resah gelisah , ambil je contact lens baru dan pakai , dan bersiap terus untuk joging pagi . Sepanjang joging , mata tak rasa sakit atau pening kepala pun . Rasa biasa je . Macam pakai contact lens seperti hari hari sebelumnya .
Malam sebelum tidur pun kita ni tengok la lantai ke , bakul sampah dalam tandas , serta sinki tempat mencuci muka tu . Mana lah tahu kan mata palsu aku ni memang terjatuh , bukan hilang dalam mata . Hahaha . First time tau rasa mata palsu ghaib ! Dah malas nak fikir dan cari , redha je la keesokan harinya ( pada hari ini ) .
Pagi ini masukkan contact lens macam biasa dan masih lagi buat exercise mata sebelum pakai lens dengan harapan kot kot benda yang ghaib boleh bertemu kembali . HAHAHA . Hampeh ! Memang tak jumpa . Lepas dah balik joging , dan selepas mandi , ain macam terpijak something . EH EH EH EH ! NI KE MATA PALSU AKU NI ? OMGGGG ~~
Akhirnya , contact lens yang ku sangka kan hilang dalam mata rupanya memang terjatuh ke bawah . Dah keras dah pun contact lens nya . Ain letak dalam solution ( pencuci contact lens) tu . Sebabnya nak menyakinkan tu memang betul - betul contact lens . Mana la tahu bukan ke kan . Selepas beberapa minit , contact lens tu kembali membentuk menjadi seperti kanta mata . Lega rasa di hati selepas dah confirm kan itu memang mata palsu yang ghaib semalam! *Ain tak akan guna lagi yer contact lens tu atas faktor kebersihan serta mungkin dah rosak . Bimbang dah tercemar dengan habuk dan boleh mengakibatkan mata tak sihat dan merah serta gatal - gatal nanti .
Begitu la kejadian kelakar , gelabah dan semuanya lah ! Hanya kerana sebiji mata palsu , ghisau ghisau ghisau yer kita dibuatnya ~~ Macam mana la ehk kalau mak bapak kita yang hilang gigi palsu . HAHAHAHAA .
pstttt : gambar gambar yang ain shoot tu pada tahun 2020 , shoot suka suka dalam bilik , pastu 2022 baru publish ehk gambarnya . hahaha
Oh ya , dekat bawah ni memang solution cleaning yang ain guna untuk membersihkan contact lens . Kenapa kena ada solution ni ? Untuk menghilangkan habuk habuk kecil serta kekotoran yang ada pada contact lens kita . *Klik gambar untuk pembelian