Susah Tidur ? Ini 5 Cara Aku Buat Supaya Senang Tidur

 Susah Tidur ? Ini 5 Cara Aku Buat Supaya Senang Tidur 

Assalamualaikum . Bagi yang mengenali diri aku , atau mungkin yang selalu membaca blog akuainkausiapa ni mungkin pernah terbaca beberapa posting aku mengenai masalah yang sering aku hadapi . Masalah tersebut ialah masalah susah tidur . Masalah tidur ini diberi nama insomnia . Apa maksud insomnia itu ? 

Insomnia is a sleep disorder in which you have trouble falling and/or staying asleep. 

Bahasa paling senang cakap ialah penyakit atau masalah susah tidur . Menjadi burung hantu dan berjaga pada lewat malam . Sebelum aku kongsikan 5 cara macam mana aku atasi masalah susah tidur ni , izinkan ain kongsi dulu sebab seseorang itu mengalami kesukaran untuk tidur . 


Baca juga : Bestnya dapat tidur awal!

Antara punca nya ialah , terlalu banyak sangat berfikir atau bahasa omputihnya overthinking  ! Overthinking ni antara punca utama kenapa susah sangat nak tidur . Otak tak boleh stop berfikir . Fikir tentang masa depan la , fikir tentang drama korea la , fikir tentang kalau aku buat ni okay tak kalau aku buat ni menjadi ke tak , dan overthinking ni memang boleh rasa sakit kepala tau . Bila kita dah terlampau sangat overthinking , itu yang menyebabkan mata susah nak lelap . 

Selain itu , apa yang kita makan serta waktu makan pun memainkan peranan juga . Terlampau banyak sangat makan atau pun makan lewat malam antara punca susah nak tidur kerana perut masih berisi makanan dan menyukarkan badan kita ketika baring . Selain dari faktor makanan , faktor lain juga ialah mungkin persekitaran . Keadaan rumah atau tempat tidur yang kurang bersih atau selesa serta gangguan (housemate memekak , bilik terlampau panas sebab tak ada ruang udara yang cukup ) pun menjadi punca juga susah untuk tidur . 


Baca ini : Pengakuan aku yang tengah insomnia


Penyakit insomnia ni boleh sampai kritikal ke ?

Boleh ! Ada yang Ain pernah jumpa siap makan ubat penenang lagi , malah ada yang makan ubat tidur . Bukan itu sahaja , ada juga yang memang lama nak rawat insomnia ni dan susah untuk get back sleep into normal . 

Susah Tidur  Ini 5 Cara Aku Buat Supaya Senang Tidur


So , macam mana Ain buat untuk senang tidur ?


  • Morning walk / Exercise early in the morning
Ain bersyukur sebab persekitaran rumah sangat selesa untuk melakukan aktiviti morning walk atau jogging . Awal - awal dulu Ain banyak start dengan morning walk . Jalan je dan mula berjalan pusing satu taman tu bermula jam 7 pagi . Ikut la kadang pukul 7:30 pagi dah siap kalau free lama la sikit sampai jam 8 pagi . Daripada kawasan rumah , Ain boleh morning walk sampai ke seberang jalan dan boleh sampai ke taman lain pula . Mulakan ! Itu je cara nya . 

*"Ain , dah la susah tidur malam ...macam mana nak boleh bangun pagi pula ?"

Kita tengok point seterusnya pula yer ..


Baca artikel berkaitan : Sebab kenapa aku morning walk 

  • Set jam untuk tidur
Bila kita set jam untuk tidur , nanti kita boleh nampak sendiri berapa jam je yang kita ada untuk tidur . Kalau dah tidur pukul 2 pagi , kira lah sendiri berapa jam je boleh kita bagi badan kita rehat untuk berjaga jam 6 pagi . Ain selalu akan set beberapa alarm dan waktunya adalah pada nombor yang ganjil bukan genap . Contohnya ain set alarm pertama pada 6:17 pagi , seterusnya 6:28 pagi dan seterusnya 6:37pagi dan wake up call yang menunjukkan "ain kauuuu dah kena bangun niii ialah pada " 6:50 pagi . Itu memang dah ke arah subuh gajah ! HAHAHA . Fikiran kita ni jahat tau kadang kalau kita membiasakan set waktu genap macam pukul 6:30 pagi . Nanti otak tu bagi signal "eh ada masa lagi ni , tidur dulu la !" . Jangan bagi fikiran kita berfikir yang kita ada masa lagi nak sleep sleep ni . So , gini la cara Ain bangun 

* Bonus , ini bagi yang beragama Islam la : Ain jenis akan cakap dekat diri sendiri " Kau tak rasa berdosa ke Ain , tinggal solat Subuh ? Kau sengaja kan Ain ? Padahal kau larat je nak bangun kan ? Kenapa kau tidur lewat ? Kau larat je kan nak bangun ? Mesti hari kau tak kan best kalau kau tinggal Subuh ni" .

Gitu la cara Ain bercakap pada diri sendiri ~  

  • Makan awal waktu
Dah tahu nak tidur dengan mudah , disiplinkan diri untuk makan awal . Ain memang selalu dinner awal . Pukul 6 - 7 malam tu memang waktu Ain kalut kalut nak makan . Kalau Ain keluar atau pergi makan dengan orang je usually akan makan lewat malam . Kalau Ain sendiri je memang makan awal waktu . Cuba la . Ini pun antara cara mudah untuk atasi masalah tidur . Ada yang kata minum susu panas boleh mudah tidur . Ain pernah sekali dua je cuba , sebab penyakit malas nak bancuh susu tu jadinya kita makan awal waktu sahaja la . 

Bercakap tentang makanan ni pun teringat pula ada yang mengaitkan tentang kopi dan minuman caffine . Ain pula memang tak minum kopi jadinya tak jadi punca lah untuk susah tidur . 

  • Stay away from HANDPHONE
Benda ni yang paling amat dasyat dan sangat dasyat serta paling terlampau dasyat lalu ini lah punca segala nya . Bila kita teramat la susah dan sukar untuk shut down phone merupakan punca susah untuk tidur . Iya , memang teramat susah dan adakah ain dah berjaya shut down mengikut masa ? Jawapannya tidak ! Ianya sangat susah dan sukar . Cumanya untuk sekarang , Ain bagi limit time . Jangan melebihi waktu tersebut . Nanti Ain akan ceramah diri sendiri macam dekat ayat point nombor dua tu . Hehehe . 

Please ! Jangan addicted sangat dengan handphone . Macam Ain jadi terlambat tidur tu sebab nak habis kan tengok drama atau movie . HAHAHAHAHHAA . Macam tak puas hati kalau tak habiskan satu episod drama . 


  • Belajar memaafkan orang dan sayangi diri sendiri
Kalau kita tengah marah atau tak suka atau membenci seseorang , belajar la memaafkan . Kadang kita tak benci pun , cuma mungkin kita terasa dengan seseorang dan cakap je pada diri sendiri "Aku maafkan semua orang , aku maafkan diri sendiri selama aku banyak buang waktu , dan aku nak beri peluang pada diri sendiri di hari esoknya" . Buat la macam gini . * For sure , lepastu mengalir air mata juga la sebab Ain buat . Nangis la , mengadu pada Tuhan . Nanti akan mudah tidur sebab hati dan fikiran dah rasa lega , dan kita serahkan kehidupan kita kepada Tuhan . 

Belajar sayang diri sendiri ! Belajar sayang diri sendiri ! Pastikan badan kita cukup rehat . Kesian tau bila badan kita tak cukup rehat , tak cukup tidur . 


Baca juga antara aktiviti yang aku lakukan : 

Selamat Hari Jadi Pertama Buat Rizqi Ibrahim

rizqi ibrahim birthday setahun


Selamat Hari Jadi Pertama Buat Rizqi Ibrahim 

Assalamualaikum . Pada hari jumaat dan sabtu ( 4 mac dan 5 mac 2022 ) Ain telah mendapat jemputan dari kawan baik Ain . Kawan baik ni dari semenjak sekolah menengah lagi . Sehingga sekarang , dia antara yang sering contact ain . Namanya Fatin Atiqah . Kami mula rapat sejak dari tingkatan dua , sama kelas dan cikgu suruh duduk sebelah menyebelah . Persahabatan tu membawak sampai ke tingkatan 3 dan seterusnya kami berpindah ke sekolah teknik pula . Walaupun tak sama kelas dan jurusan , tapi kami tetap berjumpa dan terserempak bila di sekolah . Sampai la dia dah kahwin (aku je yang belum kahwin ) HAHAHAHA dan sampailah Rizqi Ibrahim lahir . Sedap nama anaknya .


bestfriend schoolmate
*Photographer siap black and whitekan gambar . HAHAHA .


Ade dulu haa , pernah tulis tentang fatin ni di blog : Nah aku bagi kau kad raya


Kalau nak tahu , dari hujung tahun lepas lagi si Fatin ni dah siap merancang nak sambut majlis hari jadi anaknya yang pertama ni . Maklumlah kan , mak mana yang tak excited nak meraikan hari jadi yang pertama . Dia punya discussion tempat , tema , kek semua di cerita kat aku . HAHAHA . Kemain ehk perbincangan dari tahun lepas tau . Tapi , Alhamdulilah majlis berlangsung dengan jayanya . 


Untuk hari Jumaat buat di rumah , ain datang pun dah petang sangat . Segan nak datang awal (kang bertembung dengan tetamu papa dia geng masjid kampung pasir ) HAHAHAHAHAHA . Datang petang petang meja semua dah nak kemas dah woi , tapi makanan masih ada dan siap tapau ehk . Boleh makan untuk sarapan pagi hari berikutnya . 


majlis hari jadi rizqi

dekorasi hari jadi setahun


Keesokkannya , majlis di Ume Floral Cafe yang terletak di Nong Chik Riverside . Cantik event space nya . Berbunga bunga rasa di hati . Sangat sesuai untuk private event . Di sebelah atasnya siap ada macam mini pelamin gitu . Untuk ambil gambar sangat cantik .


Selamat Hari Jadi yang pertama buat Rizqi Ibrahim ! Walaupun rizqi tak pandai baca , hahahahaha tapi nanti dah pandai baca , mintak ibu awak tengok semula posting ni tau . Doakan semoga auntie Ain di rezeki kan Allah dengan rezekiNya yang berkat dan melimpah ruah seperti namamu Rizqi Ibrahim . Untuk ibu Rizqi , semoga persahabatan kita sehingga ke syurga . 

bestfriend forever

ume floral cafe birthday celebration

sheisfarahain sambut majlis hari jadi rizqi ibrahim


Persahabatan dengan Fatin ni best tau sebab less drama ! Apa yang penting , kita vogue together and forever. HAHAHA . Dengan Fatin ni juga mengajar Ain untuk "tak payah ramai kawan , janji ada kawan seketul dua yang berkualiti yang boleh faham perangai kita"


*Untuk sekarang ni , mampu ada teman kecilku sahaja la yer .  Hehehe .. Selamat Ulang Tahun Teman Kecilku!

sheisfarahain di ume floral cafe


Baca juga posting lain yang berkaitan :

Menulis Sebagai Terapi Diri

 Menulis Sebagai Terapi Diri 

Assalamualaikum . Siapa yang pernah rasa bila dia sedih  , dia nak tulis dan luahkan sebanyak banyaknya perasaan di dalam diari ? Siapa pula yang kalau boleh hari hari nak update social media sebab dengan cara tu je dapat simpan cerita untuk hari tersebut ? Siapa pula yang menulis kerana kerjaya nya sebagai penulis ?

Jelas disini kan setiap orang menulis asal dari sebab atau tiada sebab yang berbeza . Ada yang menulis kerana memang sangat suka (passion)  , ada yang menulis kerana sifat introvert (tak suka bercakap in a real life dengan manusia tapi lebih cenderung aktif di social media ) . Bermacam -macam latar belakang si penulis . 

menulis sebagai terapi diri



Teringat pula posting ain bertajuk Bekalan Ibu Buat Diriku  , yang mana specialnya ialah apabila ain boleh melontarkan perkataan perkataan yang puitis . Arwah ibu dulu suka tulis cerpen . Pernah berangan nak jadi seorang penulis novel . Anak dia ni pula memang tak ada jiwa itu . Menulis yang hentam keromo tu je yang ain pandai . Kalau ain sedih kan , automatik jiwa puitis tu terkeluar . Sebenarnya , arwah ibu tak bagi ain menulis . Sejak dari kecil (sekolah rendah ) ain dah ada diari sendiri . Senyap senyap menulis . Di diari tu la ain meluahkan segalanya . Dan KANTOI ! Ibu tahu Ain ada diari , dan dia marah . Dia memang tak bagi Ain menulis . Sebab cita citanya untuk menjadi penulis terhalang .

Pendekkan cerita , ibu banyak menulis luahan perasaannya melalui diari harian serta cerpen . Ain pernah baca semuanya , dan akhirnya Ain decide untuk buang semuanya (selepas ibu meninggal) . *Terlalu sedih kisah hidupnya . Itu yang mampu Ain ungkapkan . Sebab tu , berbalik semula kepada point yang atas .. Ain hanya boleh mengeluarkan kata kata puitis apabila dalam mood kesedihan . Kalau tak sedih automatik tak boleh keluar punya ayat ayat jiwang tu . HAHAHA . 

Bukan setakat kantoi dengan diari je , arwah ibu tahu juga Ain ada blog (masa zaman sekolah menengah) . Dia pernah pesan , "jangan main main bila nak menulis , kerana Tajamnya Sebuah Pena " . Dia pesan juga , jangan jadi macam ibu . Ibu tulis berlandaskan emosi , kelak bila ada yang membaca bimbang akan menyakiti hati yang lain . Jadi nya , sebagai penulis yang kadang kadang menulis menggunakan emosi , Ain akan cenderung memahami setiap coretan yang diluahkan terutama sekali apabila menghayati lirik lagu . 

Soal kupasan lirik lagu ni , aduhai ! Serahkan pada Ain. Memang akan selidik betul betul kenapa penulis lirik ni cipta liriknya jadi begini . Time tu la Ain jadi detective conan . HAHAHA . Ain selalu baca di ruangan komen mengenai persepsi dan pemahaman setiap individu mengenai lagu tersebut . Makanya sebab itu Ain boleh menjiwai dan faham setiap bait bait lirik lagu itu .

Namun demikian , tak dinafikan menulis ini perlu ada adabnya . Adab menulis ini lah yang membentuk dan mencermin jati diri seseorang . Pernah teringat pada lontaran kata Naim Daniel mengenai Tulis yang baik baik ... Jika kita mahu yang baik baik itu datang kepada kita , jadinya cuba kita menjadi seorang penulis yang baik jika mahu yang baik baik terus datang kepada kita .

Jadinya , tertanya kepada diri sendiri "Aku tulis dekat blog ini sebab ape ehk?" . Jawapan yang mampu terkeluar ialah menulis di blog ini sebagai terapi diri . Betul , sebagai terapi . 

Terapi :  dalam perubatan digelar rawatan, merupakan apa yang dilakukan manusia untuk cuba menyelesaikan atau menguruskan masalah kesihatan, fizikal, atau mental.

Bila menulis , ain rasa bersemangat . Bila menulis , ain rasa self healing terbaik . Bila menulis , ain rasa menghargai diri sendiri . Bila menulis , ain rasa lebih kuat . Kuat untuk memberikan kata kata semangat pada diri sendiri . (*Inilah intrepretasi Ain pada ketika ain menulis posting ini ) 

Ada yang pernah bilang "Ain ni boleh jadi penulis novel " . Jujurnya , ain cuba tapi tula nak baca novel pun kurang sangat apatah lagi nak menulis kan . Ada pula yang mengaitkan orang yang suka menulis ini pasti juga orang yang suka membaca . I would say Yes , dan jenis bacaan Ain pula ialah cenderung kepada social sharing . Social sharing seperti di Twitter , ruangan komen Youtube , dan blog . Jadinya , macam mana nak tulis novel kan , kalau nak habiskan satu novel pun belum tentu boleh habis .

Namun demikian , kerjaya penulis sekarang dah bermacam macam dan pelbagai . Kalau dulu , bila kata penulis je mesti orang ingat penulis novel , wartawan  , dan penulis buku . Kerjaya evergreen la orang bilang kan . Tapi sekarang makin banyak kerjaya penulis ni antaranya Blogger , Content Writer , Copywriting , Ghostwriter , Editor , Social Media Manager , dan yang terpaling top ialah Netizen writer . HAHAHHAHAA . Netizen writer ni yang baik baik la , tapi kalau dapat serangan yang cyberbully . Boleh terus depression agak nya . HAHAHAHA . 

Kesimpulannya , berbalik semula kepada niat seseorang dalam melakukan sesuatu perkara . Doakan juga ain menjadi penulis yang boleh menjaga tata tertibnya , insyallah nak tunaikan impian ibu menjadi penulis . Menulis bukan untuk glamor dan popular tetapi menulis untuk memberi value kepada orang lain dan kalau tak dapat jadi penulis novel , jadi penulis blog pun dah okay la kan . HEHEHEHE .

Akhir kata , Aku Ain Kau Siapa ? GITEEWWWW~~~


Baca juga artikel yang berkaitan :